Searching...

Ya'juj Ma'juj Menurut Kitab Bible

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dalam kitab Bible, Ya'juj Ma'juj dihuraikan dengan kata-kata yang amat jelas, sehingga tidak dapat nak diragui lagi siapa Ya'juj dan Ma'juj itu.

Dalam Kitab Yehezkiel 38:1-4, diterangkan sbb:

"Dan lagi datanglah firman Tuhan kepadaku, bunyinya: Hai anak Adam! Tujukkanlah mukamu kepada Juj dan tanah majuj, raja Rus, Masekh dan Tubal, dan bernubuahlah akan halnya. Katakanlah: Demikianlah firman Tuhan Hua. Bahawasanya Aku membalas kepadamu kelak, hai Juj, raja Rus, masekh dan Tubal. Dan kubawa akan dikau berkeliling dan ku bubuh kait pada rahangmu... "


Di sini Juj dihuraikan seterang-terangnya, dan Juj di sini adalah sama dengan Ya'juj dalam Al-Quran. Dia dikatakan sebagai raja Rusia, Moscow dan Tubal. Adapun Majuj (Ma'juj), hanya dikatakan "tanah Ma'juj".

Tiga nama yang disebutkan dalam kitab Bible ialah: Rus atau Rusia, Masekh atau Moscow, dan Tubal atau Tobolsk. Rusia adalah nama negara, sedangkan Omask dan Tubal adalah nama dua sungai di sebelah Utara pegunungan Kaukasus. Pada sungai Omask terletak kota Moscow, dan pada sungai Tubal terletak kota Tobolsk; kedua-duanya merupakan kota Rusia yang termasyhur. Mengingatkan betapa terangnya gambaran ini, maka tidak dapat nak diragui lagi siapa Ya'juj itu.

Jadi terang sekali bahawa Juj ialah Russia, tempat kediaman bangsa Slavia. Adapun Ma'juj adalah negara itu juga. Jadi di satu pihak, Juj dikatakan sebagai raja Rusia, di lain pihak, ia digambarkan mendiami tanah Majuj. Rusia terletak di Eropah. Penduduk Eropah terdiri dari dua pokok suku-bangsa, iaitu Slavia dan Teutonia. Bangsa Teutonia meliputi bangsa British dan bangsa Jerman. Ini menunjukkan seterang-terangnya bahawa Juj adalah nama bangsa-bangsa Eropah Timur (Slavia), sedangkan Majuj adalah nama bangsa-bangsa Eropah Barat, iaitu bangsa Teutonia.

Dan terang pula bahwa dua bangsa ini mula-mula sekali mendiami tanah yang sama. Boleh jadi, Juj dan Majuj adalah nama atau julukan nenek-moyang dua bangsa ini. Hal ini dapat dibuktikan adanya kenyataan bahawa patung Ya'juj dan ma'juj itu sejak zaman dahulu sudah berdiri di depan Guildhall di London yang termasyhur. Jika dua nama itu tidak ada hubungannya dengan nenek-moyang bangsa-bangsa ini, mengapa patung mereka itu dipasang di depan gedung Dewan Perwakilan Rakyat?

Berdasarkan keterangan tersebut dalam kitab Bible ditambah dengan bukti sejarah yang dilengkapi dengan dua patung di London, sudah dapat dipastikan bahwa Ya'juj Ma'juj bukanlah nama khayalan, melainkan nama dua suku bangsa yang mendiami Benua Eropah, dan yang seluruhnya menutupi dataran Eropah. Menilik tanda-tanda yang terang tentang identiti bangsa-bangsa itu, maka apa yang telah dihuraikan di dalam Al-Quran bahwa Ya'juj Ma'juj akan mengalir dari tiap-tiap tempat tinggi, ini tak dapat diertikan lain selain bahawa bangsa-bangsa Eropah akan menguasai seluruh muka bumi.

Bahkan kalimah "kulli hadabin" yang ertinya tiap-tiap tempat tinggi ini menunjukkan, bahawa mereka bukan sahaja unggul dalam bidang fizik, bahkan pula dalam bidang intelektual, sehingga bangsa-bangsa lain di dunia bukan saja diperbudakkan dari segi jasmaninya, bahkan pula rohaninya. Jadi, Al-Quran memberi gambaran yang nyata kepada kita tentang maharajalelanya kekuasaan politik dan kebudayaan Eropah di seluruh dunia, dan runtuhnya umat Islam pada akhir zaman; kenyataan ini memang aneh, tetapi ini membuktikan seterang-terangnya akan kebenaran Islam.

Wallahua'alam... 

Pendekatan Kiamat

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger