Searching...

Bab 2: Penerokaan Minda Bermula

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bertemu kembali semula sambungan bab 1 yang lepas yang bertajuk suatu penerokaan minda. Macam mana dengan perjalanan minda anda? Tak penat pun kan? Malah berasa lebih segar, cergas dan cerdas! Ada yang masih lagi terpinga-pinga, tak tahu apa tujuan kita ‘berjalan-jalan’ dalam bab 1? Jangan pening-pening lagi untuk penerangan yang seterusnya dalam bab 2 ini.



Semasa anda ‘berjalan-jalan’ (dalam bab 1), apa anda rasa? Dapat ‘feel’ tak? Waktu makan buah tu, ada tak yang berasa kecur? Ntah-ntah ada yang meleleh air liurnya. Apa buktinya tu? Buktinya, minda separa sedar anda mula ‘dikejutkan’. Anda tahu tak yang neuron-neuron yang terdapat dalam otak kita, tak semuanya berfungsi. Ada yang masih ‘tidur’ dan yang masih ‘tidur’ ni la rugi kalau kita tak ‘kejutkan’ dia suruh dia buat kerja.

Di dalam alam semesta ini, ada dua unsur yang wujud iaitu jisim dan jirim. Jisim ditakrifkan sebagai sesuatu yang mempunyai berat. Manakala jirim pula adalah sebarang benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang. Kita lihat dari sudut saintifik pula. Jirim atau zarah-zarah sentiasa bergetar pada frekuensinya tertentu. Getaran demi getaran yang bergerak akan menghasilkan tenaga dalam bentuk gelombang. 



Apa yang cuba disampaikan kepada anda di sini adalah fungsi minda anda sebagai pemancar gelombang. Penerima gelombangnya apa pula? Penerima gelombangnya juga minda kita. Boleh juga dikatakan sebagai dwifungsi pada minda kita. Itulah hebatnya manusia sebagai makhluk ciptaan Allah S.W.T yang cukup sempurna fikirannya berbanding makhluk lain. Subhaanallah. Minda kita tiada tandingannya. Yang menghantar gelombang adalah minda sedar. Yang menerimanya pula adalah minda separa sedar dan minda sedar anda. Jangan lupa, gelombang juga boleh diterima dari persekitaran kita. Contohnya, waktu kita ‘berjalan-jalan’ tadi, bila anda tengok buah epal yang yang merah, segar dan berjus, anda terus berasa kecur. Kelenjar liur anda mula merembeskan air liur lebih daripada kadar biasa. Kenapa? Sebab warna merah itu gelombang, kesegaran buah tu telah menghantar isyarat kepada deria mata. Mata pula menghantar isyarat kepada minda anda dan seterusnya maklumat dan penterjemahan dihantar ke kelenjar liur untuk melaksanakan tugasnya iaitu dengan merembeskan air liur. Macam mana sekarang? Dah Nampak perkaitan?



Bagi anda yang dah jumpa perkaitan dari mula cerita kita tadi, tahniah diucapkan. Itu hanyalah konsep untuk permulaan penerokaan kita selepas ini. Bagi yang masih belum jumpa, jangan risau. Kita boleh tengok pada contoh lain pula. Contoh yang lain iaitu 9/10 daripada kita sekarang dah pandai menggunakan telefon bimbit atau handphone. Aplikasi yang paling popular iaitu SMS (Khidmat pesanan ringkas). Pernah tak anda terfikir, mesej-mesej yang kita tulis, kita dapat hantar dan penerima dapat baca mesej-mesej yang kita tulis tu? Itulah aplikasi gelombang. Bila kita dah tulis mesej, kita tekan hantar. Tulisan-tulisan mesej atau sebarang jenis maklumat yang dihantar tadi akan ditukarkan dalam bentuk gelombang. Gelombang inilah akan bergetar pada frekuensinya sendiri lalu dipancar melalui satelit atau pemancar. Menara penerima atau satelit penerima akan menerima gelombang pada frekuensi tertentu dan seterusnya menghantar isyarat kepada telefon penerima. Dalam situasi tadi, kita boleh dapat menggambarkan macam mana minda kita menghantar dan menerima gelombang itu. Begitulah situasinya.



Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan, aplikasi Pemancar dan penerima gelombang tadi dapat diaplikasikan dalam kehidupan kita untuk mendapatkan apa saja yang kita mahu. Maka wujudlah teori “The Law of Attraction (LoA)” atau dalam bahasa melayu bermaksud “Hukum Penarikan”. Bagi anda yang pernah mengetahuinya, adakah anda pernah mengaplikasikannya? Memang rugi jika mensia-siakan ilmu yang anda ada. Macam kata pepatah, isi air dalam botol yang bocor. Isi penuh-penuh, tak lama kemudian dah kering. Bila dahaga, baru kalut nak menyesal. Jadi dalam bab 3 yang berikutnya nanti, kita akan melihat huraian mengenai “The Law of Attraction” atau “Hukum Penarikan” nanti. Bagi anda yang belum tahu, anda akan tahu kelak nanti. Bagi anda yang dah tahu, perkasakan ilmu anda nanti. Kita akan terokai minda kita dengan menyedarinya betapa luasnya ilmu itu. Kita akan mendalaminya macam mana untuk mengaplikasikannya untuk mencapai kejayaan.

Kesimpulan yang dapat kita ketahui dalam bab 2 ini ialah “Ilmu bagaikan harta tersembunyi yang perlu dicari dan diterokai. Harta yang diperolehi dan digunakan sebaiknya akan memberikan hasil yang berkali ganda.”

Formula Harian

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger