Searching...

Apa kaitan Iran (Syiah), Zionis (Yahudi), Dajjal dan Bakal tentera Dajjal?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apa kaitan mereka?
Mengapa dalam hadis mengatakan Isfahan di Iran akan muncul tentera Dajjal??

[KENALI IRAN, KENALI SYIAH...]
Lihatlah video di atas untuk penerangan didepan mata, perhatikan jaringan yang berlaku di sekeliling anda dan hadis-hadis Baginda Muhammad SAW dan juga kata-kata Ulama Mujtahid Ahlussunnah Waljamaah...

Sabda Baginda SAW ;
"Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau di laut Yaman akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan Baginda)..." [Riwayat Muslim].

Daripada Abu Bakar as-Siddiq r.a , sabda Baginda SAW; "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN. " [Riwayat al-Tirmizi ].

Daripada Anas bin Malik r. a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota
Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath ar-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"].

Ibn Kathir berkata, Dajjal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim].

ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini.

1. Al-Imam 'Amir Asy-Sya'bi berkata: “Aku tidak pernah melihat kaum yang lebih dungu daripada Syi’ah.” (As-Sunnah, 2/549, karya Abdullah bin Al-Imam Ahmad).

2. Al-Imam Sufyan Ats-Tsauri ketika ditanya tentang seorang yang mencela Abu Bakar dan ‘Umar, beliau berkata: “Ia telah kafir kepada Allah.” Kemudian ditanya: “Apakah kita mensolatinya bila dia meninggal dunia?” Beliau berkata: “Tidak, tiada kehormatan (baginya)...” (Siyar A’ lamin Nubala, 7/253 ).

3. Al-Imam Malik ketika ditanya tentang mereka (Syiah Rafidhah) beliau berkata: “Jangan kamu berbincang dengan mereka dan jangan pula meriwayatkan daripada mereka, kerana sungguh mereka itu selalu berdusta.” (Mizanul I’tidal, 2/ 27-28, karya Al-Imam Adz-Dzahabi).

4. Al-Imam Asy-Syafi ’i berkata: “Aku belum pernah tahu ada yang melebihi Rafidhah dalam persaksian palsu.” (Mizanul I’tidal, 2/ 27-28, karya Al-Imam Adz-Dzahabi).

5. Al-Buwaitiy (murid Imam Syafi'i) bertanya kepada Imam Syafi'i; “Bolehkah aku solat di belakang orang Syiah?” Imam Syafi'i berkata; “Jangan solat di belakang orang Syi'ah, orang Qadariyyah, dan orang Murji'ah”. Lalu Al-Buwaitiy bertanya tentang sifat-sifat mereka, Lalu Imam Syafi'i menyifatkan; “Siapa sahaja yang mengatakan Abu Bakar dan Umar bukan imam, maka dia Syi'ah”. (Siyar A’ lam Al-Nubala 10/31).

6. Al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku tidak melihat dia (orang yang mencela Abu Bakar, ‘Umar, dan ‘Aisyah ) itu orang Islam.” (As- Sunnah, 1/493 , karya Al-Khallal).

7. Al-Imam Al-Bukhari berkata: “Bagiku sama saja apakah aku solat di belakang Jahmi, dan Rafidhi atau di belakang Yahudi dan Nashara. Mereka tidak boleh diberi salam, tidak boleh dikunjungi ketika sakit, tidak boleh dinikahkan, tidak boleh dijadikan saksi, dan tidak boleh dimakan sembelihan mereka.” (Khalqu Af'alil ‘Ibad, hal. 125).

8. Al-Imam Abu Zur’ah Ar- Razi berkata: “Jika engkau melihat orang yang mencela salah satu dari sahabat Rasulullah SAW, maka ketahuilah bahawa ia adalah seorang zindiq. Yang demikian itu kerana Rasul bagi kita adalah haq, dan Al-Qur’an adalah haq, dan sesungguhnya yang menyampaikan Al Qur’an dan As Sunnah adalah para sahabat Rasulullah. Sungguhpun mereka mencela para saksi kita (para shahabat) dengan tujuan untuk meniadikan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Maka mereka (Rafidhah) lebih pantas untuk dicela dan mereka adalah zanadiqah.” (Al-Kifayah, hal. 49, karya Al-Khathib Al-Baghdad).
Wallahua'alam...
Sumber: Facebook
Konspirasi Pada Agama

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger