Searching...

Konspirasi Pada Dajjal Sebagai Renungan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Surah Al-Kahfi ayat 1-10 (terjemahan):

1. Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu Yang bengkok (terpesong):
2. (bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi Pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar) Dengan azab Yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka akan beroleh balasan Yang baik.
3. Mereka tinggal tetap Dalam (balasan Yang baik) itu selama-lamanya.
4. Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang Yang berkata:" Allah mempunyai anak".
5. (sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik Yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara Yang dusta.
6. Maka Jangan-jangan pula Engkau (Wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
7. Sesungguhnya Kami telah jadikan apa Yang ada di muka bumi sebagai perhiasan bagiNya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya Yang lebih baik amalnya.
8. Dan Sesungguhnya Kami akan jadikan apa Yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah Yang tandus.
9. Adakah Engkau menyangka (Wahai Muhammad), Bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja Yang menakjubkan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaan Kami?
10. (ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! kurniakanlah Kami rahmat dari sisimu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada Kami untuk keselamatan ugama kami".
   

Mudah-mudahan usaha ini diperkenankan oleh Allah SWT jua dan diberkati-Nya. Saudaraku dan sahabat-sahabat sekalian. Kita telah tahu bahawa Tentera-tentera Dajjal itu adalah terdiri dari bangsa Yahudi. Bahkan kita juga tahu bahawa Yahudi adalah bangsa yang bijak.

Namun kebijaksanaan mereka itu nampaknya mereka gunakan pada jalan yang bukan sebenarnya mengikut kehendak Allah SWT. Sedangkan kebijakan sebenarnya boleh membantu seseorang daripada jalan gelap kepada jalan kebenaran.

Sebaliknya mereka hanyut dan kebijaksanaan mereka tidak dapat membantu mereka. Adakah kerana kesombongan mereka, mereka tidak mendapat petunjuk?. Betul mereka tidak mendapat petunjuk adalah kerana kesombongan mereka.

Selain itu, mungkin ada lagi suatu yang lain yang menyebabkan mereka terpengaruh oleh Dajjal. Iaitu kuasa sihir. Jika kuasa sihir itu dibatalkan, mungkin Dajjal tidak akan dapat mempengaruhi mereka lagi. Bahkan apakah dia sihir Dajjal dan bagaimanakah Dajjal dapat menyihir Yahudi? Wallahua'alam... Apa yang saya dapat pastikan, Dajjal menyihir Yahudi dengan kebendaan dan nafsu dunia.

Bahkan mungkin juga dari simbolnya. Simbol Dajjal yang kita tahu ada pada simbol Freemason yang mempunyai dua tiang, matahari bulan dan bintang, lantai hitam putih seperti tapak permainan catur, dan simbul G, pembaris patah yang menuju ke atas dan geometri yang menuju ke bawah.

Pada pandangan saya dua tiang itu menunjukkan 11 golongan bangsa Yahudi dari 12 golongan yang masih tertinggal sekarang. Sedangkan satu lagi entah hilang kemana. Matahari, Bulan dan bintang pula ialah ibu dan bapa mereka manakala bintang-bintang ialah mereka sendiri.

Perkara ini disebut dalam surah Yusuf ayat 4:

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".



Manakala lantai yang berwarna hitam putih pula ialah warna syaitan, kerana memang syaitan suka duduk ditepi-tepi di antara dua kawasan. Kerana mereka akan mendapat kuasa dan kekuatan di sana. Sebab itu syaitan suka waktu maghrib dan tanduknya akan menjadi panjang pada waktu maghrib seperti mana riwayat sebuah hadis. Bahkan ada ulama pula yang melarang kita duduk di tengah-tengah bayang dan cahaya matahari, duduk antara bandul pintu, berada di antara dua arus laut dan sungai dan lain-lain lagi.

Jadinya sahabat, saya berpendapat dari ayat yang saya tulis di atas tadi dan juga simbol yang ditunjukkan oleh Dajjal dalam kumpulan Freemason, Dajjal telah menyihirkan hati Kaum Bani Israel dari tunduk kepada Nabi Yusuf kepada Nafsu.

Pada pendapat saya, kita hendaklah berusaha sedaya upaya untuk melawan Dajjal dan kalau boleh membatalkan apa sahaja sihir yang ada selagi kita mampu.



Mudah-mudahan jika kita menyebarkan 10 ayat bacaan surah al-Kahfi yang saya tulis di atas dan mengubah lambang freemason seperti gambar di atas, maka dengan bantuan Allah SWT jua Bani Israel akan dapat diubah hati mereka daripada tunduk kepada Dajjal dan beralih arah untuk tunduk kepada Allah SWT dan tunduk kepada ajaran Nabi Muhammad SAW. Amin... Wallahua'alam...


Kenapa Perlu Mengubah Hati Pengikut Dajjal?

Mungkin perkara ini tidak perlu saya jelaskan. Namun mungkin ada jua pihak yang memerlukan penjelasan. Bahkan mungkin juga ada pihak yang suka membantah dan berdebat dalam perkara ini yang mungkin akan mengatakan, biarkanlah Yahudi menjadi tentera Dajjal dan menjadi Musuh Allah. Bukankah Allah SWT telah berjanji untuk memenangkan umat Islam dalam perang melawan Yahudi dan bermacam-macam lagi bantahan.

Jika ini pendapat mereka, maka saya akan mengatakan pada mereka bahawa, memang benar Allah SWT telah berjanji membantu umat Islam melawan Yahudi dan memenangkan Umat Islam dalam perperangan itu. Bahkan jika Dajjal tersebut sendiri yang berperang, maka Dajjal itu juga akan dibunuh oleh Nabi Isa AS.

Walaubagaimanapun, meskipun Allah swt berjanji untuk memusnahkan Yahudi dan Dajjal, Allah SWT juga masih memerintahkan kita agar kita mengeluarkan usaha kita dengan sepenuh ikhtiar. Jika kita tidak berikhtiar dengan sedaya upaya dan tenaga, dengan penuh usaha minda dan juga harta benda setakat mana yang kita mampu dan tidak ada seorang manusia pun yang berusaha untuk itu, maka kewajipan untuk melaksanakannya adalah masih tergantung. Lalu bagaimanakah Allah SWT akan membantu kita, kalau kewajipan kita masih belum tertunai? Adakah kita mahu bantuan terhadap kita dilewatkan oleh Allah SWT sehingga kita benar-benar lemah tidak bermaya?


Jadinya, sebelum kita lemah, sebelum kita tidak tidak mempunyai apa-apa daya untuk melawan langsung, maka dengan sumber yang ada sekarang ini, kita hendaklah menjananya agar kita mempunyai segala kekuatan dari segala dan segenap bidang apapun tanpa terkecuali dan menggunakan kekuatan itu dengan penuh maksima yang termampu untuk melawan fitnah Dajjal. Kerana itulah tugas kita sebagai umat Islam sebenarnya. Tidak mustahil Bani Israel juga mempunyai kekuatan dalam segala dan segenap bidang. Kita juga perlu memasuki bidang penguasaan hati Kaum Bani Israel ini seperti yang dimiliki oleh Dajjal, bahkan hendaklah kita mempunyai cara untuk memusnahkan sihirnya?



Jika Ditanya Adakah Perkara Ini Tidak Sia-Sia?

Maka saya katakan pada anda mudah-mudahan tidak, kerana Allah SWT sahaja yang tahu dan Allah SWT sahaja yang akan menolong kita. Namun kita hanya dapat bertawakkal, berdoa dengan penuh fokus dan harapan dan berusaha semampu yang boleh.

Perkara ini tidak sia-sia kerana sihir ialah suatu perkara yang mistik, ia sebenarnya hanya akan berkuasa kepada orang-orang yang tidak dibantu oleh Allah SWT. Manakala orang yang dibantu Allah SWT akan ditolong oleh Allah SWT dijauhkan dari Sihir itu.

Nabi Muhammad SAW sendiri diriwayatkan dalam Hadis telah disihir oleh seorang Yahudi. Lalu Nabi Muhammad saw telah ditolong oleh Allah dengan perantaraan Malaikat Jibril AS dan Malaikiat Mikail AS untuk meleraikan sihir itu. Bahan sihir itu telah dimasukkan oleh penyihir di dalam sebuah telaga dan telaga itu telah dikambus sebahagiannya oleh Nabi Muhammad SAW sehingga bahan sihir itu tidak dapat digunakan lagi oleh penyihir. Ataupun sepertimana peristiwa yang telah berlaku pada hakikatnya pada masa itu. Wallahua'alam...

Jika Nabi Muhammad saw boleh disihir dan ada bahan sihirnya dibuat dari sesuatu dan bahan sihir itu boleh dimusnahkan. Maka saya berpendapat Dajjal juga tentulah telah menyihir seluruh kaum bani Israel melainkan satu puak yang hilang saja yang belum disihirnya. Dan tentulah nanti sihir itu tidak akan hilang selagi bahan asasi sihirnya tidak dimusnahkan.

Bahkan Rasulullah SAW pernah mengajar kita untuk membaca 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi sepertimana yang saya telah tulis di atas untuk melawan fitnah Dajjal.

Sebenarnya gambar di atas adalah untuk menolong kita berniat semasa membaca 10 ayat surah al-Kahfi itu agar diniatkan supaya sihir Dajjal itu tidak menjadi dan tidak mengena lagi pada Bani Israel.

Jadi bacaan dan niat kita dan dengan penukaran gambar-gambar dan juga menterbalikkannya menjadi tunduk kepada Allah SWT, saya berpendapat dengan bantuan Allah dan dengan berkat doa dan niat kita yang lebih fokus kepada doa kita, ianya sedikit demi sedikit akan menterbalikkan hati Bani Israel dari tunduk kepada Syaitan menjadi tunduk kepada Allah SWT yang bergantung kepada bacaan Surah al-Kahfi kita dan niat kita tadi untuk menterbalikkan sihir itu agar mereka tunduk kepaa Allah SWT dan Ajaran Nabi Muhammad SAW.

Ini adalah sebagai satu ikhtiar kecil kita sebelum kita benar-benar dapat memusnahkan peralatan sihir yang sebenar.

Dan selain itu sekurang-kurangnya apabila melihat gambar dan rencana ini juga, Umat Yahudi akan terjaga dari sihir yang dikenakan ke atas mereka. Amin...

Apabila Yahudi telah tidak dikuasai sihir Dajjal, maka bukankah pada ketika itu, umat Islam akan menjadi lebih kuat dari sebelumnya? Bahkan mudah-mudahan jua jika masih ada sebahagian dari Umat Yahudi yang ikhlas. Dengan pelepasan dari sihir-sihir itu, mereka akan memeluk Islam dan menolong umat Islam menentang Dajjal dan Yahudi yang menentang Allah swt. Amin.

Mudah-mudahan bermanfaat dan mudah-mudahan diterima Allah swt. Amin...


Pendekatan Kiamat

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger