Searching...

Bab 3: Law of Attraction (Hukum Penarikan)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

The law of attraction (LoA) atau hukum penarikan boleh ditakrifkan sebagai teori mengenai ‘daya tarikan’ semulajadi yang wujud diantara dua benda yang sama sifatnya. Pepatah asing ada mengatakan “like attracts like”. Namun, setiap teori ada ruang lingkupnya atau dalam erti kata lain, ada batasannya. Hukum ini mungkin diwujudkan untuk digunakan dalam hal-hal yang melibatkan pemikiran manusia. Kita akan lihat contoh-contohnya dalam bab ini.



Bagi yang telah mahir dengan LoA, mungkin apa yang kita akan dapat nyatakan nanti, kita dah tahu. Jika lautan yang luas, keseluruhannya dijadikan dakwat untuk menulis semua ilmu yang ada di dunia ini, masih tidak mencukupi lagi. Maknanya, tak salah anda menuntut ilmu walaupun anda pernah belajar dulu. Bukankah mengulangi belajar sesuatu perkara tu bagus untuk kita jadi lebih hebat dan mahir bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Satu contoh yang hendak disampaikan iaitu pernah tak anda bermimpi atau berimaginasi sesuatu perkara selepas beberapa hari kemudian, anda lihat mimpi anda jadi kenyataan? Pernah tak anda secara berulangkali memikirkan sesuatu, dan akhirnya anda dapati perkara tersebut benar-benar terjadi? Kita pernah dengar orang kata “Wow! Bagaikan mimpi boleh jadi kenyataan.” Satu lagi contoh pula iaitu bagi yang sudah jadi ibu bapa, pernah tak anda berulangkali pesan pada anak anda, “Nak, belajarlah rajin-rajin, ayah dan mak yakin kamu boleh jawab periksa nanti.” Si anak pulak dalam hati dia berkata, “Aku yakin aku boleh buat dan akan mendapat keputusan yang cemerlang.” Bila keputusan keluar, memang betul-betul cemerlang. Adakah semua itu suatu kebetulan? Atau semua tu nasib yang telah ditentukan? Jawapan pada persoalan tadi sebenarnya ialah ya. Sememangnya nasib atau takdir kita telah ditentukan. Dalam Islam, ia disebut sebagai Qada’ dan Qadar. Dalam agama lain, mungkin ada istilahnya tersendiri. Namun, tidak ada satu pun yang menyebut bahawa kita sama sekali tak boleh ubah diri kita ke tahap yang lebih baik. Dan tak ada bukti pun buat sesiapa yang nak jadi tak baik, sememangnya dia tu dah ditakdirkan untuk jadi tak baik.



Suatu hari, ada seorang mamat ni berjumpa dengan seorang sahabat. Mamat ni tanya pada sahabat dia tu, “kerja kat mana sekarang?” Sahabat dia menjawab, “Aku still jadi cashier kat restoran tu.” Mamat ni tanya, “tak cuba ke cari kerja kat tempat lain? Rugi la, ada diploma tapi tak dapat kerja yang setaraf dengan kelayakan kau.” Sahabat dia menjawab, “Nak buat macam mana, dah memang takdir aku kena kerja kat sinilah. Cari keja bertahun-tahun pun, kalau dah ditakdirkan kat sini, kat sinilah tempat aku.” Dalam hati Mamat ni, “Ehh.. Negatifnya pendapat dia ni.” Kalaulah benar apa yang dikatakan takdir menentukan segalanya, macam mana Loh Boon Siew yang hanya seorang mekanik dulunya, berjaya menjadi pengedar dan “tokei” Honda di Malaysia? Jika benar kita tak boleh ubah diri kita, macam mana Tan Sri Syed Mokhtar berubah daripada seorang penjual daging kepada jutawan hartanah yang termasuk dalam 10 orang terkaya di Malaysia? Dato’ Maznah Hamid pula ialah seorang wanita yang sekarang ni menjadi teraju utama syarikat kawalan keselamatan “Securiforce” dan mungkin tidak berada pada kedudukan sekarang jika beliau menganggap beliau adalah seorang wanita dan tak mungkin dapat jadi bos kepada “pak guard - pak guard” yang gagah dan sasa.



Perkara pertama yang kita perlu tahu, LoA mampu membantu anda untuk berubah. Anda boleh berubah menjadi lebih baik ataupun jadi lebih tak baik (ada ke orang nak jadi tak baik?). Pernah tak anda dengar lagu ni (saya tak ingat tajuk dan artis), dalam liriknya dia ada kata “What you give, you get back.” Ataupun pepatah melayu ada menyebut “Ada ubi ada batas, ada hari boleh ku balas.” Macam tu juga dalam konsep LoA. Dalam LoA, kalau anda bagi input positif, maka hasilnya juga positif. Senang cerita, positif akan menarik positif. Manakala negatif pula akan menarik negatif. Ehh.. Betul ke teori ni? Macam mana pula magnet yang akan menarik cas yang berlawanan?



Cuba ingat kembali masa permulaan tadi yang telah diberitahu, setiap teori ada ruang lingkupnya. Tapi tak apa, mungkin ada yang tak puas hati lagi. Kita akan pergi pada penerangan dari segi saintifik supaya kita akan lebih mempercayainya. Kejadian penarikan dalam medan magnet adalah berdasarkan susunan ion dalam setiap kutubnya. Minda kita dan persekitaran kita, tak ada susunan ion walaupun ada cas. Ion-ion sama ada bercas positif atau negatif bebas bergerak. Sebab tu, dalam keadaan huru hara sekalipun, dia cuma boleh kenal sesama saudara dia sahaja. Betul tak? Ada di antara kita suka sangat main dengan perkataan “kalau.” “Ehh.. Kalaulah aku gagal dalam peperiksaan kali ni..” Ingat tak, mak ada pesan, setiap apa yang kita ucapkan itu adalah doa. Bila kita doa macam tu, seolah-olah kita memang nak perkara itu betul-betul terjadi. Macam itulah konsep LoA. Diharap kita dapat fahamkan konsepnya terlebih dahulu, seterusnya barulah kita boleh buat aplikasi. Bab 4 berikutnya, kita akan mula membincangkan aplikasinya iaitu apa yang kita kena buat untuk merealisasikan konsep LoA ni.

Formula Harian

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger