Searching...

Mengapa Al-Qur'an Tidak Meyebut Tentang Dajjal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Mungkin orang akan bertanya, jika sekiranya Dajjal dan Ya'juj wa-Ma'juj adalah dua sebutan yang berlainan untuk menamakan satu bangsa, mengapa Al-Qur'an hanya menyebutkan nama Ya'juj wa-Ma'juj shj, dan tak sesekali menyebutkan nama Dajjal? Sebabnya ialah bahawa kata Dajjal, sebagaimana yang dapat diterangkan di atas, ertinya "pembohong" atau "penipu", dan tak seorang pun suka disebut pembohong atau penipu, walaupun ia benar-benar seorang pembohong atau penipu yang unggul.



Sebaliknya, oleh kerana Ya'juj wa-Ma'juj itu nama bagi suatu bangsa, maka tak seorangpun akan merasa keberatan memakai nama itu. Bahkan sebenarnya, bangsa Inggeris sendiri telah memasang patung Ya'juj wa-Ma'juj di depan Guildhall di London. Inilah sebabnya mengapa Al-Qur'an hanya menggunakan nama Ya'juj Ma'juj, dan tak menggunakan nama Dajjal yang ertinya pembohong. Sebaliknya, kitab-kitab Hadis menggunakan kata Dajjal, kerana nama Dajjal atau 'Anti Christ', dan ramalan-ramalan yang berhubungan dengan ini, disebutkan dalam Kitab Suci yang terdahulu. Oleh kerana itu, perlu sekali dijelaskan bagaimana terjadinya ramalan-ramalan itu.

Selain itu, perkataan Dajjal hanya menunjukkan satu aspek persoalan, yakni kebohongan dan penipuan yang dilakukan oleh bangsa itu, baik mengenai urusan agama, mahupun mengenai urusan duniawi. Akan tetapi terlepas daripada sifat-sifatnya yang buruk namun begitu, ada pula dari segi kebaikannya.

Dipandang dari segi duniawi, kesejahteraan materialistik mereka harus dipandang sebagai segi kebaikan mereka. Itulah sebabnya mengapa dalam Hadis digambarkan, bahawa mata Dajjal yang hanya satu, iaitu mata duniawi; gemerlapan bagaikan bintang. Al-Our'an juga menerangkan keahlian mereka dalam membuat barang-barang. Jadi gelaran Dajjal hanyalah sebahagian daripada gambaran bagi suatu bangsa itu.

Dalam Al-Qur'an, bangsa-bangsa Kristian disebut "para penghuni Gua dan inskripsi" (18:9). Gambaran ini menggambarkan dua aspek sejarah agama Kristian. "Para penghuni Gua" merupakan gambaran yang tepat bagi agama Kristian dalam permulaan sejarah mereka kerana pada waktu itu ciri khas mereka yang paling menonjol ialah hidup dalam biara. Mereka meninggalkan sama sekali urusan duniawi untuk mengabdikan sepenuhnya dalam urusan keagamaan. Dengan kata lain, mereka membuang dunia dengan guna kepentingan agama.

Akan tetapi pada akhir zaman, mereka digambarkan sebagai "Bangsa Inskripsi (ar-raqimi)". Kata raqmun ertinya barang yang ditulis. Kata ini khusus digunakan bagi harga yang ditulis pada barang-barang dagangan, seperti pakaian dan sebagainya. Gambaran ini mengandungi erti penyerapan mereka yang amat dalam, dalam urusan duniawi, fakta ini dihuraikan di dalam Al-Qur'an: "Orang-orang yang usahanya menderita rugi dalam kehidupan dunia ini" (18:104).

Jadi, bangsa Kristian yang pada permulaan sejarah mereka membuang dunia untuk kepentingan agama, tetapi pada akhir zaman, mereka membuang agama untuk kepentingan dunia; oleh sebab itu, mereka dikatakan dalam Al-Qur'an sebagai "salah satu pertanda Kami yang mengagumkan" (18:9). Sabda Al-Qur'an tersebut di atas adalah gambaran yang tepat tentang kecondongan mereka kepada kebendaan. Oleh kerana dalam urusan duniawi, mereka lebih maju dari bangsa-bangsa lain, maka bangsa lain itu mengikuti mereka secara membuta-tuli, kerana terpikat oleh keuntungan-keuntungan duniawi yang dijamin oleh mereka.

Jadi, bangsa-bangsa Kristian menyesatkan bangsa-bangsa lain di dunia, bukan shj dengan pengertian yang salah tentang Nabi Isa Al-Masih dan Penebusan dosa, bahkan pula dengan cita-cita mengejar kebendaan secara membuta-tuli, dengan mengabaikan sama sekali nilai-nilai hidup yang lebih tinggi. Oleh kerana itu, dalam Hadis, mereka diberi nama Dajjal, atau penipu yang terunggul.

Wallahua'alam...
Pendekatan Kiamat

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger