Searching...

Madah Kesedaran Beragama

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Jika GURU bertaraf Mursyid,
Insya-Allah akan melahirkan anak murid yang berhati Mujahid.
Jika Ibubapa memahami kesyumulan yang sebenar tentang Islam,
Insya-Allah anak-anak akan menjadi anak yang hebat mengikut piawaian Agama.
 
ANAK MUDA PERLUKAN PENDIDIK KELAS PERTAMA...

Kita boleh lihat bagaimana Seorang Sultan yang bernama Sultan Murad ke-2 seorang bapa yang hebat menghantar anaknya iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh untuk berguru dengan seorang Ulama yang bernama Syeikh Shamsudin Al-Wali maka lahirlah keperibadian anak yang dididik dengan suluhan agama yang sebenar.
 
SEJARAH BUKAN SAJA UNTUK DIKENANG MALAH UNTUK DIULANG...

Pejuang-pejuang Islam hebat kerana suluhan agama. 
Yang menyuluh Visi dan Misi.

Bayangkan anak muda yang tidak jelas wawasan hidup mereka?

Wawasan Hasanah tidak ada..! 
Yang ada hanyalah untuk jadi doktor, engineer, akauntan, tetapi itu semua hanyalah dunia semata-mata.
Mana akhiratnya?
Jika doktor, engineer itu tidak sujud pada Allah?

Maka wawasannya SONGSANG melalui pendidikan sekular yang diterapkan.

Kita tidak akan dapat melahirkan manusia seperti Al-Fateh jika pendidikan disekolah hanya menekankan akademik sahaja.

Cabaran yang besar untuk melahirkan pemimpin yang mempunyai 3 darjat.

Kita meyakini kita bermula dari rumah. 
Ibu bapalah yang mencorak anak dengan didikan mereka.

Tapi kalau ibubapa hanya memahami Islam sekadar bertaranum dan bertajwid celaru..

Anak-anak muda,
Perlu didekatkan diri dengan Wahyu atau Mukjizat Allah.

Mukjizat depan mata!
Iaitu Al-Quran..
Apabila hati si anak tersentuh dengan Al Quran lalu membuat satu tranformasi menjadi orang seperti Al Fateh.
 
ACUAN PENDIDIKAN PERLU BETUL...

Ya kita mahu
Bahasa inggeris (A),
Sains (A),
Matematik (A),
Ekonomi (A),
Ya kita memang mahu,
Tapi jika sekadar itu yang ditekankan tidak bisa melahirkan manusia seperti Al Fateh.

Kita hanya melahirkan pelajar yang cemerlang akademik tapi jiwanya kosong,
Rohnya kosong,
Nilainya songsang,
Tiada roh tauhid di dalam pembelajaran menyebabkan beliau tidak mampu berjihad dan menegakkan kebenaran di penjurunya.

Guru banyak,
Ahli pidato berselerak,
Tapi Mursyid sedikit sekali.
Penghayatan Berfikir

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger