Searching...

Menurut Al-Quran Dan Hadis, Kemenangan Kristian Itu Sama Dengan Fitnah Dajjal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebagaimana telah dinyatakan dalam Al-Qur'an, tidak disebutkan nama Dajjal secara khusus. Tetapi dalam Hadis sahih diterangkan bahawa barang siapa membaca surah al-Kahfi, ia akan diselamatkan dari fitnah Dajjal, padahal surah ini khusus membahas tentang agama Nasrani (kristian) dan ajarannya yang palsu. Terutama sekali sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surah ini, khusus membahas kepercayaan dan kegiatan bangsa-bangsa kristian. Ini menunjukkan seterang-terangnya bahawa menurut Al-Qur'an, fitnah Dajjal itu hanyalah sebutan bagi kemenangan agama Nasrani. Dengan erti kata lain, apa yang digambarkan dalam Hadis sebagai fitnah Dajjal itu tiada lain hanyalah kemenangan agama Nasrani.


Dengan suara bulat semua kitab Hadis mengumumkan bahawa fitnah Dajjal adalah fitnah yang paling besar, sehinggakan kaum Muslimin diajarkan agar pada tiap-tiap solat berdo'a kepada Allah untuk diselamatkan dari fitnah Dajjal: "Ya Allah, aku mohon perlindungan dari-Mu dari fitnah al-Masih Dajjal". Selanjutnya diterangkan pula dalam Hadis bahawa setiap Nabi memperingatkan umatnya terhadap fitnah Dajjal. Dalam Hadis dinyatakan seterang-terangnya seperti:

"Tak ada fitnah yang lebih besar daripada fitnah Dajjal, sejak terciptanya Nabi Adam sehinggalah ke Hari Kiamat".

Semua kitab Hadis sama pendapatnya tentang hal ini, dan peringatan ini diulang berkali-kali dalam pelbagai bentuk kalimah. Oleh kerana itu timbullah persoalan, mengapa Al-Qur'an tak membicarakan peristiwa yang digambarkan dengan tegas oleh Nabi Muhammad SAW sebagai fitnah yang paling besar?

Sebelum kita menjawab persoalan ini, baiklah sekiranya kita periksa terlebih dahulu dua macam sifat (fitnah) yang kaum Muslimin diperingatkan akan terjadi pada akhir zaman. Pertama tentang fitnahnya Ya'juj wa-Ma'juj, ini dihuraikan seterang-terangnya, baik dalam Al-Qur'an mahupun dalam Hadis; akan tetapi Al-Quran tak menerangkan tentang Dajjal, melainkan sebagai penggantinya, Al-Qur'an hanya menerangkan fitnah besar berupa ajaran Kristian tentang Ketuhanan Nabi 'Isa. Dengan kata-kata yang tegas, Al-Quran mencela ajaran ini sebagai fitnah yang paling besar bagi manusia:

"Langit hampir-hampir pecah dan bumi terbelah dan gunung-gunung runtuh berkeping-keping, kerana mereka mengaku bahawa (Nabi 'Isa) seorang putera kepada Tuhan Yang Maha Pemurah" (19:90-91).

Selanjutnya Al-Qur'an menerangkan, bahawa ajaran semacam itu tak pernah diajarkan oleh Nabi 'Isa. bahkan sebenarnya, ajaran itu bertentangan dengan apa yang diajarkan oleh nabi 'Isa.

"Tatkala Allah berfirman: Wahai 'Isa anak Maryam, apakah engkau berkata kepada manusia ambillah aku dan ibuku sebagai Tuhan selain Allah? Maka (Nabi 'Isa) berkata: Maha suci Engkau, tak pantas bagiku mengatakan sesuatu yang aku tak berhak mengatakan itu. Aku tidak berkata kepada mereka selain apa yang Engkau perintahkan kepadaku, yakni mengabdilah kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan mereka" (5:116-117).

Jadi menurut Al-Qur'an, ajaran tentang Ketuhanan Nabi 'Isa tak diajarkan oleh beliau, melainkan diajarkan oleh Anti-christ atau Dajjal. Walaupun Al-Qur'an tak menyebut-nyebut nama Dajjal, namun Al-Qur'an membicarakan ajaran Dajjal yang sesat berupa ajaran Kristian tentang Putera Allah.

Jika kita perhatikan Hadis yang bersangkutan, inipun membenarkan apa yang tersebut di atasnya. Dalam hubungan ini, hal yang pertama kali menarik perhatian kita ialah, bahawa Hadis yang menerangkan turunnya al-Masih, hampir semuanya memikulkan satu tugas kepada beliau, yakni "mematahkan kayu salib" (yaksirus-saliba).

Jarang sekali Hadis yang menerangkan, bahawa beliau ditugaskan untuk membunuh Dajjal. Hal ini memang aneh jika diingatkan bahawa menurut Hadis, fitnah Dajjal itu fitnah yang paling besar di dunia. Fitnah ini hanya akan disingkirkan oleh tangan Masih-Mau'ud. Akan tetapi pada waktu membicarakan turunnya al-Masih, Hadis hanya menerangkan bahwa tugas beliau yang paling besar ialah mematahkan kayu salib; ini menunjukkan seterang-terangnya bahawa mematahkan kayu salib adalah sama ertinya dengan membunuh Dajjal.

Sungguh berkesan sekali bahawa Hadis menerangkan fitnah akhir zaman, maka fitnah yang paling besar adalah fitnah Dajjal; tetapi manakala Hadis menerangkan ubat yang dapat membanteras fitnah itu, maka hanya disebut patahnya kayu salib. Mengingatkan bahwa tugas utama Masih-Mau'ud ialah mematahkan kayu palang, maka teranglah bahawa fitnah Dajjal dan maharajalelanya agama Kristian adalah sinonim bagi satu idea yang sama.

Wallahua'alam...

Pendekatan Kiamat

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger