Searching...

Siapakah Orang Yang Dimaksudkan Itu?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud kepada Allah SWT (Tuhan sekalian alam) yang telah menjadikan kehidupannya. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhan-Nya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita teladan/kebaikan namun tidak merasa ada apa-apa kesan di dalam jiwanya untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu?
Orang yang dungu adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tetapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tetapi tiada sedikit pun perasaan kebencian di dalam hatinya pada kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Qur'an dan berserta tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan sendiri seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dan tidak bersyukur dengan nikmat yang ada dan sentiasa tamak untuk mencari harta dunia bahkan bukan harta untuk akhirat (amal soleh).

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beria-ia dengan berusaha sekuat tenaga untuk kepentingan dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara tertentu sama ada makan/minum, harta, perbuatan dan sebagainya.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat sahaja yang membolehkan seseorang itu meninggalkan sembahyang iaitu pertama, sekiranya ia haid dan kedua, ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal soleh.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua sahaja.
Penghayatan Berfikir

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger