Searching...

Gempar!: Mengukuhkan Rangkaian Sosial

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bab gempar ketiga kali ini, saya nak menghuraikan sambungan dari bab gempar kedua yang lepas. Boleh rujuk [sini] bagi anda yang belum tahu lagi. Mempunyai rangkaian sosial yang meluas sahaja tidak mencukupi. Rangkaian itu perlu dikukuhkan dalam membina perhubungan yang lebih baik. Salah satu faktor yang menjadikan seseorang itu mempunyai hubungan yang lebih baik sesama manusia adalah disebabkan rangkaian sosialnya yang kukuh.


Mereka menguatkan talian rangkaian sosial yang sudah dibina sebelum ini. Mereka sentiasa melakukan aktiviti bersama bagi mengukuhkan ikatan itu. Apabila berbicara pula, mereka mendengar dan memberi perhatian dengan bersungguh-sungguh.

Berikut adalah contoh yang saya hendak kongsikan kepada anda semua:

Satu pemerhatian dibuat ke atas keluarga F (nama dirahsiakan). Keluarga F ini cukup sosialnya. Mereka sentiasa mendapat peluang yang berbeza berbanding orang lain. Walaupun pelbagai cabaran yang dilalui, tetapi akhirnya cabaran itu pasti dapat diatasi. Keluarga F mempunyai rangkaian sosial yang luas.

Di samping itu, mereka sentiasa mengukuhkan rangkaian itu. Salah satu aktiviti keluarga F dalam mengukuhkan rangkaian ini adalah mereka gemar mengadakan 'event', salah satunya seperti hari terbuka pada Hari Raya Puasa, majlis kenduri-kendara, dan sebagainya. Setiap kali rumah terbuka dianjurkan, pasti ramai yang datang walaupun jamuan itu tidaklah semewah seperti yang dianjurkan oleh menteri atau syarikat-syarikat besar yang menaja untuk program 'event'. Tambahan pula, mereka seronok melayan dan melakukannya.

Ahli sosiologi menjangkakan, secara puratanya kita mengenali 300 nama. Apabila kita bersalaman ataupun menyapa seseorang, kita berada selangkah di hadapan berbanding orang lain dalam membina rangkaian sosial. Umapamakan kita menghadiri satu jamuan. Dalam jamuan itu, kita sudah berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Zizan. Kita tidak pernah berjumpa dengan Zizan sebelum ini, tetapi pertemuan ini sudah merapatkan satu perhubungan. Kita bukan sekadar membina rangkaian tetapi mengukuhkan lagi rangkaian tersebut. Kita menyatakan yang sebenarnya kita dalam perancangan ingin menukar kerja yang lebih baik dan tidak tahu siapa yang boleh dapat membantu. Luahan kita dikongsi oleh Zizan.


Walaupun Zizan tidak dapat membantu, tetapi jangan dilupakan yang beliau mempunyai 300 nama kenalan di mana salah satu daripada nama tersebut mungkin dapat membantu kita. Tambahan pula, mungkin kenalan Zizan juga tidak dapat membantu tetapi kemungkinan kenalan itu turut mempunyai 300 nama kenalan yang mungkin dapat dicadangkan. Kini kebarangkalian sosial kita semakin besar dengan hanya membina dan mengukuhkan hubungan umpama perniagaan MLM (Multi-Level Marketing).

Sekiranya kita tidak bersalaman ataupun beramah mesra dalam jamuan itu, pastinya peluang bagi memperolehi pekerjaan baru yang lebih baik agar sukar. Namun begitu, dengan bersalaman dan menyapa, kita kini sudah mencipta kebarangkalian sosial yang lebih besar. Inilah salah satu ciri yang membezakan antara mereka yang suka bersosial dan tidak suka bersosial. Perlu diingatkan bahawa bersosial perlu ada batas-batas tertentu yang perlu kita turuti seperti menjaga akhlak (adab), tatasusila, dan aurat anggota badan kita termasuk suara percakapan kita bagi perempuan apabila kita bergaul sesama orang lain yang kita baru hendak kenali. Orang yang bersosial mencipta peluang yang lebih banyak dengan mengukuhkan rangkaian sosialnya. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.

Rangkaian Sosial

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger