Searching...

Berapakah Ukuran Sebenarnya Balasan Amal Perbuatan Seseorang?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Surah Al-An'am, ayat 160:

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).


Huraiannya:

Allah menjanjikan orang-orang yang datang menemui-Nya di akhirat nanti dengan membawa amalan-amalan yang telah dilakukannya di dunia, sama ada yang berupa kebajikan mahupun yang berupa kejahatan, akan dibalas-Nya dengan cara-cara seperti berikut:

Iaitu sekiranya amalan itu berupa kebaikan atau kebajikan, akan dibalas-Nya dengan sepuluh kali ganda kebajikan yang pernah dilakukannya di dunia. Ini tidak termasuk lain-lain tambahan yang tidak terbatas banyaknya hingga 700 kali ganda, bahkan berganda-ganda lagi.

Kelebihan kurniaan atau pahala yang berlipat kali ganda ini adalah bergantung dengan nilai keikhlasan seseorang niatnya yang baik, yang secara zahirnya disembunyikan, tidak kelihatan ketara kepada orang, tidak secara terpaksa, jauh daripada perbuatan riya' dan tidak mempunyai tujuan untuk mencari kemasyhuran (glamour), serta tidak ada ugutan dan unsur-unsur menyakiti seseorang.

Sekurang-kurangnya satu kebajikan yang telah dibuat itu akan dibalas oleh Allah dengan sepuluh kali ganda nilainya kepada sesiapa yang melakukannya. Ini menunjukkan Allah s.w.t. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan mempunyai kelebihan yang tidak terhingga.

Adapun sekiranya amalan itu berupa kejahatan, maka Allah tidak membalasnya, melainkan balasan yang setimpal dengan kejahatan itu yakni tidak mengurangi dan tidak pula melebihi. Tujuannya ialah supaya orang yang menerima balasan jahat itu tidak berasa teraniaya dan tindakan menghukum sekadar kesalahan saja, menunjukkan betapa adil-Nya Allah s.w.t. menghukum hamba-hamba-Nya sebagai langkah galakan bagi hamba-hamba-Nya untuk melakukan taubat kepada-Nya. 

Insya-Allah, sama-sama kita ambil ikhtibar dan berusaha sedaya-upaya untuk mengekal serta menambahkan amalan kebajikan kita sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran kita terhadap Allah s.w.t.

Kursus Tafsiran Al-Qur'an

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger