Searching...

Bab 4: Kaedah Mengoptimakan Penggunaan Minda Kita

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebelum tu.. Kita perlu rasa cergas sikit... Sikit pun cukuplah... Kita mulakan dengan teknik pernafasan. Bekalan oksigen yang cukup kepada otak mampu meningkatkan keupayaan minda kita. Sel-sel kita yang menerima oksigen yang mencukupi akan menjalankan kerja mereka secara optimum. Macam kita naik kereta la. Kalau tak cukup minyak, macam mana nak jalan. Teknik pernafasan yang kita akan gunakan ialah nisbah 1:4. Jika kita tarik nafas 4 saat, lepas tu kita tahan nafas dalam 8 saat dan hembus nafas 8 saat. Masa tengah tarik nafas tu, hendaklah membayangkan elemen-elemen positif sedang masuk ke dalam diri kita sekarang. Tahan nafas... tahan... dan... hembus perlahan-lahan. Jangan lupa bilang. Kita ulang perkara ini 3 kali setiap kali kita rasa mengantuk, rasa malas atau rasa kurang bermaya. Rasakan perubahannya.




Baiklah. Apa tu strategi OPTIMIND? OPTIMIND adalah gabungan dua perkataan; optima dan minda. Oleh yang demikian, strategi OPTIMIND adalah untuk membantu kita mengoptimakan penggunaan minda kita. Harus diingatkan bahawa, strategi ini bukan hanya untuk pelajar, untuk cemerlang akademik, tapi strategi ini amat berguna untuk semua yang inginkan kehidupan yang lebih baik. INGAT TU…. Bagi mereka yang perlukan kehidupan yang lebih baik. Hakikatnya, setiap orang pasti inginkan perubahan.


Pernah tak satu ketika, anda dan rakan anda nak pergi berjalan untuk rehatkan minda. Anda pun bertanya kepada rakan “Kita nak pergi mana ye?”. Rakan anda pula jawab, “Entahla Mat. Engkau bawak je la ke mana pun, asalkan kita dapat relaxkan otak”. Pening tak anda terfikir ketika nak tentukan ke mana hala tuju anda berdua? Jika anda belum mulakan perjalanan, mungkin anda tertangguh perjalanan anda seketika. Jika anda sudah berada di tengah jalan, anda mungkin kebingungan memikirkan hala tuju anda. Macam tu la jugak kehidupan seharian anda, kehendak anda, impian anda. Kena ada objektif atau matlamatnya terlebih dahulu, baru mudah nak bergerak. Jadi, kita sudah melangkah satu tapak kehadapan. Tapi, kita perlu tahu bahawa ada dua jenis objektif. Objektif pertama adalah objektif umum. Objektif kedua, objektif spesifik ataupun khusus.



Penting ke tahu beza antara dua objektif ni? Mesti la penting. Kalau tak, kita mungkin sekali lagi ‘tersangkut di tengah jalan’. Pernah satu ketika, mak kawan saya suruh kawan saya pergi ke pasar. Mak kawan saya tu pesan, “Rizal, hang pi market sat. Hang beli serai, santan, daging sekilo dan limau”. Kawan saya tu pun start moto, pergi ke pasar. Beli semua barang yang dipesan tanpa tertinggal. Sampai jer di rumah, kawan saya tu pun berkata, “Nah mak. Semua barang mak pesan tadi ada. Ni baki duit”. Mak kawan saya pun belek semua barang tadi sambil tanya harga satu per satu. Tiba-tiba, “La.. Yang hang pi beli buah limau ni sapa suruh? Orang nak masak, pakai limau nipis, bukan pakai limau ni”. Ha… Tu salah satu contoh la kalau objektif kita tak jelas, umum. Boleh jadi kesilapan. Boleh jadi tersalah arah. Boleh jadi hasilnya tak seperti yang diharapkan.
 



Bagi mengoptimumkan hasil yang kita ingin perolehi kelak, kita haruslah JELAS dengan objektif kita. Objektif yang jelas membuatkan kita lebih fokus. Objektif yang umum atau kurang jelas boleh menimbulkan kekeliruan dan keraguan kepada kita dalam menentukan hala tuju dan hasil yang kita inginkan kelak. Baiklah. Saya bagi contoh dua jenis objektif tersebut iaitu:
  • Objektif umum (kabur):
  1. Saya mahu jadi kaya dalam masa sebulan. 
  2. Saya mahu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. 
  3. Saya mahu jadi pekerja cemerlang tahun ini.
  • Objektif jelas :
  1. Saya mahu memiliki kekayaan sebanyak RM 100,000 tunai dalam masa sebulan.
  2. Saya mahu mendapat 9A1 dalam semua subjek semasa peperiksaan.
  3. Saya mahu dapat rating 1 dalam tahap kecemerlangan kerjaya saya untuk tahun ini.  

Dalam contoh pertama, pernyataan saya mahu jadi kaya dalam masa sebulan terlalu umum. Mungkin dalam sebulan, kita hanya mampu mencapai kekayaan sebanyak RM 30,000. Bagi orang biasa, jumlah sebegitu sudah boleh dianggap kaya. Mungkin juga kita telah bebas daripada segala tanggungan termasuk hutang dan mampu berbelanja di tempat-tempat mewah. Itu juga boleh dianggap sebagai kaya. Jadi, ianya kabur. Jika kita menetapkan amaun RM 100,000 tunai sebagai ukuran kekayaan yang kita ingin capai, kita akan rasa lebih jelas. Contohnya, jika dalam masa setengah bulan pendapatan kita baru mencecah RM 40,000, kita mungkin akan mengatur strategi baru bagi mencapai objektif kita RM 100,000 dalam masa setengah bulan lagi. Kalau kita tak spesifik tadi, mungkin kita akan kata “Ala... RM 40,000 ni dah kira kaya ni”, lantas kita pun hentikan usaha kita ni. Nampak tak bezanya?




Ok. Jika kita dah nampak beza kedua-dua jenis objektif tadi, sekarang saya nak anda mula menulis objektif anda. Ya, mulakan sekarang! Ingat, “Menangguhkan kerja bagaikan pencuri yang tidak nampak”. Dia curi apa? Curi masa anda la. Masa itu emas. Tulis objektif anda di atas kertas anda.


Jika anda ada banyak objektif yang hendak dicapai, tulislah di atas kertas kosong. Ingat, objektif yang baik haruslah mempunyai jangkamasa supaya ia boleh menjadi ‘faktor paksaan’ kepada diri kita nanti. Setelah anda tulis objektif anda tadi, lekat di tempat yang anda selalu nampak. Kajian mendapati bahawa pengulangan samada dari pendengaran, penglihatan, pembacaan atau pernyataan kendiri (bisikan hati) boleh menjadikan ianya ‘melekat’ di minda dan seterusnya mendorong untuk bertindak ke arahnya. Jadi, lihat selalu, baca selalu dan ingat selalu dalam hati sampai jadi realiti.


Formula Harian

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

8 comments:

  1. Nengok sejenak ....

    Follow back my friend.....

    ReplyDelete
  2. info yang sangat berguna teruskan bro dengan info yang sebegini

    ReplyDelete
  3. Trims infonya
    Kunjungi balik ya Gan (",)

    ReplyDelete
  4. inf0 yang menarik...nanti akan kucuba ya..^_^

    ReplyDelete
  5. info yang bagus.
    tak ramai orang tahu ni
    t.kasih

    ReplyDelete
  6. afqh: sama2.. kalau sudi, datanglah lagi utk tengok entri yg terbaru.. Sila klik 'like' jika anda suka entri atas dan boleh 'share' kpd kengkawan yg lain..

    ReplyDelete
  7. harap hightlightkan poin penting supaya seng nak bace n jimatkan masa.. :D

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger