Searching...

Mengapa Dajjal Disebut Al-Masih?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebenarnya jika orang mahu berfikir sejenak saja, pasti akan menemukan kebenarannya, mengapa Dajjal disebut Masihid-Dajjal. Mengapa Dajjal disebut al-Masih? Karena Dajjal selalu menunaikan tugasnya atas nama "al-Masih", iaitu julukan ini diberikan oleh Allah kepada Nabi 'Isa berdasarkan wahyu-Nya. Diberikannya julukan al-Masih kepada Dajjal menunjukkan, bahawa Dajjal akan menunaikan pekerjaan atas nama orang suci ini, dan inilah sebenarnya yang menyebabkan dia disebut Dajjal atau penipu, kerana ia menggunakan nama "al-Masih", seorang Nabi dan hamba Allah yang tulus, tetapi ia berbuat sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ajaran beliau. Maka sesiapa yang terpedaya dan ditipu oleh tipu daya dajjal maka akan jadi pengikut dajjal, nauzubillah...


Al-Masih 'Isa mengajarkan bahwa Allah itu Maha Esa, dan tak ada Tuhan selain Dia yang wajib disembah; tetapi Dajjal mengangkat Nabi 'Isa itu sendiri sebagai Tuhan. Selanjutnya, al-Masih 'Isa mengajarkan bahawa semua Nabi adalah hamba Allah yang tulus, tetapi Dajjal mengutuk semua Nabi yang suci sebagai orang berdosa. Mengapa demikian? Kerana jika para Nabi Utusan Allah ini tak dikutuk sebagai orang berdosa, maka tak perlulah timbul Nabi Allah ('Isa AS) yang tak berdosa, untuk menebusi dosa sekalian manusia.

Selanjutnya, al-Masih 'Isa mengajarkan bahawa setiap orang akan mendapat ganjaran atau hukuman sesuai perbuatan yang ia lakukan, tetapi Dajjal yang bertopengkan al-Masih mengajarkan bahawa Nabi Allah ('Isa AS) sudah cukup menebusi dosa umat Kristian. Al-Masih 'Isa AS mengajarkan bahawa orang kaya tak dapat masuk dalam kerajaan Syurga, tetapi Dajjal yang mengaku-ngaku al-Masih mengajarkan supaya manusia menimbunkan harta kekayaannya. Ringkasnya, kitab-kitab Hadis menggunakan julukan "Al-Masihid Dajjal" hanyalah untuk menjelaskan, bahawa Dajjal adalah nama lain belaka bagi agama Kristian sekarang ini. Nama Al-Masih dan agama al-Masih hanyalah digunakan sebagai topeng untuk menutupi penipuan (dajjal) yang ada di belakang itu.

Wallahua'alam...

Pendekatan Kiamat

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger