Searching...

Dajjal Adalah Identiti (Sama) Dengan Ya'juj Ma'juj

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Setelah Al-Qur'an menerangkan pertempuran satu sama lain antara Ya'juj Ma'juj, ayat 102 menerangkan persoalan Dajjal. "Apakah orang-orang kafir mengira bahawa mereka dapat mengambil hamba-hamba-Ku sebagai pelindung di luar Aku?" (18:102). Ini menunjukkan bahawa Al-Qur'an mempersamakan Dajjal dengan Ya'juj Ma'juj. Mereka diberi nama yang berlainan kerana mempunyai dua fungsi yang berlainan.



Adapun mengenai identiti Ya'juj Ma'juj, para pentafsir tidak bersependapat. Ibnu Katsir berkata, bahwa Ya'juj Ma'juj adalah keturunan Adam, dan pendapat ini dikuatkan oleh Hadis Bukhari dan Muslim. Menurut kitab Ruhul-Ma'ani, Ya'juj waMa'juj adalah dua kabilah keturunan Yafits bin Nuh, dan yang bangsa Turki adalah sebahagian daripada mereka; mereka disebut Turki, kerana mereka 'turiku' (ditinggalkan) di sebelah sananya tembok. Selain itu, menurut huraian Al-Qur'an, begitu terang sekali bahawa mereka adalah sebangsa dengan manusia, yang untuk menghalang serbuan mereka, terpaksa bangunkan sebuah tembok.

Adapun yang kedua, Ya'juj Ma'juj dihuraikan dalam Al-Qur'an: "Sampai tatkala Ya'juj Ma'juj dilepaskan, mereka akan mengalir dari tiap-tiap tempat tinggi" (20:96). Ternyata bahawa yang dimaksudkan dengan kalimah "mengalir dari tiap-tiap tempat yang tinggi" ialah bahawa mereka akan menguasai seluruh dunia. Mengkaji cara Al-Qur'an menerangkan Ya'juj Ma'juj dalam dua tempat tersebut, terang sekali bahawa akan tiba masanya Ya'juj Ma'juj mengalahkan sekalian bangsa di dunia. Dan terang pula bahawa pada waktu Al-Qur'an diturunkan, Ya'juj Ma'juj sudah ada, tetapi gerak-geri mereka masih tetap terkekang sampai suatu masa tertentu yang sesudah itu mereka akan terlepas untuk menguasai seluruh dunia.

Wallahua'alam...
Pendekatan Kiamat

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger