Searching...

Gempar!: Ikut Keselesaan Watak Seseorang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Saya ada cerita untuk anda semua tentang keselesaan watak seseorang bagi anda yang suka bertanya. Ceritanya bermula dengan nama 'Badrul'...

Badrul mahu melawat kakaknya di Puduraya KL. Walau bagiamanapun, lawatannya adalah pengalaman pertamanya ke situ. Berdasarkan panduan dan carian di internet, beliau yakin akan sampai dengan lancar. Entah mengapa semuanya berlaku tidak seperti yang dirancang. Jalan di kawasan itu amat memeningkan dan mengelirukannya. Beliau mengambil keputusan bertanya dengan orang. Selang beberapa ketika, lalu seorang pemuda yang berwajah serius (pemuda A).


Namun, Badrul berasa keberatan untuk bertanya kepada pemuda yang berwajah serius itu tadi. Niatnya ditangguhkan. Beliau ternampak pula seorang pemuda lain yang lalu di situ. Nalurinya berasa selesa bertanya kepada pemuda itu (pemuda B). Nak tahu pemuda itu kategori yang mana? Badrul menegur pemuda itu dan bertanyakan laluan yang betul ke Puduraya KL. Pemuda itu sebenarnya berwajah periang, jadi pemuda itu memberikan petunjuk dengan panjang lebar dan bersungguh-sungguh. Badrul akhirnya berjaya sampai ke rumah kakaknya hasil bantuan pemuda yang berwajah periang itu tadi. Cerita habis. Sedikit soalan teka-teki untuk anda fikirkan. Apa kaitan cerita di atas dengan topik ini?

Pernahkah anda mengalami situasi di atas? Lebih khusus lagi, pernahkah anda mengalami keadaan di mana anda berasa kurang senang bertanya pada seseorang, tetapi berasa selesa dengan orang lain? Siapakah orang lain itu? Haa... nampak tak? Orang itulah (macam pemuda B jer tadi) yang mudah disenangi ramai disebabkan jenis perwatakannya itu sebentar tadi. Perasaan selesa wujud kerana pemuda B yang ditegur itu tadi mempunyai ciri-ciri orang yang 'impressive' yang bermaksud mempunyai daya tarikan tersendiri yang dapat dikesan oleh orang lain. Manakala pemuda A tadi pula mempunyai ciri-ciri kebiasaan yang kurang daya tarikan berbanding pemuda B itu tadi.

Kajian menunjukkan salah satu faktor 'impressive' itu tadi adalah disebabkan magnet sosialnya yang berkesan. Orang kategori itulah mempunyai magnet sosial yang lebih baik berbanding yang lain. Orang tersebut mempunyai 'aura keselesaan' yang menyebabkan orang ramai tertarik untuk menegurnya. Mereka menarik orang supaya mengenali mereka dan berbual. Tidak kira ke mana sahaja mereka pergi, mereka sentiasa mendapat perhatian. Andai mereka menghadiri mesyuarat ataupun jamuan, masyarakat gemar mendengar pendapat mereka dan bertegur sapa. Masyarakat berasa selesa bermesyuarat bersama mereka. Begitu juga ketika mereka di luar.

Apakah rahsia mereka? Apa yang membuatkan orang yang tidak dikenali berasa begitu selesa bertanya kepada mereka tetapi tidak pada yang lain. Sebagai mana yang berlaku dalam kisah itu tadi, mengapakah pemuda A tidak ditegur oleh Badrul tetapi pemuda B ditegurnya? Semua ini berkaitan dengan 'impressive'. Bab gempar seterusnya, saya akan menerangkan kepada anda sebuah tajuk berkenaan dengan 'Sosial Magnet Berkesan'. Sekian sahaja untuk bab gempar yang pertama kali ini.

Rangkaian Sosial

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger