Searching...

Islam Agama Fitrah (Kembali Pada Fitrah Manusia)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Islam bererti tunduk, menyerah dan mentaati perintah Allah s.w.t. Rabbul’alamin. Ketundukan itu mestilah lahir dari kesedaran dan kerelaan bukan secara paksaan. Tunduk kerana terpaksa adalah sifat semulajadi bagi setiap makhluk Allah dan tunduk seperti ini tidak mengakibatkan timbulnya pahala atau seksa.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman:
“Maka apakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah, padahal kepada-Nyalah menyerahkan diri segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan.” (Ali-Imran: 83)

Kesemua makhluk tunduk di bawah ketentuan Allah, baik dari segi kejadian, Kekal dan fananya. Dalam aspek ini manusia sama dengan makhluk-makhluk yang lain. Adapun tunduk dengan kesedaran adalah hakikat Islam. Ketundukan seperti ini akan mengakibatkan pahala dan dosa. Sebagai bukti seseorang itu tunduk kepada Allah ialah menerima agama-Nya dengan penuh kesederan. Islam dalam pengertian ini merupakan agama yang diredhai Allah. agama yang diwahyukan kepada Rasul-Nya untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia.

Saksikan video di bawah ini:





Allah Subhanahuwata’ala berfirman:
  • "Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam." (Ali-Imran: 19) 
  • “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Ali-Imran: 85) 
  • “Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kukuh dan hanya kepada Allahlah kesudahan segala urusan.” (Luqman: 22)

Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam."

Adakah kamu hadir ketika Ya'qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apa yang kamu sembah sepeninggalku?"
Mereka menjawab:

"Kami akan menyembah Ilahmu dan Ilah nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (iaitu) Ilah yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya". (Al-Baqarah: 132-133 )

Kalimah Islam dikhususkan untuk menamakan din (agama) yang diturunkan oleh Allah Subhanahuwata’ala kepada nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam yang bererti ketundukan dan ketaatan sepenuhnya kepada Allah.

Oleh itu nyatalah bahawa ketundukan manusia kepada Allah bukanlah kerana terpaksa. Islam, dalam erti yang lebih khusus diterangkan di dalam firman Allah:
“Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu.” (Al-Maidah: 3)

Dapatlah dikatakan bahawa definisi Islam yang sesuai dengan pengertian di atas ialah: Islam adalah tunduk dan patuh dengan penuh kesedaran kepada Allah.

Bukti kesedaran itu ialah dengan mematuhi peraturan-peraturan Allah yang diwahyukan-Nya kepada Rasul-Nya Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam. Manakala Rasulullah pula telah diperintahkan agar menyampaikan ajaran Islam kepada umat manusia.

Penghayatan Berfikir

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger