Searching...

Bab 8.1: Kaedah Menyingkirkan Keraguan Yang Menyelubungi Minda Anda

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ok.. Sambungan dari bab 8 sebentar tadi untuk perkongsian bersama anda tentang bagaimana menyingkirkan keraguan tersebut dari terus menyelubungi pemikiran anda. Berasa ragu-ragu merupakan satu gejala negatif yang sering melanda semua orang. Pelbagai faktor yang menyebabkan kata-kata atau bisikan negatif ini wujud dalam minda kita. Antaranya, peristiwa lalu, pembelajaran informal seperti membaca akhbar atau majalah yang menceritakan kisah-kisah negatif yang berlaku dan paling hebat kesannya adalah kata-kata negatif yang keluar dari mulut orang yang terdekat dengan anda. Contohnya: “Woi Mat, tak payahlah ko nak susah payah ulangkaji kuat-kuat, pergi tuisyen ke, ko tu memang budak kelas corot, jangan mimpi la nak dapat keputusan cemerlang masa SPM nanti”.


Walaupun pada ketika itu, kita cuba menafikan kata-kata negatif itu, tapi ia seolah-olah ‘melekat’ dalam minda kita dan terus menjatuhkan motivasi dalam diri kita. Jadi, dalam menghadapi situasi sebegini, mungkin sedikit sebanyak saya dapat berkongsi dengan anda tips-tips bagi mengatasi keraguan atau kata-kata negatif yang wujud dalam diri kita;

1. Masih ingat lagi dengan teknik membenarkan? Benarkan apa yang kita fikirkan. Biarkan pernyataan positif menguasai minda kita.

2. Rekodkan semua bukti-bukti baik yang terjadi kepada kita setiap jam, setiap hari. Tulis di dalam diari kecil kita. Baca semua rekod tersebut sebelum kita tidur.

3. Tanya 3 soalan di bawah kepada diri kita sendiri:

Jika aku hendak ..... (nyatakan apa yang kita mahu). Adakah orang lain yang mahu ..... seperti aku? Berapa ratus/ribu orang yang sedang berkejar mahukan semua itu?

Contoh 1:

Soalan: Jika aku mahukan pendapatan RM 10000 seminggu, adakah orang lain mahukan pendapatan seperti aku? Berapa ratus/ribu orang sedang berkejar untuk dapatkan pendapatan RM 10000 dalam masa seminggu.

Jawapan: Sudah tentu ada. Beribu orang sedang berkejar untuk mendapatkan pendapatan RM 10000 seminggu.

Contoh 2:

Soalan: Ada tak orang yang berjaya capai semua itu ketika ini? Semalam? Minggu lepas? Berapa ratus/ribu orang?

Jawapan: Beribu-ribu orang berjaya mencapai pendapatan ini dan sedang menikmatinya sekarang.

Contoh 3:

Soalan: Jika ramai orang boleh mencapai cita-cita tersebut, adakah peluang bagi aku untuk mencapainya juga?

Jawapan: Sudah tentu boleh. Jika orang lain mampu, saya juga mampu dan mempunyai peluang yang sama.

Dengan berbuat demikian, anda mampu menyingkirkan keraguan anda terhadap diri anda sedikit demi sedikit dan bertindak melawan unsur negatif yang ‘menusuk’ dalam minda anda. Harapan saya, semoga anda berjaya mengejar impian anda mulai sekarang.

Bab berikutnya, saya akan berikan tips bagaimana menjadikan idola anda sebagai satu sumber dan pendorong kepada kejayaan anda. Anda boleh tiru dan ulangi kejayaan orang lain dengan kemampuan diri anda sendiri!

Formula Harian

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger