Searching...

Sekadar Renungan (Akhir Zaman)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

"Masa kenabian akan berlangsung pada kamu semua dalam beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah, kemudian Allah mengangkatnya, setelah itu datang masa kekhalifahan mengikuti manhaj kenabian, selama beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah, kemudian Allah mengangkatnya, setelah itu datang masa raja-raja yang menggigit selama beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah, kemudian Allah mengangkatnya, setelah itu datang masa raja-raja yang memaksakan kehendak dalam beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah, setelah itu akan terulang kembali kekhalifahan mengikuti manhaj kenabian. Kemudian beliau terdiam."

(Hadis Hasan riwayat Imam Ahmad 37/361)
Babak pertama, iaitu babak Kenabian telah berlalu. Ia merupakan masa di mana umat Islam – yakni para sahabat radhiyallahu ’anhum - hidup bersama Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam sejak awal beliau diutus sebagai rasul sehingga wafatnya baginda ke rahmatullah.


Babak kedua, iaitu babak Kekhalifahan yang mengikuti manhaj Kenabian juga telah berlalu. Ia ditandai dengan munculnya para khulafa ar-rasyidin, Abu Bakar Ash-Shiddiq, Umar bin Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ’anhum.


Babak ketiga, iaitu babak raja-raja yang menggigit juga telah berlalu. Ia ditandai dengan masa di mana umat islam memiliki para pimpinan yang dijuluki khalifah-khalifah namun pola keberjayaan menerapkan pola kerajaan aka pola oligarki atau sistem waris-mewarisi takhta kerajaan. Mereka dijuluki raja-raja yang menggigit kerana mereka masih "menggigit" Al-Qur’an Al-Karim dan As-Sunnah An-Nabawiyyah. Babak ini berlangsung sangat lama sekitar 13 abad...! Sejak Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah dan Kerajaan Uthmaniyah di Turki. Ia berakhir pada tahun 1924 atau 1342 Hijriyyah.


Semenjak babak ketiga berlalu, maka umat Islam memasuki babak keempat, yakni babak raja-raja yang memaksakan kehendak. Babak ini belum berlalu. Kita sedang menjalani babak ini. Suatu babak yang sering disebut sebagai the darkest ages of the Islamic History. Tanda bahawa babak ini belum berakhir ialah fakta bahawa babak kelima, yakni babak kekhalifahan mengikuti manhaj kenabian belum muncul kembali. Padahal Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam memberitahu kepada kita bahawa babak penuh keadilan dan kejayaan Islam tersebut pasti bakal muncul. Bilakah ia akan muncul? Wallahua'alam...

Suatu hal yang pasti, kalau kita umpamakan perjalanan kelima babak perjalanan sejarah ummat Islam ini sebagai sebuah senario filem, maka ia sangat layak disebut sebagai filem berjudul Akhir Zaman. Dan kalau kita mengikuti sebuah cerita yang mengandungi lima babak dan kita tahu bahawa kita sudah sampai ke babak keempat, saya rasa sudah sepatutnya kita beranggapan bahawa ini bukanlah masih di awal cerita, atau di bahagian pertengahannya. Namun lebih wajar dikatakan bahawa ini sudah menjelang akhir daripada rangkaian cerita.

Bererti, saudaraku, tidakkah patut kitapun mengucapkan apa yang Allah subhaanahu wa ta’aala telah firmankan di dalam Kitab-Nya: BOLEH JADI KIAMAT SUDAH DEKAT WAKTUNYA...!


Marilah kita jauhi sikap santai dan acuh tak acuh terhadap fenomena hidup di Akhir Zaman menjelang datangnya Kiamat. Marilah kita tingkatkan pengetahuan dan keyakinan kita akan tanda-tanda menjelang datangnya Kiamat agar kita dapat mengenalpasti dan menyesuaikan diri dengan senario ilahi yang bakal – insyaAllah - pasti akan terjadi.


Semoga Allah subhaanahu wa ta’aala memasukkan kita ke dalam golongan yang tidak salah mensikapi segenap tanda demi tanda Akhir Zaman yang kian membenarkan kenabian Rasulullah Muhammad shollallahu 'alaih wa sallam.


Tanda Kiamat Kecil Telah Bermunculan:



Keadaan dunia dewasa ini sudah berada di ambang menjelang munculnya tanda-tanda besar Kiamat. Sebab hampir seluruh tanda-tanda kecil Kiamat yang Nabi Muhammad shollallahu 'alaih wa sallam ramalkan telah muncul di zaman ini. Di antaranya adalah:


1. Penaklukan Baitulmuqaddis

“Dari Auf bin Malik r.a., katanya, “Rasulullah saw telah bersabda: “Aku menghitungkan enam perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (HR. Bukhari)


2. Zina makin bermaharajalela

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang semudah-mudahnya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” (HR. Muslim)


3. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik



4. Bermaharajalela alat muzik

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita.” (HR. Ibnu Majah)


5. Menghias masjid dan membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid.” (HR. Nasa’i)


6. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” (HR. Ahmad dan Hakim)


7. Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan.


8. Ramai orang soleh yang meninggal dunia.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak melarang kepada kemungkaran.” (HR. Ahmad)


9. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh lagi hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” ( HR. Thabrani)


10. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya saja.

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” (HR. Ahmad)


11. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." (HR. Abu Hurairah)


12. Bulan sabit kelihatan besar.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” (HR. Thabrani)


13. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu daripada mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” (HR. Muslim)


14. Banyak saksi palsu dan menyembunyikan kesaksian yang benar.

“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (HR. Ahmad)


15. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” (HR. Muslim)


16. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkataan biasa.


17. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan).

“Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar.” (HR. Bukhari)


18. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mewarnai rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” (HR. Abu Daud dan Nasa’i)


19. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.



20. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.



21. Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.


22. Orang akan melakukan homoseksual.


23. Banyak anak luar menikah.


24. Berkurangnya sifat amanah.


25. Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang).


26. Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya.


27. Lelaki berkasar dengan orang tuanya tetapi beramah dengan rakannya.



28. Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid.


29. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik.


Sebahagian ulama berpendapat bahawa tanda-tanda besar Kiamat ada sepuluh. Tanda besar yang paling pertama adalah munculnya seorang lelaki di akhir zaman yang bakal menjadi pemimpin umat Islam. Ia akan mengeluarkan umat Islam dari keadaan dunia yang penuh kesewenang-wenangan dan kezaliman menjadi penuh keadilan dan perdamaian. Atau dengan kata lain ia bakal mengalihkan kita daripada babak 'mulkan jabriyyan' (kepemimpinan para penguasa yang memaksakan kehendak) menuju babak 'khilafatun 'ala minhaj an-Nubuwwah' (kekhalifahan yang mengikuti pola kenabian).


Dialah Imam Mahadi. Seorang lelaki yang namanya mirip dengan nama Nabi shollallahu 'alaih wa sallam dan nama ayahnya mirip nama ayah Nabi shollallahu 'alaih wa sallam. Kurang lebih ia bernama Muhammad bin Abdullah rahimahullah.

لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنْ الدُّنْيَا إِلَّا يَوْمٌ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ حَتَّى يَبْعَثَ

فِيهِ رجل مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمُ أَبِي

يَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا

“Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah ta'ala akan panjangkan hari tersebut sehingga diutuskan padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.”(HR Abu Dawud 9435)


Ada dua fenomena menjelang munculnya Imam Mahadi. Pertama, bilamana sudah terjadi fenomena sosial berupa perselisihan antara manusia dan antara kelompok manusia. Kedua, bilamana terdapat banyak gempa.

أُبَشِّرُكُمْ بِالْمَهْدِيِّ يُبْعَثُ فِي أُمَّتِي عَلَى اخْتِلَافٍ مِنْ النَّاسِ وَزَلَازِلَ

فَيَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا

“Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahadi yang diutus Allah ta'ala ke tengah umatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)


Dunia dewasa ini sudah diwarnai oleh kedua fenomena di atas secara signifikan. Perselisihan antara manusia sudah menjadi luar biasa. Perselisihan antara kelompok pun sudah menjadi luar biasa. Bahkan antara sesama muslim dan antara sesama organisasi Islam. Demikian pula dengan gempa. Sudah sangat sering kita mendengar adanya kejadian gempa dari masa ke semasa.


Maka dalam hal ini marilah kita memulai proses pembelajaran dan kesedaran itu kepada setiap pihak di sekitar kita, dimulai dari diri sendiri, keluarga dan kerabat. Marilah kita mula mengkaji berbagai nash dari hadis-hadis sahih mengenai Imam Mahadi. Marilah kita kenali sebanyak mungkin apa saja yang menjadi kriteria Imam Mahadi. Di antaranya ialah:


(1) Imam Mahadi memiliki nama seperti nama Nabi kita dan nama ayahnya seperti nama ayah Nabi kita. Nabi shollallahu 'alaih wa sallam bersabda: “Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah ta’ala akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.”(HR Abu Dawud 9435)


(2) Bila dunia telah dihiasi dengan dua fenomena nyata, iaitu fenomena sosial berupa perselisihan antara manusia yang sangat jelas dan fenomena alam iaitu banyaknya gempa. Nabi shollallahu ’alaih was salam bersabda: “Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahadi yang diutus Allah ke tengah umatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan memenuhi bumi dgn keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)


(3) Kedatangnannya ditandai dengan munculnya tiga peristiwa yaitu (a) wafatnya seorang pemimpin sehingga menimbulkan kekacauan berpanjangan setelah wafatnya pemimpin itu (b) terjadinya pembai'atan paksa seorang lelaki di depan Ka'bah dan (c) dibenamkannya ke dalam bumi suatu pasukan yang berangkat dari arah utara utuk menangkap Imam Mahadi dan orang-orang yang berbai'at dengannya itu. Sebagaimana disebutkan oleh Nabi dalam hadis sebagai berikut:

"Akan terjadi perselisihan (kekacauan) setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari ahli Madinah mencari perlindungan menuju ke Makkah, lalu lelaki itu didatangi oleh sekumpulan manusia dari ahli Makkah, maka mereka membai'at paksa lelaki itu di antara Rukun dan Maqom (Ibrahim) padahal ia tidak suka dengan hal itu, kemudian suatu pasukan diutus dari ahli Syam (untuk menangkap orang-orang yang berbai'at itu), maka mereka dibenamkan ke dalam bumi di suatu tempat bernama Al-Baida antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud)


Maka setelah terbenamnya pasukan itu tinggalah satu atau dua orang dibiarkan hidup oleh Allah untuk menceritakan apa yang dialami oleh pasukan tersebut sehingga tersiarlah ke seluruh dunia berita menggemparkan itu. Dan setiap mukmin yang faham akan hadis ini pasti akan terus faham bahawa Imam Mahadi telah diutus. Maka sejak dari saat itulah, mulalah terjadi gelombang demi gelombang kaum muslimin dari segenap penjuru dunia untuk berbai'at dan bergabung dengan pasukan Imam Mahdi.


Mulailah pasukan Al-Mahadi menjalankan projek pengalihan keadaan di dunia dimana umat Islam hidup di babak keempat di bawah kepimpinan Mulkan Jabbriyyan (penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak sambil mengabaikan kehendak Allah dan Rasul-Nya) menuju babak kelima iaitu tegaknya Khilafah 'ala minhaj An-Nubuwwah (kekhalifahan mengikuti kaedah Kenabian). Mulailah projek peralihan keadaan zaman dari keadaan penuh kezaliman menuju keadaan penuh keadilan. Sebagaimana Nabi shollallahu 'alaih wasallam telah bersabda sebagaimana berikut:


“Sedangkan Al-Mahadi akan penuhi bumi dengan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman.” (Al-Hakim 8714)


Selanjutnya Imam Mahadi akan memimpin ghazawat (perang demi perang) membebaskan negeri demi negeri dari kekuasaan para Mulkan Jabbriyyan. Beliau akan mengawali suatu projek besar membebaskan dunia dari perhambaan manusia kepada sesama manusia untuk hanya menghambakan diri kepada Allah semata-mata, Penguasa Tunggal dan Sejati langit dan bumi. Beliau akan memastikan bahawa dunia diisi dengan sistem dan peradaban yang mencerminkan kalimat thoyyibah Laa ilaha illAllah Muhammadur Rasulullah dari hujung paling timur hingga hujung paling barat.


Ya Allah, izinkanlah kami bergabung dengan pasukan Imam Mahadi. Ya Allah anugerahkanlah kami rezeki untuk berjihad di jalan-Mu bersama Imam Mahadi lalu memperoleh salah satu dari dua kebaikan: 'isy kariman' (hidup mulia di bawah naungan syariat Allah) atau 'mut syahidan' (mati syahid). Amin...

//////////////////////////////​//////////////////////////////​////////////////
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam...
Pendekatan Kiamat

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger