Searching...

Ketidakadilan Sistem Ekonomi Secara Kita Tidak Sedari

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dengan hanya mengunakan sistem ekonomi yang berlandas hutang dan pengunaan riba, sebuah negara yang teguh boleh tersungkur tanpa menggunakan kekuatan tentera untuk berperang dan ditawan tanpa sedar.

Melalui sistem kewangan yang dicipta dan menjadi struktur yang ditradisikan dalam membentuk pemahaman dan pandangan kita telah diarah dan dicorak tanpa dipersoalkan.
Walaupun didalamnya telah terbukti kelihatan ianya merosakkan dan memundurkan.

Yang lebih memburukkan, kita ditanam didalam minda dengan teori-teori yang dapat membentuk generasi yang tidak akan memahami maksud MATRIX BERANGKA.

Inflasi/harga melambung diajar bahawa apabila kehendak pengguna yang tidak terhad melebihi had pengeluaran material yang terhad dan pelbagai teori ekonomi yang lain.
Kaedah pembelajaran ekonomi yang diterapkan hanyalah semata-mata untuk mencari kerja dan pelajar tidak pernah diajar bagaimana sistem kewangan ekonomi itu berfungsi.

Bagaimana terfikir dek akal kepingan kertas dapat menjadi sebuah nilai yang ditetapkan dan digunakan dalam transaksi kewangan ini.

Sedangkan pengertian WANG dalam ISLAM ialah sesuatu barang yang diterima NILAINYA.
Jika begitu bagaimana sekeping kertas boleh bernilai dari sebiji coklat 10sen?
Bagaimana mungkin terfikir akal, wang yang digunakan diletak nilainya?

Kalau dikatakan sesuatu barang itu nilainya yang meningkat mana mungkin zaman Rasulullah dahulu seekor berharga satu dinar emas dan zaman ini nilainya tetap sama iaitu satu keping dinar emas. Pastilah kalau dikatakan begitu zaman ini mungkin dua keping dinar emas tetapi tidak nilai yang diukur dengan sesuatu yang bernilai tetap stabil.

Banyak yang mempersoalkan barang dahulu murah tetapi sekarang semakin mahal. Benarkah barang yang semakin mahal?
Atau “nilai” wang yang diciptakan ini yang sebenarnya semakin tidak bernilai?
Wang kertas kalau nama kertasnya yang ditulis nilai berdasarkan sandaran hutang memang akan semakin tidak “laku”.

Wang yang dipaksa penggunaannya kepada orang ramai adalah satu penipuan licik lagi terancang. Kuasa membeli terhakis disebabkan INFLASI.

INFLASI IALAH PEROMPAK DALAM DIAM...

Sebab itu dua cara yang paling terkenal untuk memperhambakan manusia satu dengan pedang (melalui perang) dan satu lagi melalui hutang dan riba.
Sebenarnya itulah tujuannya.

“Jika tidak ada hutang dalam sistem wang kita, maka tidak akan ada wang”
~:Marriner Eccles, Governor of the Federal Reserve:~

Kerumitan ini adalah amat mengejutkan. Kegagalan membayar hutang dan kebankrapan secara harfiah adalah terbina di dalam sistem ini dan akan sentiasa ada segelintir masyarakat yang miskin dan teraniaya.
Konspirasi Pada Agama

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

4 comments:

  1. Info yang bermanfaat sob, makasi info nya izin buat bookmark ya.

    ReplyDelete
  2. setuju dengan statement kehendak yang tidak terhad tapi pengeluaran yang terhad.
    Saya blaja microekonomi dulu teori tu dari conventional perspective. (human resource unlimited, resouce limited)
    Kalau islamic perspective, sumber sangat banyak dan mencukupi tapi bergantung pada bagaimana manusia menguruskannya (resource is abundant, it depends on how human manage the resource)

    So fikir2lah selama ni kita melihat & diajar melihat dari sudut mana?
    sekadar berkongsi.

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger