Searching...

Bab 10: Menyembelih Binatang Bukan Kerana Allah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Firman Allah s.w.t.:

“Katakanlah, bahawa sesungguhnya solatku, penyembelihanku, hidupku dan matiku hanya semata-mata kerana Allah, Rabb semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya, demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)” (QS. Al An'am, 162-163).

“Maka dirikanlah sholat untuk Rabbmu, dan sembelihlah korban (untuk-Nya)” (QS. Al Kautsar, 2)


Ali bin Abi Tholib r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku tentang empat perkara:

"Allah melaknat orang-orang yang menyembelih binatang bukan kerana Allah, Allah melaknat orang-orang yang melaknat kedua orang tuanya, Allah melaknat orang-orang yang melindungi orang yang berbuat kejahatan, dan Allah melaknat orang-orang yang merubah tanda batas tanah." (HR. Muslim)

Thoriq bin Syihab r.a. menuturkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada seseorang yang masuk syurga kerana seekor lalat, dan ada lagi yang masuk neraka kerana seekor lalat pula, para sahabat pun bertanya, "bagaimana itu boleh terjadi ya Rasulullah?" Rasul menjawab, "ada dua orang berjalan melalui sekelompok orang yang memiliki berhala, yang mana tidak boleh seorangpun melaluinya kecuali dengan mempersembahkan sembelihan binatang untuknya terlebih dahulu, maka mereka berkata kepada salah seorang diantara kedua orang tadi, "persembahkanlah sesuatu untuknya." Ia menjawab, "saya tidak mempunyai apapun yang akan saya persembahkan untuknya." Mereka berkata lagi, "persembahkan untuknya walaupun dengan seekor lalat." Maka iapun persembahkan untuknya seekor lalat, maka mereka lepaskan ia untuk meneruskan perjalanannya, dan iapun masuk kedalam neraka kerananya. Kemudian mereka berkata lagi kepada seseorang yang lain, "persembahkanlah untuknya sesuatu." Ia menjawab, "Aku tidak akan mempersembahkan sesuatu apapun untuk selain Allah." Maka merekapun memenggal lehernya, dan iapun masuk kedalam syurga. (HR. Ahmad).



Kandungan bab ini:

1-Penjelasan tentang makna ayat ... 162-163 dari Surah Al-An'am.

2-Penjelasan tentang makna ayat ... 2 dari Surah Al-Kautsar.

3-Orang yang pertama kali dilaknat oleh Allah berdasarkan hadis diatas adalah orang yang menyembelih bukan kerana Allah.

4-Dilaknat orang yang melaknat kedua orang tuanya, hal itu boleh terjadi bila ia melaknat kedua orang tua seseorang, lalu orang tersebut melaknat kedua orang tuanya.

5-Dilaknat orang yang melindungi pelaku kejahatan, iaitu orang yang memberikan perlindungan kepada seseorang yang melakukan kejahatan yang wajib diterapkan kepadanya hukum Allah.

6-Dilaknat pula orang yang merubah tanda batas tanah, iaitu merubah tanda yang membezakan antara hak milik seseorang dengan hak milik tetangganya, dengan digeser maju atau mundur.

7-Ada perbezaan antara melaknat orang tertentu dengan melaknat orang-orang ahli maksiat secara umum.

8-Adanya kisah besar dalam hadis ini, iaitu kisah seekor lalat.

9-Masuknya orang tersebut ke dalam neraka disebabkan kerana mempersembahkan seekor lalat yang ia sendiri tidak sengaja berbuat demikian, tapi ia melakukan hal tersebut untuk melepaskan diri dari perlakuan buruk para pemuja berhala itu.

10-Mengetahui kadar kemusyrikan yang ada dalam hati orang-orang mukmin, bagaimana ketabahan hatinya dalam menghadapi perlaksanaan hukuman mati dan penolakannya untuk memenuhi permintaan mereka, padahal mereka tidak meminta kecuali amalan lahiriyah saja.

11-Orang yang masuk ke dalam neraka dalam hadis ini adalah orang Islam, kerana jika ia orang kafir, maka Rasulullah s.a.w. tidak akan bersabda: "... masuk ke dalam neraka kerana sebab lalat ..."

12-Hadis ini merupakan salah satu bukti bagi hadis sahih yang mengatakan: "Syurga itu lebih dekat kepada seseorang daripada tali sandalnya sendiri, dan neraka juga demikian."

14-Mengetahui bahawa amalan hati adalah tolok ukur yang sangat penting, walaupun bagi para pemuja berhala sekalipun.

Wallahua'alam...

Tafsiran Ajaran Tauhid

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger