Searching...

Gempar!: Rangkaian Sosial Magnet Berkesan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bab gempar kedua kali ini, saya nak menghuraikan sambungan dari bab gempar pertama yang lepas. Boleh rujuk [sini] bagi anda yang belum tahu lagi. Sosial magnet ini berkait rapat dengan bahasa badan setiap individu. Gerak bahasa badan tertentu ditambah dengan mimik muka sangat berkait rapat dalam membentuk tarikan sosial magnet. Orang yang 'impressive', mempunyai bahasa badan yang mampu menarik orang kepadanya. Mereka mempunyai bahasa badan yang terbuka seterusnya membuatkan orang selesa bertanya kepadanya. Berbeza dengan individu biasa, mereka (individu biasa) kebiasaannya mempunyai bahasa badan yang tertutup. Perkara ini seterusnya memberi isyarat 'tertutup' bagi orang lain berinteraksi dengannya.


Bahasa badan yang tertutup adalah seperti lengan disilangkan antara satu sama lain. Tangan yang bersilang memberi isyarat tersirat iaitu mereka tidak mahu diganggu dan membuatkan orang takut menghampiri mereka. Selain itu, kaki yang bersilang juga sedikit sebanyak menunjukkan bahasa badan yang tertutup. Begitu juga yang berlaku ketika berkomunikasi. Kebiasaannya kepala dan tubuh badan yang dicondongkan ke belakang menunjukkan topik yang dibicarakan tidak menarik minat pendengar.

Berlainanan pula dengan bahasa badan terbuka yang menghantar isyarat tersirat yang berbeza. Isyaratnya adalah berlainan dengan bahasa badan tertutup. Apabila mereka berjalan ataupun bercakap, mereka tidak menyilangkan lengan mereka. Kebiasaannya apabila duduk, tubuh badan mereka cenderung condong ke hadapan. Mereka seolah-olah menghantar isyarat bahasa rahsia yang mereka menyukai perbualan itu dan ia sedikit pun tidak mengganggu. Mereka menghasilkan keadaan yang harmoni.

Pemerhatian dibuat perihal bahasa badan ini. Ahli psikologi diminta supaya melihat rakaman perihal perbandingan dua jenis orang yang dimaksudnya itu ketika ditemuduga. Suara rakaman dibuang supaya tidak dapat memberi idea ataupun klu kepada ahli psikologi berkaitan siapa dua jenis orang yang dimaksudkan itu tadi.

Mereka diminta mengira kadar senyuman, hubungan mata serta bahasa badan tertentu yang dilakukan. Hasilnya memang terdapat perbezaan yang ketara. Kadar senyuman orang yang dah terbiasa dengan bahasa badan terbuka jauh dua kali ganda berbanding kadar senyuman orang yang dah terbiasa dengan bahasa badan tertutup. Manakala daripada segi hubungan mata pula, jumlah hubungan yang dibuat adalah lebih banyak. Selain itu, mereka juga dikehendaki menghasilkan bahasa badan yang terbuka ketika sesi temuduga itu berlangsung!

Inilah keputusannya:

Reaksi orang yang dah terbiasa dengan bahasa badan terbuka: Yakin/Periang
Reaksi orang yang dah terbiasa dengan bahasa badan tertutup: Kaku/Serius

Jadi, anda dalam kategori yang mana? (terbuka/tertutup)...

Rangkaian Sosial

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger