Searching...

Bagaimana Orang Yang Berstatus Luar Biasa Menghadapi Peluang?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Satu ujian mudah bagaimana orang yang berstatus biasa dan luar biasa menghadapi keadaan yang dinamakan 'peluang' sudah dijalankan. Pengkaji mengadakan ujian ringkas bagi membezakan kemampuan seseorang dalam menghadapi peluang.


Mereka diberi senaskhah surat khabar dan diminta mengenal pasti bilangan gambar yang terdapat di dalamnya. Hasilnya adalah seperti yang dapat dijangkakan. Secara puratanya, orang biasa mengambil masa selama dua minit bagi mengira kesemua gambar yang ada. Berbanding orang yang luar biasa, mereka hanya mengambil masa beberapa saat sahaja. Ajaib, bukan? Mengapa begitu singkat masanya?

Ini adalah kerana, pada muka surat kedua dalam surat khabar itu, pengkaji menulis sebuah mesej yang bertajuk, "Berhenti mengira - terdapat empat gambar dalam surat khabar ini." Haaahhh... Nampak tak... Mesej ini sangat besar dan dapat dilihat. Namun malangnya individu yang berstatus 'kebiasaan' cenderung mengabaikannya. Berbeza dengan orang yang berstatus luar biasa, mereka mudah menemuinya.

Pengkaji juga menambah mesej ke dalam surat khabar itu bagi menambah lagi keseronokan kajian. Mereka meletakkan sebuah mesej besar yang bertulis, "Berhenti mengira, beritahu penguji bahawa anda telah menjumpainya dan memenangi RM1000." Tetapi malangnya, sekali lagi mereka yang dikategorikan sebagai status 'kebiasaan' gagal melihat peluang yang ada.

Kadangkala peluang datang begitu sahaja. Peluang yang datang itulah tanpa kita sedari sebagai manusia biasa... Yelahkan... Fitrah manusia... Selalunya kita terleka dan alpa yakni kurang dari segi perhatian... Kita terlalu fokus pada satu perkara sehingga kita akhirnya kehilanagan perkara lain yang amat bermakna. Pepatah ada menyatakan; "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Kita terlalu sibuk mencari kekasih di luar sana yang kita tidak tahu asal-usulnya sehingga kawan perempuan sendiri yang rapat dengan kita dan saling bersefahaman pun kita pinggirkan. Kita sibuk mengejar projek dunia yang berharga berjuta-juta ringgit, tetapi kita terlupa akan projek saham akhirat yang di mana kalau kita lakukan sememangnya akan memperoleh ganjaran berlipat-lipat kali ganda yang tak terhingga nilainya yakni hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Status Biasa Atau Luar Biasa

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger