Searching...

Kisah Seorang Raja Yang Serius Mahu Bertaubat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

A'un Bin Abdullah pernah menceritakan kisah seorang raja kepada Umar Bin Abdul Aziz, Raja Mesir suatu masa dahulu. Kisah ini seperti memberikan teladan kepadanya.

Pada zaman dahulu, ada raja yang memerintahkan rakyatnya membina istana yang gah, cantik dan hebat. Sebaik sahaja istana itu siap, raja itupun mengadakan majlis perasmian. Seluruh rakyat jelata dijemput hadir.

Pada hari perasmian itu, penyambut tetamu berada di setiap pintu masuk bagi menanyakan satu soalan. Kesemua penyambut tetamu itu menanyakan soalan yang sama iaitu, "Adakah kamu nampak apa-apa cacat cela pada bangunan istana ini?"

Semua jemputan yang hadir memberikan jawapan yang sama, "Tidak."

Majlis perasmian istana itu hampir tamat. Kelihatan sekumpulan anak muda yang memakai pakaian aneh tiba di salah satu pintu masuk. Penyambut tetamu itu bertanya, "Adakah kamu nampak apa-apa cacat cela pada bangunan istana ini?"


"Kami nampak dua kecacatan pada bangunan ni," jawab mereka serentak.


"Kamu semua terpaksa kami tahan. Semua jemputan mengatakan istana ini sempurna tanpa cacat-cela. Berbeza sekali dengan jawapan kamu," kata penyambut tetamu itu. Dia terus melaporkan hal itu kepada raja.


"Aku benci jawapan mereka. Bawa mereka menghadap aku sekarang," kata raja itu selepas menerima laporan daripada penyambut tetamu itu. Sekumpulan anak muda itupun dibawa menghadap raja. Sebaik sahaja mereka masuk ke pejabat pentadbiran diraja, raja terus menanyakan soalan, "Benarkah kamu nampak kecacatan istana ini?"


"Ya, benar. Kami nampak dua kecacatan istana yang indah ini," jawab mereka.


"Apakah kecacatan itu?" tanya raja lagi.


"Bangunan ini pasti musnah dan pemilik istana ini pasti mati suatu hari nanti," jawab mereka.


"Wujudkah binaan atapun istana yang tidak hancur selama-lamanya?" tanya raja itu.


"Ya, wujud," jawab mereka.


"Bangunan apakah itu?" tanya raja itu bertubu-tubi.


"Kehidupan dan binaan pada Hari Akhirat," jawab mereka semua.


Raja itu berfikir sejenak...


Rupa-rupanya, sekumpulan anak muda itu adalah pendakwah agama yang benar. Sejurus selepas perbincangan, mereka terus mengajak raja itu memeluk Islam. Raja itu menerima dakwah anak muda di hadapannya dan memeluk agama Islam.

Gambar di atas adalah sekadar hiasan dan gambaran seorang raja beragama Islam


"Saya tidak boleh menyertai kamu keluar dari istana ini secara terang-terangan. Saya yakin, semua menteri pasti curiga kepada saya. Saya berjanji, suatu hari nanti saya akan bertemu juga dengan kamu semua," kata raja itu.


Pada suatu hari, sedang sekumpulan pendakwah muda itu duduk berehat, terdengar suara orang memberi salam.


"Assalamualaikum..."


Mereka kenal wajah yang datang itu.


"Tuanku, ada urusan apa tuanku datang ke sini menemui kami? Adakah kami telah melakukan kesilapan kepada tuanku?" tanya mereka.


"Tidak," jawab raja itu.


"Jika begitu, apakah urusan tuanku menemui kami di sini?" tanya mereka.


"Saya mahu berterima kasih kepada kamu semua kerana menyedarkan saya daripada terus melakukan kesilaan," kata sang raja.


Demikianlah tadi kisah seorang raja yang betul-betul serius hendak  bertaubat setelah sekumpulan anak muda itu tadi menyedarkan raja itu dengan kehidupan selepas kematian (hari akhirat) yang kita sekarang ini masih lagi memandang ringan pada kehidupan tersebut. Seorang raja yang berpangkat tinggi dan mempunyai harta kekayaan yang meluas, masih lagi boleh menerima dakwah Islam dengan dayanya. Tapi, kita yang mempunyai kehidupan yang sederhana ini masih lagi belum cukup untuk menerima dakwah Islam 100%. Semoga kita dapat ambil pengajaran dan ikhtibar daripada kisah seorang raja ini. Insya-Allah...


Taubat Seorang Pembesar

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger