Searching...

Bab 7: Ketahui Impian Luar Biasa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Impian luar biasa? Macam pelik jer bunyinya. Baik. Kalau rasa pelik, kita uji. Apa perasaan anda bila anda diberi sebuah banglo mewah yang penuh dengan perabot yang semestinya mahal-mahal belaka. Di rumah tersebut tersedia sebuah kereta mewah berjenama Jaguar lengkap dengan pemandunya. Suasana di sekeliling rumah, tak ubah seperti sebuah taman yang indah menghijau. Di satu sudut, terdapat sebuah kolam mandi lengkap dengan kemudahan 'Jacuzzi'!

Oops! Sudah! Berhenti berangan! Nampaknya anda dah berangan melebihi jangkauan ni. Bagi yang dah berada di tahap tersebut, anda mungkin tak perlu berkata apa. Lebih baik anda bayangkan yang lebih dari itu. Maksud impian di luar jangkauan adalah memendam perasaan berkehendakkan kepada sesuatu yang di luar kemampuan kita. Bagi seorang ahli perniagaan, pendapatan sebulan RM 10 ribu mungkin biasa baginya. Namun bagi seorang penjawat awam berpangkat rendah? Adakah jika beliau mengimpikan pendapatan sebegitu banyak untuk dirinya? Bagi seorang pelajar kelas pertama, mungkin biasa baginya jika mendapat 95% markah dalam ujiannya. Bagi pelajar kelas paling rendah atau paling belakang? Adakah mengimpikan untuk mendapat 100% markah dalam ujiannya adalah impian yang biasa?
 
Fakta yang perlu kita ketahui adalah IMPIAN LUAR BIASA MAMPU MEMBAWA KITA MENGHASILKAN YANG LUAR BIASA. Saya nak cerita kepada anda kisah seorang perempuan yang mempunyai impian yang luar biasa. Anda kenal dengan Datuk Norida Hamzah? Mungkin namanya kurang dikenali ramai. Namun perempuan yang digelarkan sebagai ‘tauke jet’ ini amat saya kagumi. Bagi yang belum mengenali beliau, beliau adalah Pengarah Eksekutif, Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd. Beliau digelar sebagai tauke jet oleh kerana memiliki jet pejuang MiG-29N.

Datuk Norida pada asalnya hanyalah seorang rakyat biasa. Sejak dari bangku sekolah, beliau mula menunjukkan minatnya dalam bidang perniagaan apa bila
membantu ibunya membuat kuih dan menjual kuih. Setelah tamat pelajaran beliau di peringkat MCE (sama taraf dengan SPM sekarang), beliau mendapat tawaran ke ITM. Namun, beliau enggan meneruskan pengajiannya.

Semangat beliau untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan semakin kental. Beliau mula menolong ayahnya mengendalikan perniagaan lori sewa. Pahit maung dunia perniagaan mula dirasakan. Ketika inilah beliau menanamkan hasrat untuk menjadi usahawan yang berjaya pada suatu hari nanti.

Kemudian, beliau berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta selama 10 tahun sebelum menubuhkan syraikat sendiri yang bergiat dalam bidang kejuruteraan awam. Dengan hasrat untuk menjadi 'advance' daripada orang lain, beliau mula menceburkan diri dalam bidang pertahanan dan khidmat ketenteraan. Kini, syarikat beliau telah berjaya menjadi sebuah syarikat yang berjaya dengan menyediakan perkhidmatan jet penunda, membekalkan alat ganti komponen dan tayar jet pejuang.

Bagaimana kita nak meletakkan impian kita di luar kebiasaan supaya ianya berkesan untuk membawa kita pergi dengan lebih jauh? Persoalan inilah yang perlu saya jawab dan kongsikan kaedahnya dengan kita semua supaya kita mengubah persepsi kemampuan diri kita lantas mengubah ‘status-quo’ kehidupan kita.

Masih ingat dengan objektif yang anda tulis sebelum ini? Ambil kembali kertas yang anda tulis objektif tersebut. Lihat target anda. Anda rasa, anda mampu capai target tersebut dengan mudah? Ataupun hanya memerlukan sedikit usaha? Anda berpuas hati dengan target tersebut ataupun ada jawapan “Dapat lebih lagi bagus”? Jika majoriti jawapan kepada semua persoalan di atas adalah YA, saya sahkan bahawa objektif yang anda letakkan adalah BIASA. Amboi! Macam sembang besar jer bunyinya tu! Ha... Jangan cemarkan minda anda dengan tanggapan negatif tersebut. Apa yang penting, anda tahu tujuan anda bukanlah untuk sekadar bercakap besar. Akan tetapi, anda ada matlamat yang BESAR untuk dicapai.

Bagaimana hendak tulis matlamat atau impian di luar jangkauan? Jawapan saya mudah. Apa yang dalam fikiran anda, anda terbayang? Anda mahu wang 1 juta dalam akaun bank dalam masa sebulan? Anda mahu memiliki 3 buah rumah banglo dalam masa setahun? Anda nak dapat 25A1 dalam keputusan SPM? Anda mahukan pointer yang mencecah anugerah dekan? Impikan seorang calon isteri yang mempunyai riak wajah jelita? Jawapan hanya pada anda. Tapi, macam mana nak tahu impian tu luar biasa atau tidak? Jawapannya juga ada pada diri anda. Jika anda menjawab persoalan di atas dan dengan sekelip mata ungkapan ini timbul “Mustahil”, “Jangan beranganlah”, “Boleh ke?”, maka sah la bahawa impian anda itu adalah luar biasa. Sebabnya? Sebab minda anda sendiri telah menjawab bahawa anda seolah-olah tidak mampu mencapai semua itu.

Jadi, kenapa kita perlu meletakkan impian yang luar biasa jika minda kita sendiri telah memberi respon sebegitu? Baiklah. Saya nak uji perasaan anda sekali lagi. Jika saya berikan anda sekeping cek yang bernilai RM2000 secara percuma, dengan syarat anda perlu menaip kembali buku saya dalam masa dua jam, anda sanggup? Saya yakin, 98% daripada anda akan berkata “Tentu
sekali saya sanggup”. Jika diambil lima orang daripada anda semua untuk berada di hadapan saya, dan menaip, pasti ada seorang yang paling pantas. Lalu saya buat tawaran kedua. Jika anda dapat mengatasi masa pemenang pusingan pertama tadi, saya tawarkan kepada anda RM 10000. Maka pusingan kedua pun bermula. Keputusan akhir pasti menunjukkan sesuatu yang luar biasa daripada permulaan tadi. Nampak tak apa faktornya? Halangan tetap sama, tapi SESUATU YANG LEBIH BESAR menanti pada pusingan kedua yang menyebabkan kesemua peserta menaip dengan lebih laju daripada kebiasaan mereka.

Begitu juga dengan kita. Objektif kita akan menjadi lebih menarik dengan menjadikannya lebih hebat daripada biasa. Apabila sesuatu perkara menjadi lebih menarik bagi kita, minda kita mula membina imaginasi positif yang lebih hebat untuk bekerja dengan lebih hebat dan hasilnya sudah tentu lebih hebat dari yang kita sangkakan! Sekarang, anda sudah ubah objektif anda tadi? Selesai? Baca dengan kuat (jangan menjerit pula, nanti orang kata anda dah kena rasuk baca entri saya ini). Bagaimana setelah selesai baca? Rasa lebih bertenaga dan bersemangat bukan? Yang rasa biasa jer, teruskan menukar supaya menjadi lebih hebat daripada biasa. Saya yakin, pasti ada sesuatu yang lebih hebat yang anda idamkan.

Sebab kedua mengapa saya minta anda menetapkan impian diluar jangkauan adalah kerana ia mampu menggerakkan anda pergi dengan lebih jauh. Boleh dikatakan, ia menjadi booster kepada tahap motivasi kita. Impian dan matlamat di luar jangkauan kita menjadikan kita seorang yang sentiasa mencari peluang dan jalan-jalan penyelesaian. Bukan setakat jalan biasa, tapi jalan alternatif. Mungkin, ianya juga mampu menjadikan kita seorang yang lebih kreatif. Sebagai contoh, jika dahulu kita pernah berkata, “Mustahil sesebuah robot mampu melakukan apa yang manusia dapat lakukan”. Namun kini, para jurutera Honda telah mula mengorak langkah ke arah mengubah persepsi itu. Terciptanya 'ASIMO' yang semakin hari semakin pintar membuktikan matlamat diluar jangkauan mereka telah mula menampakkan kejayaan.

Sehingga bab ini, kita telah berada pada paras 50% daripada puncak kejayaan. Ingat, bukan mudah untuk mendaki dan berada separuh jalan seperti yang ada sekarang ini. Paling penting, kita kena yakin dengan diri kita bahawa kita mampu sampai ke puncak. Bukan mudah untuk membina keyakinan. Dalam bab berikutnya, saya akan menyentuh tajuk; “Membina keyakinan, meruntuhkan keraguan”.

Formula Harian

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

2 comments:

  1. len je bnyi smlmt mgomen 2 wahai en.admin..:))

    entry pnjng sgt,mleret2~x(

    by tatiuc
    wkwkwkwkw

    ReplyDelete
  2. macam kenal jer ayat anonim ni atas ni... nampak macam familiar dari budak tati... kompem budak sekelas aku mase dulu... 8-} =)) :guling: :kekure:

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger