Searching...

Bab 8: Perlaksanaan 3M (Membaca, Menulis dan Mengingat) Secara Berkesan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bab ini pula akan meneruskan perjalanan kita mendaki ke puncak kejayaan. Tiada kejayaan semudah ABC, tapi ada jalan untuk memudahkannya. Waktu kecil-kecil dahulu, mungkin kita pernah membaca buku cerita ataupun mendengar cerita sebelum tidur. Sampai sekarang saya masih teringat cerita yang saya pernah baca, 'Alice in Worderland', 'Puteri Salji Putih', hatta termasuklah kura-kura dengan arnab. Paling tidak, anda mesti teringat dengan kisah sang kancil. Dapat bayangkan? Bagus...


Dalam bab kali ini, saya akan menekankan formula 3M. 3M terdiri daripada menulis kenyataan impian, menggambarkan imej impian kita di dalam minda dan menyingkirkan keraguan yang terdapat di dalam minda kita. Sebab tu dalam perenggan permulaan tadi saya cuba uji daya imaginasi anda. Walaupun cerita-cerita yang saya sebutkan tadi ada dalam otak kita hampir 10 tahun atau 15 tahun atau mungkin lebih lagi, tapi ianya masih segar dalam ingatan kita. Itu menunjukkan betapa 'power'-nya minda kita. Jadi, apa kaitannya dengan menulis kenyataan impian?

Menulis kenyataan impian adalah satu teknik untuk menguatkan lagi impian kita ke arah menjadikannya realiti. Contohnya kita pernah baca atau dengar sebuah cerita waktu kanak-kanak tadi. Adakah anda masih ingat sampai sekarang ke bukan? Baik, cuba anda ingat, memo yang pernah anda tulis 5 tahun lepas, atau setahun lepas, atau sebulan lepas. Mungkin anda ingat, tapi hanya 30%. Anda juga perasan, cerita yang disampaikan kepada anda dari mulut ke mulut (termasuklah kalau anda pernah ada mengumpat), anda lebih mudah ingat dan mungkin terbayang di minda anda. Kesimpulannya, menulis kenyataan impian kita adalah lebih power daripada menulis impian kita dalam bentuk formal (carta, jadual dan sebagainya). Bagaimana untuk menulis kenyataan impian yang power tu?

Nak menulis pun ada caranya. Sebab apa? Sebab, tulis tak kena gaya, akan bosan jadinya. Tak menarik.. Tak cun.. Nak baca pun tak minat. Ingat tak waktu sekolah dulu, kita pernah belajar cara-cara nak menulis karangan atau penulisan. Cikgu pun mengajar, nak tulis karangan, mesti ada pendahuluan, isi-isi penting dan akhir sekali diakhiri dengan penutup. Macam tu la jugak dengan penulisan kenyataan impian kita. Anda kena buat karangan untuk kenyataan impian anda!


Jom! Kita mulakan penulisan impian kita sekarang. Untuk pendahuluan, saya mahu anda guna pendahuluan standard atau piawai ini. Anda juga boleh mencipta sendiri pendahuluan ini, tapi pastikan impaknya membuatkan anda teruja untuk terus membaca penulisan kenyataan impian anda nanti.

Pendahuluan :
“Saya tahu saya kini sedang merasai apa yang saya mahu. Apa sahaja yang saya mahu bergerak ke arah saya. Saya juga tahu apa yang saya sedang lakukan adalah untuk menarik apa yang saya mahu. Kini ia semakin hampir dan semakin hampir dengan saya.”

Pendahuluan ini secara tidak langsung memberitahu kita bahawa kita sedang menerima dan terus menerima apa yang kita hajati. Ia mampu meningkatkan motivasi kita untuk terus melakukan usaha dalam mencapai impian kita.

Dalam bahagian isi-isi penting, kita sebenarnya sudah ada isi-isi pentingnya dan kita dah buat pun senarai penuh. Kat mana senarai tu? Haa... ingat tak lagi dalam bab Objektif dan bab Memprogram minda sebelum ni?

Anda dah tulis apa yang anda mahu kan? Sekarang tugas anda menggabungkan kesemua senarai tadi menjadi
suatu perenggan.

Contoh :
"Saya sedang gembira kerana mengetahui bahawa pelan perniagaan ideal saya diterima oleh pihak bank untuk mendapatkan modal. Saya sangat gembira kerana rasa takut saya untuk memulakan perniagaan mula hilang dalam diri saya. Saya kini sedang menyusun strategi yang baik untuk menarik semua pelanggan yang begitu setia kepada pelanggan saya."

Selesai menulis isi-isi penting karangan sebentar tadi, sekarang masa untuk mengakhiri karangan kita. Sekali lagi, kita perlu memastikan perenggan akhir ini lebih impak kepada kita. Mengapa? Sebabnya, inilah puncak atau klimaks motivasi kita dalam cerita tadi. Jadi, apa yang kita perlu lakukan adalah menulis penutup yang member motivasi kepada diri kita sendiri.

Contoh :
“Saya kini faham bahawa kejayaan adalah terletak pada diri saya. Saya juga sedar bahawa saya sedang menarik apa yang saya hajati dengan berdasarkan hukum tarikan. Oleh itu, saya mesti bertindak supaya hukum tarikan lebih kuat ke arah saya”.

Sudah selesai menulis karangan kita. Sekaang, kita perlu baca dengan suara yang kita sendiri boleh dengar. Kita perlu ulang lagi dengan suara yang lebih kuat. Kemudian lekatkan di tempat yang selalu kita boleh tengok. Jika kita ada diari, lekatkan di muka surat pertama diari itu. Jika tidak, kita boleh lekatkan di cermin tempat kita bersolek hari-hari. Setiap hari, kita perlu membaca sekurang-kurangnya 5 kali. Jika lebih kerap di baca, lebih bagus kerana pengulangan sesuatu perkara akan memudahkan kita untuk mengingatinya.

Anda dapat impak tak? Mungkin belum mencukupi impaknya? Kenapa? Sebab belum lengkap bagi minda kita untuk merekodkannya secara jangkamasa yang panjang. Minda kita akan menyimpan untuk jangkamasa yang lebih panjang jika disertai dengan gabungan audio dan visual. Apa yang kita perlu buat adalaah dengan melengkapkan rekod audio dan visual.

Kita sebenarnya telah selesai melakukan 2/3 daripada perkara yang diperlukan. Kita telah merekodkan impian kita secara audio apabila kita membaca karangan secara berulang kali. Kita juga telah merekodkan secara visual dengan membaca tulisan kita tadi. Tapi, visual tersebut tidak berada di dalam minda kita. Ia hanya tulisan yang berada di atas kertas. Jadi, bagaimana pula audio yang akan berada di minda kita?

Di sinilah fungsi daya imaginasi yang ada pada kita. Sebelum saya dedahkan teknik untuk merekodkan visual ke dalam minda anda, ingin saya dedahkan satu penemuan ‘ajaib’ hasil daripada kajian saintis. Para saintis telah menjalankan kajian terhadap fungsi otak untuk menjangkakan masa hadapan. Penemuan yang mereka dapati sungguh menakjubkan. Manusia dapat meramalkan masa hadapan hanya dengan menggunakan minda mereka. Ini terbukti apabila imej fMRI yang mereka dapati menunjukkan bahawa bahagian atau titik yang sama berfungsi ketika subjek sedang mengingati peristiwa masa lampau dan membayangkan masa hadapannya. Kesimpulannya, minda kita mempunyai keupayaan merekodkan kejadian masa hadapan (Kepada umat Islam, jangan pula lupa pada Qada’ dan Qadar).

Kemampuan yang dikurniakan hendaklah digunakan dengan betul. Jadi, gunakan daya imaginasi anda setiap kali sebelum anda tidur. Bayangkan anda telah mencapai semua yang anda hajati dan anda sedang menikmatinya. Jika imaginasi anda tadi berlarutan hingga ke mimpi anda, itu lebih bagus kerana ia menandakan bahawa minda separa sedar anda sedang berfungsi dengan lancar dan mula merekodkannya. Namun, tak dapat dinafikan, semasa anda sedang berimaginasi, ada saja unsur negatif akan datang menyampuk. Jadi, dalam entri berikutnya yang serba ringkas (bab 8.1), saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana menyingkirkan keraguan tersebut dari terus menyelubungi pemikiran anda.

Formula Harian

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger