Searching...

Adakah Dajjal Itu Orang Ataupun Bangsa?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Memang benar bahawa kebanyakan Hadis menggambarkan seakan-akan Dajjal itu orang yang bermata satu, yang di dahinya terdapat tulisan Arab yang terdiri dari huruf kaf, fa' dan ra' (atau kafara, artinya kafir), dan yang membawa keldai, sungai dan api. Tetapi jika Hadis-hadis itu kita serupakan dengan huraian Al-Qur'an, maka akan nampak dengan jelas, bahawa Dajjal bukanlah nama orang, melainkan suatu bangsa, atau lebih tepat lagi, segolongan bangsa.


Dengan tegas Al-Qur'an menyamakan Dajjal dengan bangsa-bangsa Kristian, dan lagi, Al-Qur'an menyatakan bahwa Dajjal dan Ya'juj wa-Ma'juj bukanlah dua jenis makhluk yang berlainan, kerana fitnah yang ditimbulkan oleh mereka itu disebutkan bersama-sama.

Ianya juga mempunyai bukti dari kitab Bible yang menerangkan, bahawa Ya'juj Ma'juj adalah bangsa-bangsa Eropah. Dengan demikian teranglah bahawa Dajjal juga bererti bangsa. Sebagaimana telah diterangkan di dalam Al-Quran dan hadis, fitnah Dajjal itu bersumber pada menangnya agama Kristian.


Ada sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang membuktikan bahwa Dajjal itu bukan orang melainkan bangsa, sebagaimana Rom dan Parsi yang dihuraikan dalam Hadis itu bukanlah tempat melainkan bangsa. Hadis itu berbunyi seperti:

"Rasulullah SAW bersabda: Kamu akan bertempur dengan Jazirah Arab, dan Allah akan memberikan kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Parsi, dan Allah akan memberikan kemenangan kepada kamu; lalu kamu akan bertempur dengan Rom, dan Allah akan memberikan kemenangan kepada kamu; lalu kamu akan bertempur dengan Dajjal, dan Allah akan memberikan kemenangan kepada kamu".

Di sini pertempuran dengan Dajjal dihuraikan dengan kalimah yang sama seperti pertempuran dengan Arab, Parsi dan Rom. Ini menunjukkan bahawa Dajjal adalah bangsa, seperti halnya Arab, Parsi dan Rom. Boleh jadi yang diisyaratkan di sini ialah Perang Salib, tetapi mungkin pula mengisyaratkan peristiwa yang terjadi di dunia pada zaman sekarang. Namun satu hal sudah pasti, yakni bahawa menurut Hadis ini, Dajjal bererti bangsa atau segolongan bangsa; seperti halnya Parsi atau Rom.

Tetapi masih perlu dijelaskan, mengapa dalam Hadis dijelaskan seakan-akan Dajjal itu orang. Sebagaimana telah diterangkan, semua ramalan Nabi Suci itu didasarkan pada ru'yah atau kasyaf (vision), dan dalam ru'yah atau kasyaf, suatu bangsa hanya digambarkan sebagai orang-perseorangan. Sebenarnya, bangsa itu dikenal dari segi ciri-cirinya; dan dalam ru'yah, ciri-ciri ini hanya dapat diperhatikan dalam bentuk orang-perseorangan. Bahkan dalam bahasa sehari-hari, bangsa itu diajak berbicara bagaikan orang. Misalnya, Al-Qur'an mengajak berbicara mengenai bangsa Israel, seakan-akan bangsa Israel itu orang. Bacalah misalnya, ayat Al-Qur'an berikut ini:

"Wahai kaum Bani Israel, ingatlah akan nikmat-Ku yang Aku berikan kepada kamu, dan bahawa Aku memuliakan kamu di atas sekalian bangsa" (2:47).

Kaum Bani Israel yang diperingatkan di sini ialah mereka yang hidup pada zaman Nabi Muhammad SAW, tetapi peristiwa yang dimaksudkan ialah yang terjadi pada zaman Nabi Musa, atau beberapa abad sesudah beliau. Kenikmatan yang dihuraikan dalam ayat ini telah diberikan kepada kaum Bani Israel pada zaman dahulu, tetapi ayat Al-Qur'an ini ditujukan kepada kaum Bani Israel zaman sekarang yang sedang dalam keadaan hina dan suram. Tetapi seluruh kaum Bani Israel ini dikatakan bagaikan satu orang.

Demikianlah seluruh bangsa Dajjal dipersembahkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam ru'yah bagaikan satu orang, padahal Dajjal seperti yang digambarkan oleh Al-Qur'an menunjukkan bahawa Dajjal adalah segolongan bangsa yang mempunyai ciri-ciri khasnya sudah dikenalpasti.

Dajjal ini sememangnya memerangi dengan kekuatan teknologi supaya suatu negara semakin besar pengaruh dan disegani orang maka orang lain harus tunduk kepada mereka. Di dalam pemerintahannya sendiri sering terjadi perselisihan Pro dan Kontra tetapi selalu saja yang jahat pasti akan menang dan yang baik selalunya kalah tetapi bukan bererti mereka tunduk begitu saja. Mereka dengan cara teknologi untuk diserapkan ke dalam fikiran kita dengan segala macam bentuk budaya atau tren masa kini yang sungguh keterlaluan dan boleh menyebabkan keimanan seseorang itu tergoyah mahupun terbatal... nauzubillah...

Dajjal, Iblis, Syaitan dan bala tenteranya dari dulu sudah wujud sampai sekarang, tapi sekarang lebih agresif sekiranya ada sesiapa yang membangun untuk mencari kebenaran di dalam kehidupan ini. Jadi, Ingin baik atau jahat yang ada di dalam diri kita iaitu hendak melawan ke atau tidak, hanya terpulang pada diri kita masing-masing.

Wallahua'alam...

 Pendekatan Kiamat

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 comments:

  1. betol ker? ada sumber?
    awak awak
    kalau nk komen yang banyak
    awak pakai lah plug in commentluv...

    ReplyDelete
  2. pada pendapat saya secara peribadi..
    Dajjal mungkin sebuah organisasi atau pertubuhan rahsia yang kita kenali iaitu freemason+illuminati+amerika+yahudi yang membentuk sebuah agenda New World Order Organization.. perhatikan lambang mereka iaitu mata satu yg terbentuk dlm tigasegi.. dan apa yg kita sedia sedar dan tahu Dajjal juga adalah bermata satu..
    saya syorkan belilah buku yg bertajuk "ART OF DECEPTION AMERIKA,FREEMASON,ZIONIS MEREKA MENIPU DUNIA" tulisan Jerry D. Gray yg telah diterjemah dalam bahasa melayu

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger