Searching...

Bab 6: Tindakan Kita (Rahsia Tindak Balas Minda Kita)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bertemu lagi kita dalam bab yang akan membuat kita ‘bergerak’. Adakah anda sudah tetapkan Objektif anda? Maka dengan itu anda telah berjaya programkan minda anda. Ini bermakna, anda sudah mempersiapkan diri anda untuk BERTINDAK. 

Jika anda belum selesai lagi langkah A dan B, maka anda belum boleh bertindak untuk langkah C. Sebab, nak bertindak, kena ada matlamat, ada perancangan dan harus bersedia. Cuba bayangkan orang bermain bolasepak tanpa tiang gol. Sepak bola ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang, semuanya tak kisah. Sebab tak tahu ke mana arah nak serang.


Pernah tengok orang pengsan semasa memberi ucapan? Mungkin ada yang memberi alasan, ada ‘darah gemuruh’. Namun, dapat kita kenalpasti, salah satu faktor penyebabnya adalah kurang persediaan. Jadi, bagi kita yang belum buat persediaan, bersedialah dahulu ya. Tapi, saya nasihatkan anda habiskan dulu membaca entri ini. Kemudian, ulang dan lakukan latihan yang diberi.
 
Pernah dengar lagu “Fikirkan Boleh”? Petikan lirik dari lagu tersebut berbunyi : “Bertindak atas kemampuan, fikirkan boleh!” Jadi, peringatan untuk kita semua: BERTINDAK BERDASARKAN KEMAMPUAN KITA dan bukan di luar batasan atau kemampuan. Apakah yang dikatakan bertindak atas kemampuan? Sekali lagi saya petik kata-kata hikmah: “Ukur baju di badan sendiri.” 


Saya bagi contoh. Anda tetapkan untuk mendapat cemerlang dalam peperiksaan bulanan anda. Anda sudah memprogramkan minda anda mengikut kaedah yang saya berikan sebelum ini. Sekarang, anda mula bertindak. Anda pergi ke perpustakaan. Anda pinjam buku-buku rujukan yang tebal-tebal. Anda mula mengulangkaji tanpa hiraukan makan, minum malah rakan-rakan. Hidup anda mula berubah. Tidur malam bukan lagi keperluan anda. Apa yang penting bagi anda adalah cemerlang dalam exam akan datang. Bila tiba hari peperiksaan, anda merasakan satu kelainan pada badan anda. Mata anda mula berpinar bagai nak pitam. Akhirnya, anda terpaksa menangguhkan peperiksaan anda kerana anda tidak berada dalam keadaan yang sihat untuk mengambil peperiksaan. Kisah ini sebenarnya kisah benar yang terjadi kepada diri saya sendiri semasa berada di dalam program persediaan. Walaupun anda mengambil tindakan drastik, anda sebenarnya telah melebihi kemampuan anda. Akhirnya, tindakan yang anda buat lebih merugikan anda daripada mendatangkan untung. Namun, saya ada satu teknik yang mampu membuatkan kita bertindak lebih dari kemampuan dan memberikan keuntungan berganda kepada kita. Tapi bukan di bab ini ya. Mungkin di bab seterusnya. Jadi, teruskan membaca entri ini sehingga ke bab-bab seterusnya ataupun bookmark melalui email.

Setelah anda menulis semua keinginan anda mengikut kaedah yang diberi di bab sebelumnya dan mengikut syarat-syarat yang telah saya tetapkan, anda kini perlu meneruskan kesinambungan latihan yang telah disebutkan di bab sebelumnya. Sekarang anda perlu menetapkan strategi 24. Apa itu strategi 24?

Strategi 24 adalah langkah yang kita perlu ambil dalam masa 24 jam. Sebagai contoh, jika pada bab sebelumnya perkara pertama yang kita takut sebelum memulakan perniagaan kita adalah hal modal. Apa yang kita mahu adalah mempunyai modal yang mencukupi. Jadi, apakah langkah yang kita perlu ambil dalam masa 24 jam untuk merealisasikan hasrat kita tadi? Saya tidak kata kita perlu merealisasikan 100% kehendak kita tersebut dalam masa 24 jam. Sebab BERTINDAK IKUT KEMAMPUAN.

Sekali lagi, berikan target kita. Berikan peratus ke atas usaha yang kita MESTI siapkan dalam masa 24 jam. Contoh: “Saya MESTI menyiapkan dokumen-dokumen yang diperlukan termasuk kertas kerja perniagaan dan mengisi semua borang yang diperlukan pihak bank. Saya MESTI semak dengan teliti semua dokumen-dokumen penting supaya tiada kesilapan berlaku dan ianya betul-betul lengkap. Semua ini saya perlu siapkan dalam masa 24 jam mulai dari sekarang”.

Anda nampak jelas tak pernyataan tindakan seperti di atas? Jelas sekali betul? Pernyataan di atas telah menyatakan apa yang perlu dibuat dan bila perlu dibuat dan ada tekanan masa supaya perkara ini perlu disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Lakukan latihan ini untuk perkara kedua yang kita ingin capai dalam senarai “Apa yang saya mahu” tadi. Kita boleh melakukan dua perkara secara serentak, tapi ingat BERTINDAK IKUT KEMAMPUAN.

Strategi tindakan seterusnya adalah Strategi 1-1. Apa itu strategi 1-1? Strategi ini menekankan dua perkara semasa kita tentukan untuk tindakan yang perlu kita ambil. Perkara pertama adalah DAHULUKAN YANG TERDAHULU atau UTAMAKAN YANG UTAMA. Perkara ini amat penting bagi kita memilih tindakan mana yang kita perlu lakukan terlebih dahulu sebelum tindakan yang lain kita perlu ambil. Ini amat penting bagi kita supaya kita tidak membuang masa kita kepada perkara yang kurang penting ataupun kurang 'urgent'.
Untuk memilih tahap kepentingan sesuatu perkara, kita bolehlah memberi 'rating' kepada perkara-perkara yang kita perlu lakukan terlebih dahulu. Berikan 'rating' 1 untuk perkara yang paling kurang penting. Manakala 'rating' 5 untuk perkara yang sangat-sangat penting. Kemudian, kumpulkan kesemua perkara yang mempunyai 'rating' yang sama di dalam satu kotak. Lihat kepada perkara-perkara yang kita letak 'rating' 5 terlebih dahulu. Kemudian, lakukan pemberian 'rating' sekali lagi untuk perkara-perkara yang berada di dalam kumpulan yang sama. Dengan melakukan latihan ini, kita telah menyusun semua perkara mengikut tahap kepentingannya. Kerja kita menjadi lebih teratur dan jelas. Yang lebih penting, ia mampu membantu kita melakukan perkara kedua dalam strategi 1-1 ini iaitu, FOKUS.


Perkara kedua dalam strategi 1-1 adalah FOKUS. Sebab itu saya namakan strategi ini 1-1. Pertama, lakukan kerja yang lebih UTAMA dahulu. Kemudian, fokus kepada SATU KERJA pada satu-satu masa. Saya tidak kata bahawa lakukan beberapa perkara pada satu-satu masa adalah tidak bagus. Bagi mereka yang mampu berbuat demikian, ia adalah satu kelebihan buat mereka. Akan tetapi, saya menyarankan anda memfokuskan minda anda untuk satu perkara pada satu masa tertentu untuk memperoleh hasil yang maksima. 

Minda kita juga berfungsi secara optima untuk perkara itu sahaja. Saya bagi contoh. Kita sedang mengulangkaji pelajaran. Pada waktu yang sama kita sumbat telinga kita dengan alunan muzik. Kita tetap boleh mengulangkaji seperti biasa, tetapi input yang masuk ke dalam minda kita untuk kekal dalam ingatan ada dalam 50% sahaja (itupun anggaran maksima). Untuk mencapai 100%, kita perlu ulang sekali lagi. Ternyata, kita memerlukan dua kali lebih masa untuk satu perkara. Kita sebenarnya yang rugi. Jadi, saya menyarankan kepada anda, FOKUS minda anda untuk satu perkara dalam satu masa untuk mendapat hasil yang maksima dan penggunaan minda yang optima. Jika anda ingin mendalami ilmu memfokuskan minda anda, anda boleh rujuk kepada buku “The power of FOCUS” yang terdapat di kedai-kedai buku yang menjual buku-buku antarabangsa.

Selepas ini saya akan bawa anda pergi lebih jauh. Sebelum itu, tarik nafas anda dalam-dalam, tahan, dan hembus nafas anda. Ingat lagi teknik pernafasan 1:4? Bagus, lakukan 3 kali. Pada hembusan terakhir anda, sebut “Aku kini hebat dan lagi bertambah hebat. Aku tidak sabar untuk mendalami ilmu lagi dan lagi. Mindaku cerdas, badanku cergas. Aku sememangnya hebat!”.

Formula Harian

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 comments:

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger