Searching...

Pelik Dan Jelik Mengenai "Couple"

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Aku banyak melihat pasangan yang bercinta dengan cara yang salah. niat aku nak tegur jadi malas, sebab korang pun tahu yang mana salah dan yang mana betul, yang mana halal dan yang mana haram… semua dah besar… faham agama kan?

Hari ini aku senaraikan beberapa point berdasarkan pemerhatian aku.
Yang pelik….

Masa korang couple, sebelum berpisah dari dating si gf akan salam si bf... siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehahlah... konon-kononnyalah...



Yang jelik….

Lepas korang kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja... si isteri tak salam cium tangan suami pun...



Yang pelik….

Masa korang couple, si gf kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si bf. Kalau si bf tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhakalah... konon-kononnyalah... Ni aku nak bagitahu kat korang mana satu derhaka. Kalau korang nak keluar korang kena mintak kebenaran mak bapak, bagi tahu nak pergi mana. Tak payah nak mintak kebenaran bf korang... bf tanggung korang ke? Selagi korang di bawah tanggungan mak bapak korang, diorang bertanggungjawab atas korang. Benda ni aku cakap kat semua perempuan termasuklah wanita pertama dan my future gf kih... kih... “Awak nak keluar awak boleh keluar... keluar dengan lelaki mana pun saya tak kisah... Tapi jangan minta kebenaran pada saya, minta kebenaran mak bapak awak. Saya masih tak ada hak ke atas diri awak.”



Yang jelik….

Lepas korang kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran dengan suami masa nak keluar. Jangan katakan mintak kebenaran... SMS bagitahu nak pergi mana pun tak ada... Si suami tu tunggul kayu kat rumah ke?


Yang pelik….

Masa couple, korang pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut... Kulit semualah...



Yang jelik….

Bila ber'webcam' ataupun hantar gambar untuk bf korang... Korang tak cover pun rambut dan aurat korang. Takpelah... nanti dia jadi suami aku jugak... Jadi halal jugak nanti... Kata korang. Semuanya untuk abang sayang...

Yang pelik... Bila korang couple, masa dating si perempuan terpaksa la bagi si lelaki pegang tangan... Pegang pinggul ke... Cium-cium sikit pipi ke. No touch no love la katakan.... Nak tunjuk sayangnya kepada bf... Sanggup berkorban jiwa, raga dan dara. Kang kalau tak bagi, si bf tinggalkan kita pulak... Cari orang lain.


Yang jelik….

Bila korang dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah... Dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan korang tolak mentah-mentah. Malaikat laknat woo... Sampai ke pagi.



Yang pelik….

Masa korang couple, bila berborak dengan kawan-kawan... Semua orang sibuk cerita pasal kehebatan bf masing-masing.



Yang jelik….

Bila korang dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan... Semua orang sibuk cerita pasal keburukan, kekurangan suami masing-masing. Jadilah korang isteri yang derhaka.



Yang pelik….

Masa korang couple, si lelaki suka sangat kongkong hidup si perempuan. Mana korang pergi kena mintak kebenaran si bf. Si bf cakap ni... Korang pun ikut je... Si bf pun bangang jugak... Konon-kononnya nak jadi suami yang tegaslah nanti... konon-kononnyalah...



Yang jelik….

Bila korang dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi 'Queen Control'. Si suami ikut jer telunjuk si isteri. Si isteri pun tak nak dengar cakap si suami. Si isteri marah, herdik, perbodohkan sikit... Si suami dah takut. Si suami berdosa sebab dayus, si isteri berdosa sebab 'control' suami. Mana taat setia korang sebelum kahwin dulu, wahai perempuan? Mana sifat tegas dan kepimpinan korang sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?



Pelik dan jelik... Tapi benar...

Aku harap korang tak termasuk dalam golongan pelik dan jelik di atas.



Err... korang tak kan? Insya-Allah... Wallahua'alam...
Penghayatan Berfikir

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

11 comments:

  1. Alhamdulillah belum lagi mcm 2...harap2 berkekalan..amin..

    ReplyDelete
  2. yess!! aku sokong kau!! kalau ade orang xpuas aty dgn kau, xpe..aku back up kau..:D

    ReplyDelete
  3. setuju 200%
    first time dengar no touch no love

    ReplyDelete
  4. setakat ni bf sy x pernah halang sy utk g mana2 sebab da 2 tahun kitorg couple baru sekali je kitorg date.. atas sebab jarak yg sangat jauh.. pesan dia cuma 1, jgn bg malu parents n dia.. sbb 2 sy syg die sgt.. =)

    ReplyDelete
  5. mmg tul sume nyer tp asal pmpuan jer yg kene..??cple ni slh pmpuan jer ker...???

    ReplyDelete
  6. couple ni tak akan terjadi jika tidak ada org yg mulakan dulu... tak semestinya pmpuan... laki pun ikut terlibat sama...

    ReplyDelete
  7. Sudah folo kamu. Sapa nak saya follow blog dia, meh tinggalkan jejak di shoutmix saya. TQ>

    ReplyDelete
  8. Memang betul dan best artikel ni. Terinsaf la plak. Hehehe

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger