Searching...

Bab 4: Bahaya Syirik

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Firman Allah s.w.t.:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya.” (QS. An Nisa', 48)

Nabi Ibrahim berkata:

“……. Dan jauhkanlah aku dan anak cucuku dari perbuatan (menyembah) berhala.” (QS. Ibrahim, 35)


Diriwayatkan dalam suatu hadis, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesuatu yang paling aku khuwatirkan dari kamu kalian adalah perbuatan syirik kecil, kemudian beliau ditanya tentang itu, dan beliau pun menjawab: iaitu riya" (HR. Ahmad, Thobroni dan Abi Dawud).

Diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barang siapa yang mati dalam keadaan menyembah penyembahan selain Allah, maka masuklah ia ke dalam neraka" (HR. Bukhori)

Diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barang siapa yang menemui Allah (mati) dalam keadaan tidak berbuat syirik kepada-Nya, pasti ia masuk syurga, dan barang siapa yang menemui-Nya (mati) dalam keadaan berbuat kemusyrikan maka pasti ia masuk neraka".


Kandungan bab ini:

1-Syirik adalah perbuatan dosa yang harus ditakuti dan dijauhi.

2-Riya' termasuk perbuatan syirik.

3-Riya' termasuk syirik kecil[14].

4-Riya' adalah dosa yang paling ditakuti oleh Rasulullah terhadap orang orang soleh.

5-Dekatnya syurga dan neraka.

6-Dekatnya syurga dan neraka telah sama-sama disebutkan dalam satu hadis.

7-Barang siapa yang mati tidak dalam kemusyrikan maka pasti ia masuk syurga, dan barang siapa yang mati dalam kemusyrikan maka pasti ia masuk neraka, meskipun ia termasuk orang yang banyak ibadahnya.

8-Hal yang sangat penting adalah permohonan Nabi Ibrahim untuk dirinya dan anak cucunya agar dijauhkan dari perbuatan menyembah berhala.

9-Nabi Ibrahim mengambil ibrah (pelajaran) dari keadaan sebahagian besar manusia, bahawa mereka itu adalah sebagaimana perkataan beliau: “Ya Rabb, sesungguhnya berhala berhala itu telah menyesatkan ramai orang” (QS. Ibrahim, 36).

10-Dalam bab ini mengandungi penjelasan tentang makna “La Ilaha Illallah” sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari, [iaitu: pembersihkan diri daripada syirik dan pemurniaan ibadah kepada Allah].

11-Keutamaan orang yang dirinya bersih dari kemusyrikan.

_____________________________________

Catatan Kaki:

[14] Syirik ada dua macam: pertama: syirik akbar (besar) iaitu memperlakukan sesuatu selain Allah sama dengan Allah, dalam hal-hal yang merupakan hak khusus bagi-Nya. Kedua: syirik ashghor (kecil), iaitu : perbuatan yang disebutkan dalam Al-Qur'an dan Al-Hadis sebagai suatu syirik, tetapi belum sampai ke tingkat syirik akbar. Adapun perbezaan di antara keduanya :

a. Syirik akbar menghapuskan seluruh amal, sedangkan syirik kecil hanya menghapuskan amal yang disertainya saja.
b. Syirik akbar mengakibatkan pelakunya kekal di dalam neraka, sedang syirik kecil tidak sampai demikian.
c. Syirik akbar menjadikan pelakunya keluar dari Islam, sedang syirik kecil tidak menyebabkan keluar dari Islam.

Wallahua'alam...
Tafsiran Ajaran Tauhid

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger