Searching...

Pemuda Mabuk Insaf Setelah Mendapat Tahu Suatu Keajaiban Berlaku

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kisah yang saya akan ceritakan kepada anda semua berkenaan dengan keajaiban yang belum pernah berlaku di dunia ini. Tapi tidak mustahil jika Allah menghendaki sesuatu untuk berlaku. Tiada mustahil bagi-Nya. Sama-sama kita hayati dan ambil pengajaran melalui kisah yang saya hendak ceritakan ini. Insya-Allah.

Pada suatu hari, Yusuf Bin Husain menceritakan sebuah kisah yang sungguh mengagumkan. Katanya, "Aku pernah berada di tepi pantai bersama Dzun Nuun. Di sana kami lihat ada seekor kala jengking yang mempunyai ukuran yang luar biasa. Seekor katak datang menghampiri kala jengking itu. Tanpa berlengah lagi, kala jengking itu terus naik di atas pinggang katak itu lalu kedua-dua binatang itu bergerak bersama-sama melalui sebatang sungai. Kami yang pelik dengan kejadian aneh itu terus mengekori binatang itu. Dzun Nuun berkata, kejadian aneh ini pasti ada hikmah disebaliknya."


"Selepas beberapa minit, kami menemui seorang pemuda mabuk yang sedang tidur dengan nyenyaknya. Tiba-tiba datang seekor ular merayap di atas badan pemuda itu. Kala jengking tadi terus turun dari pinggang katak dan menyengat ular itu dengan kuat sehingga ular itu mati. Kemudian, kala jengking itu kembali kepada katak dan terus berlalu."

Dzun Nuun mengejut pemuda yang mabuk itu lantas berkata, "wahai pemuda! Bangun dan lihatlah betapa sayangnya Tuhan kepada kamu. Dia menggerakkan hati seekor kala jengking datang kepada kamu dan membunuh seekor ular yang sedang merayap di atas badan kamu tadi. Dengarkan syair ini:

Wahai insan yang sering lupa,
Yang sering dipelihara oleh Tuhan Yang Maha Kuasa,
Daripada kejahatan yang datang di kala kegelapan,
Bagaimana mata boleh terpejam,
Dari Tuan punya alam,
Yang daripada-Nya datang seribu satu nikmat."

Dengan perasaan penuh hiba, pemuda itu terus bangun dan berkata, "Tuhanku, aku derhaka kepada-Mu. Namun Kau masih memberi aku nikmat kasih sayang-Mu. Bagaimanakah agaknya kasih sayang-Mu kepada hamba-hamba-Mu yang sering taat dan patuh pada arahan-Mu? Pasti lebih." Lelaki itu menyesal dengan perbuatan buruknya lalu pergi meninggalkan tempat itu.

Lantas Yusuf Bin Husain bertanya kepadanya, "Kamu mahu pergi ke mana?"

"Aku mahu pergi ke gurun sahara dan aku bersumpah atas nama Allah yang aku tidak mahu pulang ke kota lagi sampai bila-bila," jawab lelaki itu.

Maka pemuda mabuk itu pun berhijrah ke gurun sahara dan memulakan kehidupan barunya di sana dengan taubat nasuha sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Taubat Seorang Pemuda

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

  1. cukup bertuah andai kita menjadi insan terpilih diberi hidayah

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger