Searching...

Pendedahan Politik Di Malaysia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Terdapat tiga tahap dalam tabiat berpolitik di Malaysia, dan mungkin juga di dunia. TAHAP PERTAMA, orang mengamalkan 'child-politics' iaitu politik bertaraf kebudak-budakan. Politik jenis ini berteraskan politik menang-kalah, perlawanan, pertan​dingan atau persaingan. Senario pergaduhan, caci-mencaci, maki-h​amun, fitnah dan tuduh-menuduh adalah asam garam atau penyeri bagi politik jenis ini. Oleh kerana antara ciri politik ini adalah pertandingan, maka setiap kali pilihanraya adalah sesuatu yang paling penting bagi penganut fahaman politik 'childs' ini. Penyokong politik adalah golongan yang paling seronok terkinja-kinja bagaikan anak-anak kecil mendapat gula-gula. Manakala ahli politiknya saban waktu mengira tarikh pilihanraya. 
Tarikh pilihanraya amat penting baginya. Profesionnya hanya berfungsi pada ketika ini. Pada waktu kempenlah, baru orang ramai dapat melihat bagaimana rupanya pekerjaan seorang wakil rakyat, misalnya. Ketika ini, barulah terhegeh-hegeh mengunjungi pasar-pasar, warung-warung dan rumah-rumah. Perlu berlakon bermesra dengan rakyat di jalanan dan bertanya khabar masalah. Kemudian mesti membuat kenyataan di media tentang kekurangan itu dan ini, dan kemudiannya wajib menaburkan janji-janji.

Ini adalah skrip yang perlu dihafal ketika kempen pilihanraya. Ini adalah 'stereotype of childs politician'. Maksudnya, ahli politik jenis ini hanya memikirkan tarikh pilihanraya, bukan masa depan negara.

Para pengikutnya pula memandang pilihanraya sebagai hari berparti. Mereka akan terkinja-kinja di jalanan. Di suruh menjerit,mereka menjerit. Di suruh ketawa, mereka ketawa. Di suruh bertepuk, mereka bertepuk dan senyum menyeringai bagaikan beruk mendapat bunga. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya, biarkan... Biarkan​!

Keputusan pilihanraya bagaikan bursa saham. Orang membeli akhbar bagaikan melihat saham naik atau turun, atau seperti melihat keputusan nombor ekor. Mereka tidak memikirkan apakah ertinya angka-angka itu naik atau turun. Mereka juga tidak melihat perubahan pada persempadanan dan populasi kawasan-kawasan pilihanraya. Pilihanraya sebenarnya bukan semata-mata pilihanraya. Pilihanraya ADALAH GILLOTIN UNTUK ORANG ATAU BANGSA YANG LALAI DAN ALPA!

Fahaman 'child-politics' merebak ke ruang maya. Ada orang yang membuat blog semata-mata untuk memaki hamun seorang manusia. Ruang maya adalah tempat paling busuk dengan fitnah. Fitnah dan kutukan bersimpang-siur di alam siber. Namun anehnya, ada seorang profesor mengukur kepopularan sesuatu parti berdasarkan blog-blog di dalam internet. Ini kerja orang malas namanya bagi seseorang yang bertahap profesor. Hanya profesor bertahap kangkung sahaja tergamak duduk bersantai-santai di depan internet kemudian mengatakan ramai tidak sukakan tuan presiden, misalnya. Ini kerja tahap budak-budak remaja bercintan-cintun sambil melayan 'ym' atau 'chatting' sahaja. Beliau kena turun padang, tanya Pak Mat di Kampung Sura, Dungun atau Mak Bedah di Parit, Perak misalnya baru boleh mencanangkan sesuatu. Dunia internet penuh penipuan (Scam). Dunia internet adalah dunia 'anonymous'. Boleh gunakan blog-blog tapi kena ada kajian 'online' dan 'offline'.

TAHAP KEDUA ialah orang yang berpolitik kerana agenda tertentu. Kelompok yang berpolitik cara ini tidak ramai, ya... Tidak ramai berbanding golongan 'childs'. Selalunya yang memiliki fahaman politik sebegini adalah para pemimpin atau kelas atasan dalam parti. Golongan ini adalah elit dalam parti. Merekalah yang memutuskan sesuatu polisi dan agenda. Mereka jugalah yang mengawal 'childs' dalam parti. Jika agenda parti adalah untuk mengisi perut sendiri, maka seluruh jentera parti digembeling untuk mengenyangkan kelompok pembuat agenda mengisi perut sendiri. Ahli parti bertaraf 'childs' tidak mengapa kais pagi makan pagi kais petang makan petang kais malam makan malam dan kais daun makan pasir. Itu bukan keutamaan parti. Media adalah sesuatu yang perlu dikawal. Disekat. Ditutup. Biar ramai akan menjadi 'childs' dan berpolitik secara 'childs'. Seperti lalang. Tiup ke kanan, dia ke kanan. Tiup ke kiri dia ke kiri. Di suruh lompat... Dia pun melompat.

Namun takrifan cara berpolitik kedua juga boleh digunakan kepada sekelompok manusia yang besar. Misalnya sesuatu kaum. Ada kaum yang pada permukaannya menyokong pelbagai parti, namun ketika pilihanraya mereka bersatu memilih satu parti. Ada kelompok yang berpolitik semata-mata membantah konsep satu sekolah misalnya. Ada kelompok yang berpolitik untuk menegakkan faham kauvinis dan rasis. Ada kelompok berpolitik untuk menjalankan 'divide and rule'. Memecahkan undi untuk memberi kelebihan kepada pihak yang lain. Ini adalah golongan yang punya agenda tersembunyi. Dibandingkan dengan golongan 'child-politics', golongan ini lebih berfikiran jauh dan nampak bijak. Mereka ada halatuju dalam berpolitik. Mereka selalu menggunakan taktik 'tunggu dan lihat'. Kemudian bertindak. Mereka tidak mudah menjerit, bertepuk, melompat apatah lagi merusuh tidak tahu puncanya. MEREKA BERTINDAK DALAM SENYAP. Jika perlu, mereka akan gunakan golongan 'childs' untuk melaksanakan agenda politik mereka.
TAHAP politik yang TERTINGGI dipunyai oleh golongan ketiga. Golongan ini adalah 'conspirator'. Mereka berpolitik untuk menjalankan konspirasi mereka. Golongan ini terdiri dari para Elit yang mengawal kedua-dua tahap politik tadi. Golongan ini mengawal 'hidden agenda level' dan pada yang sama sentiasa memantau 'childs'. Dalam konteks Malaysia, sebahagian besar dari golongan ini berada di luar negara. Mereka menjalankan agenda politik melalui 'remote control'. Taktik ini berjalan dengan meletakkan proksi-proksi mereka di negara ini. Istilah lama bagi proksi mereka ialah 'puppets' (boneka). Para Elit adalah 'Master of Puppet' yang menggerakkan proksi-proksi mereka di sini. Anda boleh mengenal 'puppets' ini dengan melihat tindak-tanduk mereka yang sama dengan 'Master' mereka. Para Elit ini mempunyai berpuluh-puluh ejen malah mungkin lebih untuk tugas-tugas 'penguatkuasaan'. NGO-NGO adalah proksi wajib dalam carta. Daripada NGO, bila-bila masa boleh 'diupgrade' kepada sebuah parti politik. Adakalanya tidak perlu, kerana NGO juga boleh berkuasa menjadi 'parti dalam parti'. Pada tahap ini tindakan mereka terbalik dari tahap kedua. Media dibuka seluas-luasnya. Setiap individu mesti mempunyai peti tv dan komputer dengan sambungan internet.

INI UNTUK PERSEDIAAN 'BRAINWASH'. PROPAGANDA.


Kami ingin membawa anda keluar dari kepompong 'childs'. Berpolitik tidak salah, tetapi perlu ada agenda. Berpolitik tanpa agenda hanya akan mendedahkan diri kepada kekeliruan. Misalnya jika seseorang pemimpin itu lompat parti atau menubuhkan parti yang baru, golongan 'childs' akan mengikut tanpa bertanya dengan jelas iaitu "apakah agenda dia sebenarnya?". Jika anda berpolitik semata-mata untuk menegakkan Ketuanan Melayu, maka kaedah politik anda sebenarnya telah lama dimuziumkan. Cuba bertanya sendiri, adakah Melayu itu benar-benar menjadi 'Tuan' di bumi Malaysia ini setelah 52 tahun merdeka? Jika anda berjuang atas nama menegakkan hukum Allah misalnya, apakah 'blueprint' anda? Sudahkah anda bersiap sedia dengan segala kertas kerja anda. Bagaimana perancangan ekonomi anda? Sistem perundangan anda? Bagaimana dengan barisan kepimpinan anda? Ingatlah, perkara yang baik itu tidak akan berjaya kerana salah pengurusannya, dan perkara yang batil itu, kerana tersusun strategi, terpimpin pengurusannya, pasti akan berjaya dengan izin-Nya.

Kita kesampingkan politik tahap rendah, seperti yang didukung oleh golongan sekular dan materialis, kerana golongan ini tidak akan ke mana kerana hidup di dalam kepompong yang disulam oleh para 'conspirator' iaitu 'politician' tahap ketiga. Para 'conspirator' ini walaupun luarannya nampak amat dasyat materialistiknya namun mereka seolah-olah lebih faham isi kitab Al-Quran.

Para pejuang agama Allah mesti memastikan mereka tidak termasuk di dalam ketiga-tiga tahap ini, kerana ada satu tahap lain yang lebih tertinggi daripada tahap-tahap ini. Malah para 'conspirator' sekalipun amat gerun dengan 'politician' atau para pengikut faham politik ini.

IAITU ORANG YANG BERPOLITIK SEMATA-MATA BERIBADAH DAN MENGHARAP KEREDHAAN DARI-NYA.

Inilah orang yang berpolitik semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah Yang Maha Perkasa. Bukan kerana kuasa dan pangkat. Namun mungkin ada yang pesimis dengan kenyataan ini.

Lupa diberitahu, PARA ELIT MEMANGGIL 'POLITICIAN' TAHAP PERTAMA DAN KEDUA SEBAGAI 'ZOMBIE'.
Konspirasi Pada Minda

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

5 comments:

  1. salam.. menarik kupasan anda..

    Nak tanya anda menyokong parti mana?

    ReplyDelete
  2. saya kalau nak sokong mestilah parti yang berlandaskan islam dalam corak pemerintahan pada zaman rasulullah, para sahabat dan spt pemerintahan umar abdul aziz... contoh tampuk pemerintahan tu dah ada kat kelantan pimpinan nik aziz ni'mat...

    ReplyDelete
  3. kalau berpolitik, pertahankan dan laksanakan Islam sepenuhnya

    ReplyDelete
  4. Islam bukan sekadar atas nama sahaja.

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger