Searching...

Teladan Dan Sumbangan Kejatuhan Kerajaan Konstantinopel

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rasulullah SAW bersabda: Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya) tidak melampau, tidak mencuri dan (rakyatnya) tidak penipu dan tidak bergaul bebas. (Riwayat Al Imam Abu Al Hasan Ahmad bin Jaafar) Dipetik dari kitab ‘Ukduddurar Fi Akhbar Al Muntazar.

Dalam Hadis yang lain, Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.." (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan
penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua ekspedisi yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, LIMA ekspedisi di zaman Kerajaan Umaiyyah, SATU ekspedisi di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan DUA ekspedisi di zaman Kerajaan Uthmaniyyah. Dalam salah sebuah ekspedisi semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel".

Bayangkan kalau mereka sudah jemu dan tidak percaya selepas kesemua ekspedisi untuk merealisasikan hadis nabi bagaimana? Tapi jawapannya tidak. Kata-kata nabi pasti menjadi kenyataan. InsyaAllah.

Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW. Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 250,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-
tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?

Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk merebut janji ALLAH tentang kejatuhan Konstantinopel itu. Dengan harapan di tangan merekalah berlaku janji itu. Tetapi mereka gagal sehinggalah 800 tahun sesudah kewafatan Rasulullah. Hal itu baru terjadi di tangan Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman. Yg ekoran dari itulah Turki Usmaniah akhirnya muncul menjadi empayar kepada tiga benua dengan dua puluh sembilan buah negara di bawah takluknya. Hingga hari ini, kalau kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan-kesan kegemilangan dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu.

kita bertemu dengan Jadual-Jadual ALLAH yang telah di'set' untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Kerana kasih sayang ALLAH dan Rasul-Nya pada umat Islam, yg untuk mereka tidak ada lagi Nabi dan Rasul, maka diceritakanlah apa-apa yang akan terjadi sama ada yg positif atau negatif. Supaya dengan jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yg bakal berlaku.

Sekarang ini sesudah 1400 tahun kewafatan Nabi perkara itu sama ada positif ataupun negatif sudah terjadi. Ertinya, kita cukup yakin bahawa selepas ini, mana-mana jadual yg belum berlaku itu, pasti akan terjadi dan berlaku bila tiba masanya. Di sini disenaraikan jadual-jadual yang positif saja yang telah terjadi di sepanjang sejarah. Dengan harapan agar kita semua sangat yakin tentang kebenaran ALLAH dan Rasul-Nya.

Ada yang sudah terjadi, ada yang sedang terjadi dan ada yg belum berlaku, tetapi ia pasti akan terjadi. Yg mana untuk kita umat Islam di kurun ini pun ada jadual-jadual khusus pula. Kita sudah jemu sekali hidup dalam dunia sekular ini. Kalau para Sahabat pun iri hati dan ingin menikmati jadual agung yg dijanjikan untuk umat akhir zaman ini, mengapa tidak kita? Dan kalau Sahabat Abu Ayub Al Ansari yg sudah tua itu pun bersemangat muda mengapa tidak kita?

Hadis dari Zarr: Daripada Abdullah, Nabi SAW bersabda: “Jika umur dunia tinggal sehari sahaja nescaya ALLAH SWT memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya menyerupai namaku, dan nama bapanya menyerupai nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana (sebelumnya) bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman”.

(Riwayat Abu Daud dan Termizi).

Daripada Zarr yang diambil dari Abdulllah mengenai sabda Nabi SAW: “Tidak hilang atau tidak tamat umur dunia sehinggalah bangsa Arab dikuasai oleh seorang lelaki dari ahli keluargaku, namanya menyamai namaku.” (Riwayat Abu Daud).

Daripada Abi Said bahawa Rasulullah SAW pernah berkata: Tidak tamat umur dunia sehinggalah bumi ini dikuasai oleh seorang lelaki dari keluargaku, dia memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana dipenuhi sebelumnya dengan kedurjanaan, dia memerintah selama tujuh tahun. (Riwayat Abu Naim)

Itulah dia Jadual ALLAH untuk kita umat Islam di akhir zaman ini. Kerana demikianlah kasih sayang yang ALLAH limpahkan pada kita hamba-Nya yang telah terbiar dalam dosa dan kejahilan sekian lamanya.


Muhammad Al-Fateh

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger