Searching...

3 Mac 1924 Adalah Tarikh Duka Bagi Umat Islam - Bahagian 2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sambungan dari bahagian pertama di [sini]. 3 Mac 1924 merupakan tarikh yang amat membekas bagi dunia Islam. Bermula dari tarikh ini, umat Islam secara rasmi telah kehilangan sebuah perisai yang selama ini melindung umat Islam dan mendaulatkan al-Quran dan as-Sunnah. Maka, bermulalah satu episod hitam bagi umat Islam seluruh dunia.

Maksud hadis:
“Bahawasanya Imam itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” [HR. Muslim]


Mustafa Kamal Atarturk Laknatullah menjadi dalang di sebalik keruntuhan Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924. Kemudian, British menghadiahkan si syaitan bertopengkan manusia ini dengan pangkat presiden Turki pertama dan kononnya perlantikan beliau menjadi presiden Turki pertama merupakan titik tolak bermulanya 'Turki Moden'.

Hakikatnya, Turki bukanlah sebuah negara moden yang dicanang oleh pihak media, tetapi Turki hanyalah sebuah negara yang mendokong ideologi kapitalis yang beraqidahkan sekularisme. Tertegaknya sebuah negara sekular Turki, maka fahaman sekularisme amat mudah dan cepat disebarkan ke muka bumi Allah semenjak jatuhnya Daulah Khilafah.

Semenjak peristiwa itu, umat Islam berada dalam zaman pemerintahan kuku besi, di mana umat Islam menjadi mangsa kekejaman golongan-golongan yang kuat menentang Islam. Buktinya, terlalu banyak umat Islam dibunuh beramai-ramai di seluruh dunia.

Umat Islam bukan sahaja menderita akibat diseksa. Malah, umat Islam turut juga dibelit dengan masalah-masalah ekonomi, sosial, dan sebagainya. Umat Islam diterapkan dengan sistem riba, kemiskinan, kancah zina, dan sebagainya, akibat tiada Daulah Khilafah untuk menerapkan hukum-hakam Islam.

Umat Islam juga dibelenggu dengan masalah sekularisme. Lahir pula golongan-golongan yang menolak politik Islam dan hanya beriktikaf dan berzikir di dalam masjid, dan hanya menyeru umat Islam hanya untuk ke masjid. Ini merupakan suatu kekeliruan yang amat dahsyat sekali. Kerana mereka beranggapan bahawa hukum-hakam Islam itu akan kembali dengan amalan-amalan ritual sahaja. Walhal, Rasulullah SAW telah keluar berpolitik untuk menerapkan hukum-hakam Islam, dan bukan hanya beriktikaf di dalam masjid semata-mata. Kekeliruan ini menyebabkan pemikiran umat Islam itu berada dalam keadaan yang amat mundur, sempit, dan kolot. Sedangkan Islam adalah sebuah kehidupan yang sempurna, di mana tiada satu pun yang tertinggal sejak syariat Islam itu lengkap diturunkan, termasuklah cara membuang air kecil sehinggalah pada tahap pemerintahan dunia.


Melihat kejayaan Barat dalam meruntuhkan Daulah Khilafah, maka kaum Barat akan cuba sedaya-upaya dengan cara apa sekalipun supaya umat Islam itu sendiri yang menentang Daulah Khilafah. Maka, mereka menerapkan semangat nasionalisme, agar umat Islam terus berpecah-belah, di bawah naungan, sempadan, dan bendera nasional.

Selain daripada itu, mereka juga dengan sedaya-upaya menyorok hakikat Daulah Khilafah itu. Maka, umat Islam akan terus jahil tentang Daulah Khilafah. Maka, ada yang terkeliru dengan istilah-istilah seperti Khilafah, Khalifah, dan Khilafiyah.
 
Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menegakkan semula Daulah Khilafah, kerana ia adalah suatu kewajipan terhadap setiap muslim, sebagaimana wajibnya hukum solat! Sesungguhnya tertegaknya semula Daulah Khilafah itu semestinya akan berlaku, kerana ia adalah janji Allah dan Rasul-Nya.
Maksud hadis:

"...Kemudian akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian..." [HR Ahmad]


Konspirasi Pada Agama

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 comments:

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger