Searching...

Teori Konspirasi Palsu Yang Membuatkan Segelintir Umat Islam Taksub

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sejak umat Islam sedar tentang kewujudan gerakan Freemason global, telah muncul satu teori yang berkisar tentang hal ini, yang lebih dikenali sebagai 'Teori Konspirasi'. Kebanyakannya, teori ini membincangkan tentang Zionisme, Freemason/Illuminati, dan Israel.

Teori ini merebak dan terus merebak, baik di facebook ataupun di blog. Ini menunjukkan teori ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Perkara ini seoalah-olah menjadi agenda utama umat Islam masa kini, dan agenda utama umat Islam, iaitu menegakkan semula Daulah Khilafah.


Memang tidak salah untuk membincangkan perkara ini dan umat Islam wajib menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan utama. Tetapi, umat Islam bagaikan sudah menumpukan perhatian yang lebih terhadap perkara ini, di mana fakta tentang teori-teori yang dikemukakan adalah belum tentu sahih. Dan secara kasarnya, teori konspirasi ini lebih sensasi berbanding Daulah Khilafah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ

وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya[An-Nisa’:59]


Sehubungan dengan itu, disebabkan ketaksuban terhadap teori konspirasi, rancangan animasi Upin & Ipin juga tidak terlepas daripada 'dikonspirasikan'. Alahai... Kasihannya Upin & Ipin. Hanya disebabkan oleh huruf 'U' (Upin), huruf 'U' tersebut ditafsirkan sebagai 'USA' dan 'I' (Ipin) sebagai Israel. Walhal, satu bukti sahih pun tidak dapat dikemukakan bagi membuktikan kebenaran konspirasi ini. Lebih menyedihkan, bukti sahih belum lagi dikemukakan, masyarakat sudah sibuk menyebarluaskan berita ini di blog dan facebook.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. [al-Hujurat:6]

Bukan itu sahaja, ketaksuban segelintir masyarakat kita hari ini menyebabkan iPhone 4G juga terbabit sama. Ada yang menyatakan, "'i' pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada 'Israel'. 4G pula bermaksud 'god, gold, glory and girl'. Alahai, betapa tandusnya ilmu segelintir masyarakat hari ini! Inilah kerja bodoh segelintir umat Islam. Sudahlah ketinggalan jauh dalam bidang teknologi, kemudian sibuk mereka-reka kenyataan karut tentang teori konspirasi.


Kualiti pemikiran umat Islam hari ini begitu jauh sekali jika dibandingkan sewaktu Islam memerintah dunia dengan Khilafah. Umat Islam pada zaman Kekhilafahan bukan sahaja pakar dalam bidang keagamaan, mereka juga pakar dalam bidang fizik, astronomi, kimia, perubatan, dan lain-lain. Lihatlah umat Islam hari ini, sibuk membincangkan teori konspirasi, sehingga mereka lupa perkara yang lebih utama.

Wahai umat Islam, bangkitlah dari mimpi yang enak diulit mimpi. Masalah umat masih belum selesai, mengapa kita sibuk membincangkan perkara-perkara yang kurang keutamaannya? Umat Islam di Palestin, Afghanistan, Chechnya, Selatan Thai, dan di serata dunia ditindas, adakah kita wajar melebihkan perbincangan tentang teori konspirasi yang belum tentu sahih faktanya?


Penghayatan Berfikir

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

6 comments:

  1. bro...lu silap kalau lu bilang ini konspirasi palsu....

    bukti:
    Islam sememangnya dimusuhi oleh orang yahudi dimana Allah s.w.t befirman ertinya lebihkurang mcm ni:

    "Mereka tidak akan pernah redha dengan kamu selagimana kamu tidak memeluk agama mereka"

    -Benarlah firman Allah-

    Jika kamu tidak mempercayai ini samalah seperti kamu redha dikongkong oleh mereka..yang enak dibuai mimpi bukanlah orang yang mempercayai konspirasi ini tetapi orang yang enak dibuai mimpi adalah "ORANG YANG MENOLAK INI SEBAGAI KONSPIRASI DIMANA MENOLAKNYA (TIDAK MEMPERCAYAINNYA) SAMALAH SEPERTI KAMU MEREDHAINYA"

    "Fikirkan dan selamat beramal"

    ReplyDelete
  2. Saya ada kata teori ni tak salah, tapi saudara kena baca sampai habislah entri saya ni ya... Jangan baca sekerat2 atau separuh jalan... ~X( Saya cuma kata "umat Islam bagaikan sudah menumpukan perhatian yang lebih terhadap perkara ini, di mana fakta tentang teori-teori yang dikemukakan adalah belum tentu sahih." atau dengan erti kata lain, taksub/fanatik dengan teori2 konspirasi sehinggakan iphone 4g pun terbabit sama yang merujuk kepada 'Israel'. 4G pula bermaksud 'god, gold, glory and girl'... Selain itu, upin dan ipin pula, sebagai contoh; ditafsirkan sebagai 'USA' dan 'I' (Ipin) sebagai Israel... Itu jer... Harap saudara dapat baca sampai habis entri saya di atas tentang apa yang saya nak ketengahkan ya... :X

    ReplyDelete
  3. teori ni memang tah ape2.. hidup kita kat dunia bukannya kena kaji illuminati, freemason ni suma.. Allah suruh kita sembah dia je, senang je.. tak yah nak kecoh2 susah2..

    ReplyDelete
  4. teori konspirasi ini bertujuan supaya kita berjaga2 siapa yang berada disisi kita. takut nanti mereka akan membawa kesesatan pada diri kita dan orang islam sendiri. contohnya org Malaysia yg keluar ke negara barat akan membawa dakyah freemason ni, tidak dinafikan rakyat malaysia yg kahwin gay pun juga adalah rancangan jahat freemason.

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger