Searching...

Dajjal Dan Ya'juj Ma'juj Menurut Al-Qur'an

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Perkataan Dajjal tidak tertera dalam Al-Qur'an, tetapi dalam Hadis sahih diterangkan, bahawa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi melindungi orang dari fitnah Dajjal, jadi menurut Hadis ini, Al-Quran memberikan isyarat tentang siapakah Dajjal itu. Mengenai hal ini diterangkan dalam Kitab Hadis yang sahih sebagaimana berikut:

"Barang siapa yang hafal sepuluh ayat pertama Surat Al-Kahfi, ia akan terselamat dari (fitnah) Dajjal."

"Barang siapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terselamat dari (fitnah) Dajjal."

Boleh jadi, dalam menyebut sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir, dituju ialah seluruh surat Al-Kahfi yang menggambarkan ancaman Nasrani yang beraspek dua, yang satu bersifat keagamaan, dan yang kedua bersifat keduniaan. Bacalah sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dalam surah Al-Kahfi, anda akan melihat seterang-terangnya bahawa yang disebutkan dalam dua tempat itu adalah kaum Nasrani.

Mula-mula dihuraikan aspek keagamaan, yang dalam waktu itu Nabi Muhammad dikatakan sebagai orang yang memberi peringatan umum kepada sekalian manusia (ayat 2), lalu dikatakan sebagai orang yang memberi peringatan khusus kepada kaum Nasrani (ayat 4), iaitu kaum yang berkata bahawa Allah memungut Anak lelaki. Demikianlah bunyinya:

"Segala puji kepunyaan Allah Yang menurunkan Kitab kepada hamba-Nya ..., ... agar ia memberi peringatan tentang seksaan yang amat dahsyat dari Dia ... dan ia memperingatkan orang-orang yang berkata bahawa Allah memungut Anak lelaki." (18:1-4).

Terang sekali bahawa yang ditujukan oleh ayat tersebut ialah umat Nasrani, iaitu ajaran pada pokok pangkal agamanya ialah Tuhan mempunyai Anak lelaki. Dalam sepuluh ayat terakhir surat Al-Kahfi dihuraikan seterang-terangnya, bahawa umat Nasrani mencapai hasil kegemilangannya di lapangan duniawi. Demikianlah bunyinya :

"Apakah orang-orang kafir mengira bahwa mereka dapat mengambil hamba-Ku sebagai pelindung selain Aku?... Katakan Apakah Kami beritahukan kepada kamu orang-orang yang paling rugi perbuatannya? (Iaitu) orang yang tersesat jalannya dalam kehidupan dunia, dan mereka mengira bahawa mereka adalah orang yang mempunyai keahlian dalam membuat barang-barang." (18: 102-104).

Ini adalah gambaran tentang bangsa-bangsa Barat yang diramalkan dengan kata-kata yang jelas. Membuat barang adalah keahlian dan kebanggaan kaum Nasrani, dan ciri khas inilah yang ditujukan oleh ayat tersebut. Mereka berlumba-lumba membuat barang-barang, dan mereka begitu sibuk dalam urusan ini, sehingga penglihatan mereka pada nilai-nilai kehidupan yang tinggi, menjadi kabur sama sekali. Sekali lagi membuat barang-barang, adalah satu-satunya tujuan hidup mereka di dunia. Jadi, sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir surat Al-Kahfi menerangkan dengan jelas bahayanya ajaran Kristian tentang Nabi Allah (Isa), dan tentang kegiatan bangsa-bangsa Kristian dalam bidang kebendaan, dan inilah yang dimaksudkan dengan fitnah Dajjal.

Ya'juj Ma'juj dihuraikan dua kali dalam Al-Quran. Yang pertama dihuraikan dalam surat al-Kahfi, sehubungan dengan huraian tentang gambaran Dajjal. Menjelang berakhimya surat al-Kahfi, dihuraikan tentang perjalanan Raja Dzul-Qarnain* ke berbagai-bagai jurusan untuk memperkuatkan struktur kerajaannya.

Ternyata bahawa menurut sejarah, raja ini ialah raja Parsi yang bernama Darius I. Diterangkan dalam surah tersebut, bahawa perjalanan beliau yang pertama, berakhir di laut Hitam. "Sampai tatkala ia mencapai hujung yang paling Barat, dia menjumpai matahari terbenam dalam sumber yang berlumpur hitam." (18:86). Ternyata bahawa yang dimaksudkan sumber yang berlumpur hitam ialah Laut Hitam.

Selanjutnya dihuraikan dalam surah tersebut, kisah perjalanan beliau ke Timur "Sampai tatkala ia mencapai tempat terbitnya matahari, ia menjumpai matahari terbit di atas kaum yang tak Kami beri perlindungan dari (matahari) itu" (18:90). Selanjutnya dihuraikan tentang perjalanan beliau ke Utara. "Sampai tatkala ia mencapai (suatu tempat) diantara dua bukit" (18:93).

Yang dimaksud dua bukit ialah pergunungan Armenia dan Azerbaijan. Dalam perjalanan ke Utara ini, raja Dzul-Qarnain berjumpa dengan suatu kaum yang berlainan bahasanya, ertinya, mereka tak mengerti bahasa Parsi. Kaum ini mengajukan permohonan kepada raja Dzul-Qarnain: "Wahai Dzul-Qarnain! Sesungguhnya Ya'juj Ma'juj itu membuat kerosakan di bumi. Bolehkah kami membayar ufti kepada engkau, dengan syarat engkau membangun sebuah rintangan antara kami dan mereka" (18:94).

Selanjutnya Al-Qur'an menerangkan, bahawa raja Dzul-Qarnain benar-benar membangun sebuah tembok** dan sehubungan dengan itu, Al-Qur'an menyebut-nyebut besi dan tembaga sebagai bahan untuk membangun pintu gerbang:

"Berilah aku tumpukan besi, sampai tatkala (besi) itu memenuhi ruangan di antara dua bukit, ia berkata: 'Bawalah kemari cairan tembaga yang akan kutuangkan di atasnya' (18:96). Dalam ayat 97 diterangkan, bahawa tatkala tembok itu selesai, mereka (Ya'juj wa-Ma'juj) tak dapat menaiki itu, dan tak dapat pula melubangi itu. Dalam ayat 98, raja Dzul-Qarnain menerangkan, bahawa bagaimanapun kuatnya, tembok ini hanya akan bertahan sampai jangka waktu tertentu, dan akhirnya tembok ini akan runtuh. Lalu kita akan dihadapkan kepada peristiwa yang lain. "Dan pada hari itu, Kami akan membiarkan sebahagian mereka (Ya'juj Ma'juj) bertempur melawan sebahagian yang lain" (18:99).

*[Kata Dzul-Qarnain makna asalnya "mempunyai dua tanduk", tetapi dapat bererti pula "orang yang memerintah dua generasi", atau, "orang yang memerintah dua kerajaan. Makna terakhir ini diberikan oleh musafir besar Ibnu Jarir. Dalam kitab perjanjian lama, Kitab Nabi Daniel, terdapat huraian tentang impian Nabi Daniel, dimana ia melihat seekor domba bertanduk dua. Impian itu ditafsirkan dalam al-Kitab dengan kata-kata sebagai berikut: "Adapun domba jantan, yang telah kau lihat dengan tanduk dua pucuk, iaitu raja Media dan Parsi, (Daniel 8:20). Diantara raja Media dan Parsi, yang paling sesuai dengan gambaran Al-Quran, ialah raja Darius I (521-485 sebelum Kristus).

Jewish Encyclopaedia menerangkan: "Darius adalah negarawan yang ulung. Peperangan yang beliau lakukan hanyalah dimaksud untuk memperkukuhkan struktur kerajaannya, iaitu di Armenia, Kaukasus, India, sepanjang gurun Turania dan dataran tinggi Asia Tengah". Pendapat ini dikuatkan oleh Encyclopaedia Britannica: "Tulisan yang diukir dalam batu menerangkan bahawa raja Darius adalah pemeluk agama Zaratustra yang setia. Tetapi beliau juga seorang negarawan yang besar. Pertempuran yang beliau lakukan, hanyalah untuk memperoleh struktur alam yang kuat bagi kerajaannya, demikian pula untuk menakluki suku bangsa biadab di daerah perbatasan. Jadi, raja Darius menakluki bangsa biadab di pegunungan Pontic dan Atmenia, dan meluaskan kerajaan Parsia sampai Kaukasus"].

**[Rintangan atau tembok yang dihuraikan di sini ialah tembok yang termasyhur di Derbent (atau Darband) yang terletak di pantai Laut Kaspia. Dalam kitab Marasidil - Ittila', kitab ilmu bumi yang termasyhur, terdapat huraian tentang hal itu. Demikian pula dalam kitabnya lbnu Al-Faqih. Encyclopaedia Biblica menjelaskan tembok itu iaitu: Derbent atau Darband adalah sebuah kota kerajaan Parsi di Kaukasus, termasuk propinsi Daghistan, di pantai Barat laut Kaspia. Di hujung sebelah Selatan, terletak Tembok Kaukasus yang menjulang ke laut, yang panjangnnya 50 batu, yang disebut Tembok Alexander. Tembok ini seluruhnya mempunyai ketinggian 29 kaki, dan tebal ± 10 kaki; dan dengan pintu gerbangnya yang diperbuat daripada besi, dan berpuluh-puluh menara pengintai, merupakan pertahanan struktur kerajaan Parsi yang kuat].

Wallahua'alam...
Pendekatan Kiamat

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger