Searching...

Bab 1: Suatu Penerokaan Dalam Minda Kita

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Jauh meneroka, minda terbuka. Bagi yang suka pergi melancong, pergi berjalan-jalan, apa yang pasti pelbagai ragam dan pengalaman telah anda perolehi dan alami. Bagi yang jarang keluar berjalan-jalan, jom kita pergi berjalan-jalan melihat keindahan alam sekarang. Tapi, macam mana nak pergi tu? Kita pergi berjalan-jalan secara maya, dalam erti kata lain, kita bayangkan jer. Boleh tak? Pastinya boleh...
 
Pernah tak teringat kat awek, kat isteri atau suami? Terbayang-bayang wajah mereka. Macam ada depan mata. Lagi teruk, ada yang sampai tak lalu nak makan... Punya la rindu. Kalau pernah, maknanya kuasa imaginasi anda masih berfungsi lagu tu. 

Baiklah. Sebelum mulakan perjalanan, sila ambil perhatian, perkara pertama yang kita perlu buat, kosongkan minda kita. Tarik nafas dalam-dalam, lagi dan lagi. Hembus perlahan-perlahan. Lupakan segala kesibukan kita. Hilangkan segala kepenatan hasil kerja kita seharian. Ok, selepas tu kita akan ke suatu lembah yang mana lembah tersebut dingin, dengan hamparan rumput yang menghijau. Kicauan burung memecah kesunyian lembah itu. Kita berjalan merentasi lembah, melalui denai yang redup dengan rimbunan pepohon yang hijau. Sungguh damai. Diiringi dengan hembusan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sungguh asyik... 

Kita melapangkan dada, menarik nafas dengan penuh tenang. Udara segar dihirup menjadikan kita lebih cergas dengan bertambahnya bekalan oksigen dalam sistem badan kita. Terdetik bisikan hati “Tenangnya diriku. Mindaku lapang, badanku cergas, otakku cerdas.”
 
Perjalanan diteruskan, kali ini bertemu dengan arus sungai yang mengalir tenang. Dengan menadah tangan, kita ambil air sungai dan terasa dingin.



Muka dibasuh beberapa kali. “Ahhh....segar!” Tenaga yang hilang kini seolah-olah “dicaj” semula... Perjalanan diteruskan lagi. Dari kejauhan, terpandang sepohon pokok yang rimbun. Daun yang melambai-lambai seolah-olah mengalu-alukan kedatangan kita. Semakin hampir, semakin jelas pepohon tersebut dengan buah-buahnya yang kemerah-merahan. Dah sampai! Wow! Epal! Tanpa melengahkan masa, kita petik buahnya dan terus ke mulut. Ermm... rangup sungguh berjus! Sampai habis menikmati buah tu, kita pun berehat di bawah pohon itu. Terpejam mata kita dan terus terlena...



Ok, kita kembali ke alam nyata. Macam mana perjalanan tadi? Mungkin ada yang teruja... Tahniah kepada sesiapa yang betul-betul dapat menikmati semua pengalaman dalam perjalanan tadi. Kepada sesiapa yang tak dapat rasa apa-apa, jangan risau dan mudah mengalah... Mungkin minda kita masih belum kosong sewaktu kita berjalan-jalan tadi. Cuba ulangi beberapa kali sehingga berjaya kepada mereka yang belum berjaya lagi. Kenapa perlu buat jugak sampai kita berjaya? Ada sebabnya... Ketahui sebabnya pada bab yang berikutnya. Yang penting, apa yang hendak disampaikan ialah: “Imaginasi adalah 'alat bantu' untuk kita merealisasikan apa sahaja yang kita mahu. Ya, apa sahaja!”

Formula Harian

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger