Searching...

Bab 5: Dakwah Kepada Syahadat "La Ilaha Ill Allah"

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Firman Allah s.w.t.:

Katakanlah: "inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku, aku berdakwah kepada Allah dengan hujjah yang nyata, maha suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik.” (QS. Yusuf, 108)


Ibnu Abbas r.a. berkata: ketika Rasulullah s.a.w. mengutus Muadz bin Jabal ke Yaman beliau bersabda kepadanya:

"Sungguh kamu akan mendatangi orang-orang ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) maka hendaklah pertama kali yang harus kamu sampaikan kepada mereka adalah syahadat 'La Ilaha Illallah' - (dalam riwayat yang lain disebutkan, "supaya mereka mentauhidkan Allah"), jika mereka mematuhi apa yang kamu dakwahkan, maka sampaikan kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka solat lima waktu dalam sehari semalam, jika mereka telah mematuhi apa yang telah kamu sampaikan, maka sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka zakat, yang diambil dari orang-orang kaya diantara mereka dan diberikan pada orang-orang yang fakir. Dan jika mereka telah mematuhi apa yang kamu sampaikan, maka jauhkanlah dirimu dari harta pilihan mereka, dan takutlah kamu dari doanya orang-orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya tidak ada tabir penghalang antara doanya dan Allah" (HR. Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang lain, Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Sahl bin Sa'd r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. disaat perang khaibar bersabda:

"Sungguh akan aku serahkan bendera (komando perang) ini besok pagi kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, dan dia dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, Allah akan memberikan kemenangan dengan sebab kedua tangannya", maka semalam suntuk para sahabat membincangkan siapakah diantara mereka yang akan diserahkan bendera itu, pada pagi harinya mereka mendatangi Rasulullah s.a.w, masing-masing berharap agar ia yang layak diserahkan bendera tersebut, maka saat itu Rasul bertanya: "di mana Ali bin Abi Thalib?", mereka menjawab: "dia sedang sakit pada kedua matanya", kemudian mereka mengutus orang untuk memanggilnya, dan datanglah ia, kemudian Rasul meludahi kedua matanya, seketika itu dia sembuh seperti tidak pernah terkena penyakit, kemudian Rasul menyerahkan bendera itu kepadanya dan bersabda: "melangkahlah engkau ke depan dengan tenang hingga engkau sampai ke tempat mereka, kemudian ajaklah mereka kepada Islam[15], dan sampaikanlah kepada mereka akan hak-hak Allah dalam Islam, maka demi Allah, sungguh Allah memberi hidayah kepada seseorang dengan sebab kamu itu lebih baik dari unta-unta yang merah" [16].


Kandungan bab ini:

1-Dakwah kepada "La Ilaha Illallah" adalah jalannya orang-orang yang setia mengikuti Rasulullah s.a.w.

2-Peringatan akan pentingnya ikhlas [dalam berdakwah semata-mata kerana Allah], sebab kebanyakan orang kalau mengajak kepada kebenaran, justeru mereka mengajak kepada [kepentingan] dirinya sendiri.

3-Mengerti dengan betul akan apa yang didakwahkannya adalah termasuk dalam kategori kewajipan.

4-Termasuk bukti kebaikan tauhid, bahawa tauhid itu mengagungkan Allah.

5-Bukti kejelekan syirik, bahawa syirik itu merendahkan Allah.

6-Termasuk hal yang sangat penting adalah menjauhkan orang Islam dari lingkungan orang-orang musyrik, agar tidak menjadi seperti mereka, walaupun dia belum melakukan perbuatan syirik.

7-Tauhid adalah kewajipan pertama.

8-Tauhid adalah yang harus didakwahkan pertama kali sebelum mendakwahkan kewajipan yang lain termasuk solat.

9-Pengertian "supaya mereka mentauhidkan Allah" adalah pengertian syahadat.

10-Seseorang terkadang termasuk ahli kitab, tapi ia tidak tahu pengertian syahadat yang sebenarnya, atau ia memahami namun tidak mengamalkannya.

11-Peringatan akan pentingnya sistem pengajaran dengan bertahap.

12-Iaitu dengan diawali dari hal yang sangat penting kemudian yang penting dan begitu seterusnya.

13-Salah satu sasaran pembahagian zakat adalah orang fakir.

14-Kewajipan orang yang berilmu adalah menjelaskan tentang sesuatu yang masih diragukan oleh orang yang belajar.

15-Dilarang mengambil harta yang terbaik dalam penarikan zakat.

16-Menjaga diri dari berbuat zalim terhadap seseorang.

17-Pemberitahuan bahawa do'a orang yang teraniaya itu dimakbulkan Allah.

18-Diantara bukti tauhid adalah ujian yang dialami oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, seperti kesulitan, kelaparan mahupun wabak penyakit.

19-Sabda Rasulullah s.a.w.: "Demi Allah akan aku serahkan bendera …" adalah salah satu dari tanda-tanda kenabian beliau.

20-Kesembuhan kedua mata Ali, setelah diludahi Rasulullah adalah salah satu dari tanda tanda kenabian beliau.

21-Keutamaan sahabat Ali bin Abi Tholib r.a..

22-Keutamaan para sahabat Rasul, [kerana hasrat mereka yang besar sekali dalam kebaikan dan sikap mereka yang senantiasa berlumba lumba dalam mengerjakan amal soleh] ini dapat dilihat dari perbincangan mereka dimalam [menjelang perang Khaibar, tentang siapakah diantara mereka yang akan diserahi bendera komando perang, masing-masing mereka menginginkan agar dirinyalah yang menjadi orang yang memperoleh kehormatan itu].

23-Kewajipan mengimani takdir Allah, kerana bendera tidak diserahkan kepada orang yang sedang berusaha, malah diserahkan kepada orang yang tidak berusaha untuk memperolehnya.

24-Adab di dalam berjihad, sebagaimana yang terkandung dalam sabda Rasul: "berangkatlah engkau dengan tenang".

25-Disyariatkan untuk mendakwahi musuh sebelum memeranginya.

26-Syariat ini berlaku pula terhadap mereka yang sudah pernah didakwahi dan diperangi sebelumnya.

27-Dakwah harus dilaksanakan dengan bijaksana, sebagaimana yang diisyaratkan dalam sabda Nabi s.a.w.: "… dan sampaikanlah kepada mereka tentang hak-hak Allah dalam Islam yang harus dilakukan".

28-Wajib mengenal hak-hak Allah dalam kehidupan Islam[17].

29-Kemuliaan dakwah dan besarnya pahala bagi orang yang dapat memasukkan seorang saja kedalam Islam.

30-Diperbolehkan bersumpah dalam menyampaikan petunjuk.

_____________________________________

Catatan Kaki:

[15] Ajaklah mereka kepada Islam, iaitu kepada pengertian yang sebenarnya dari kedua kalimat syahadat, iaitu: berserah diri kepada Allah, lahir dan batin, dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, yang disampaikan melalui Rasul-Nya.

[16] Unta-unta merah adalah harta kekayaan yang sangat berharga dan menjadi kebanggaan orang arab pada masa itu.

[17] Hak Allah dalam Islam yang wajib dilaksanakan ialah seperti solat, zakat, puasa, haji dan kewajiban kewajiban lainnya.

Wallahua'alam...
Tafsiran Ajaran Tauhid

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger