Searching...

Gambaran Mengenai Dajjal Menurut Hadis

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hadis tentang Dajjal adalah banyak sekali, dan diriwayatkan oleh sejumlah besar para Sahabat Nabi, sehingga tak perlu dipersoalkan lagi tentang mutawatir-nya; walaupun masih perlu dipersoalkan tentang terpenuhinya ramalan itu secara terperinci. Hadis-hadis itu termuat dalam kitab-kitab Hadis yang amat sahih, bahkan yang termuat dalam kitab Bukhari dan Muslim tak sedikit jumlahnya.


Hadits tentang Dajjal yang termuat dalam Musnad Imam Ahmad bin Hambal berjumlah seratus, dan di antara yang meriwayatkan Hadis; terdapat sahabat kenamaan, seperti sayyidina Abubakar, 'Ali, Siti 'Aisyah, Sa'd bin Abi Waqqas; Abdullah bin Abbas, Abdullah bin 'Umar, Abdullah bin 'Amr, Abu Hurairah, Abu Said Khudri, Anas bin Malik, Jabir, Hisyam bin Amir, Samrah bin Jundab, Ubayya bin Ka'b, Safinah, Imran bin Husain, Nawas bin Sam'an, Ummu Syarik, Fatimah binti Qais, Ubadah bin Samit, Abu Ubaidah bin Al-Jarrah, Asma' binti Yazid, dan Mughirah bin Syu'bah.

Masih banyak Sahabat lagi yang meriwayatkan Hadis tentang Dajjal. Para Sahabat ini semua sependapat bahawa Nabi Muhammad S.A.W. berulang-ulang menceritakan tentang Dajjal, hingga tak perlu diragukan lagi tentang adanya kenyataan bahawa sumber yang mengalirkan ramalan itu adalah Nabi Muhammad S.A.W. sendiri.

Ada beberapa masalah penting yang harus diingatkan sehubungan dengan gambaran Dajjal yang termuat dalam Al-Hadis. Yang pertama ialah bahawa ramalan Nabi Muhammad S.A.W. tentang munculnya Dajjal itu didasarkan atas kasyaf (vision). Sebuah Hadis sahih dari Nawas bin Sam'an mengenai Dajjal, yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi, terdapat kata-kata seperti:

"Seakan-akan ia (Dajjal) mirip dengan "Abdul-'Uzza". Kata seakan-akan ini terang sekali menunjukkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menggambarkan keadaan yang beliau lihat dalam vision (kasyaf); hal ini memberi keyakinan kepada kita bahawa ramalan beliau mengenai Dajjal itu berasal dari kasyaf atau ru'yah. Tetapi pada waktu menceritakan ramalan-ramalan itu, biasanya tak diterangkan bahawa kenyataan itu dilihat dalam kasyaf atau ru'yah.

Apa-apa yang dilihat dalam ru'yah (kasyaf) itu biasanya harus ditafsirkan. Al-Qur'an sendiri menceritakan beberapa impian, yang ertinya berlainan sekali dengan erti kalimahnya. Misalnya, dalam mimpi Nabi Yusuf melihat matahari, bulan dan sebelas bintang bersujud kepada beliau. Tetapi erti impian ini yang sesungguhnya ialah bahawa Allah akan menaikkan darjat dan kedudukan beliau.

Selanjutnya dalam mimpi Raja melihat tujuh ekor lembu kurus menelan tujuh ekor lembu gemuk. Adapun ertinya ialah simpanan gandum selama tujuh tahun musim baik akan habis dimakan dalam tujuh tahun musim kering.

Dalam Hadis juga diriwayatkan impian Nabi Muhammad S.A.W. yang ertinya berlainan sekali dengan kejadian yang dilihat dalam mimpi. Misalnya, dua gelang yang beliau lihat dalam mimpi, ertinya, dua nabi palsu; tangan panjang ertinya dermawan. Selain itu, pada umumnya orang mengakui bahawa ramalan-ramalan itu dibungkus dengan kalam (ibarat).

Oleh kerana itu, apa yang pertama sekali harus diingatkan berkenaan sehubungan dengan ramalan-ramalan tentang Dajjal ialah bahawa ramalan itu penuh dengan kalam (ibarat). Selanjutnya, kerana ramalan itu tak berhubungan dengan Hukum Syari'at, maka akan mengalami dua macam kesukaran.

Pertama, orang-orang yang menceritakan ramalan itu kurang begitu hati-hati terhadap penyimpanan sabda yang diucapkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. mengenai masalah ini, seperti hati-hati mereka terhadap penyimpanan sabda beliau mengenai Hukum Syari'at.

Kedua, oleh kerana tak ada alat untuk mengetahui erti yang sebenarnya daripada ramalan itu, sebelum ini menjadi kenyataan, maka kerap terjadi bahawa ucapan Nabi Muhammad S.A.W. itu keliru ditangkapnya, sehingga kesan yang keliru ini mengakibatkan adanya penambahan dan perubahan dalam Hadis itu.

Wallahua'alam...

Pendekatan Kiamat

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger