Searching...

Dialog Antara Bulan, Bintang Dan Awan Yang Tidak Didengari Oleh Sesiapa Pun

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pada suatu malam yg cerah dan gemilang, tatkala bulan terang menyinari bumi dan bintang bergemerlapan memancarkan kerlipannya. Namun, diatas sana ada satu perbualan antara mereka yg tidak didengari oleh sesiapa pun.



Bintang: Bulan, aku rasa, dalam dunia ini engkaulah makhluk yang paling bertuah sekali.

Bulan: Kenapa engkau cakap begitu Bintang?

Bintang: Betullah, kalau engkau perasan, kalau manusia nak melambangkan sesuatu yg cantik, mesti diorang akan gunakan engkau. Contohnya, “bagai bulan dipagar bintang.” Aku jadi pagar engkau jer Bulan.

Bulan: Ish, engkau ni Bintang. Engkau pun apalah kurangnya. Setiap sesuatu yang hebat pun dilambangkan dengan engkau. Orang yang hebat dalam nyanyian, akan dipanggil bintang nyanyian. Kalau dalam sukan pula, orang panggil bintang bolasepak ke, bintang badminton ke. Hebatlah juga engkau ni.

Bintang: Betul juga tu. Tapi ada yang salahgunakan aku, Bulan. Cuba kau tengok dulu, puak-puak komunis yang ganas itu gunakan aku sebagai lambang mereka. Mereka pakai tiga bintang pada atas topi. Sekarang pun, puak-puak Israel yang suka buat kerosakan tu pun, letak bintang atas bendera mereka. Aku pun dah rasa bersalah pada penduduk Palestin. Padahal, aku hanya dipergunakan oleh mereka sahaja.

Bulan: Aku pun sama jugalah, Bintang. Ramai jugak anak-anak muda bercintan-cintun pada waktu malam, masa berdating mereka mesti cakap, “Bulan menjadi saksi cinta kita.” Aku pun tak tau bila masa pula aku jadi saksi kepada mereka semua ni? Kadang-kadang tu, aku berlalu begitu sahaja di situ. Kebetulan pulak masa tu mereka tengah berdating. Bukan aku nak jadi saksi pun. Mereka yang nampak aku terus suruh aku jadi saksi. Cuba kau bayangkanlah bintang, berapa ramai anak luar nikah yang lahir disebabkan aku dipaksa jadi saksi cinta haram mak ayah mereka tu?

Bintang: Cerita kau ni memang sedihlah, Bulan. Tak sangka pula mereka sanggup buat kau macam begitu jer.

Sedang asyik mereka berbual, tiba-tiba datang satu kepulan awan menyertai mereka.


Awan: Assalamualaikum sahabat sekalian, kebetulan angin tiup saya ke sini. Nak join sekali boleh tak? Apa yg kalian sembang-sembangkan tu?

Bulan: Oh, Encik Awan. Kami tengah sembang-sembang pasal macam mana manusia tergamak mempergunakan kami. Ada yang guna sebagai perumpamaan yang hebat-hebat, ada yang guna untuk tujuan kejahatan dan kemaksiatan. Sekarang, baru nak masuk topik hangat pasal kegunaan kami kepada manusia sejagatlah ni. Kebetulan Encik Awan masuk, boleh la join sekali tumpang sekaki. hehehe...

Awan: Betul tu, kita memang dicipta untuk berbakti kepada manusia. Kalau ada manusia yang guna kita untuk tujuan kebaikan, memang rasa seronok. Tapi masalahnya, ada yang guna untuk tujuan yang tak baik. Masa tu, kita pun tak rela nak berbakti pada mereka. Seperti kawan saya si Matahari tu, sampai sekarang pun masih ada segelintir manusia yang jadikan dia sebagai sembahan. Dia pun tak boleh nak buat apa-apa dah. Dia keluar sebab nak bagi terang seluruh bumi untuk semua manusia dan nak bagi tenaga untuk tumbuhan yang menjalankan proses fotosintesis.

Bintang: Encik Awan ni memang antara tulang belakang dalam menyuburkan bumi selain Encik Matahari. Kalau tak ada Encik Awan, kering kontanglah bumi nanti. Tumbuhan tak dapat hidup subur. Tiadalah kehijauan bumi yang kita lihat saban hari sehingga sekarang ni, betul tak Bulan?

Bulan: Hurmm... Betul tu, Bintang.

Awan: Ke situ pulak Bulan ni. Bintang dengan Bulan pun berguna juga untuk manusia. Bintanglah yang menjadi petunjuk arah bagi orang-orang yang mengembara pada zaman dahulu sebelum terciptanya kompas. Bayangkanlah, dah berapa ramai ilmuwan dan cendekiawan dahulu kala yang mengembara untuk mencari ilmu, maka mereka gunakan Bintang sebagai pemandu arah. Betapa besarnya jasa Bintang. Dan kalau takde Bulan pulak, tiada la Bulan Islam. Macam mana umat islam nak berpuasa, raya, haji dan sebagainya? Dan jangan tak tahu, Bulan juga penting dalam menentukan proses pasang surut air laut.

Bulan: Encik Awan ni memang sungguh intelek cara percakapannya. Kalau kita berbalik pada sirah nabi, banyak juga peranan kita yang boleh kita ceritakan kat sini. Contohnya satu ayat dalam surah Yusuf, di mana Nabi Yusuf a.s. bermimpi melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepada baginda. Awan pun pernah memayungi Rasulullah sewaktu perjalanan baginda ke Syam mengikuti ayah saudara Baginda, Abu Thalib sebelum baginda diangkat menjadi Rasul.

Awan: Jangan lupa, peristiwa bulan terbelah dua pun merupakan mukjizat Rasulullah juga, dan “An-Najm”, yang bermaksud “bintang” dan “Al-Burj” yang bermaksud “gugusan bintang” merupakan antara surah-surah dalam mukjizat Rasulullah paling agung iaitu Al-Quran.

Bintang: Wah, memang sangat besar peranan kita untuk manusia. Dalam sejarah pun banyak rupanya cerita tentang kita.

Bulan: Betul tu, Bintang. Jadi, apakah kesimpulan yang dapat kita ambil daripada perbualan kita yang boleh Encik Awan sampaikan kepada kami?

Awan: Hurmmmm. Bagi saya, setiap apa yang Allah jadikan di dunia ni, tidak sia-sia dan ada peranannya masing-masing. Cuma jangan sesekali manusia menyalahgunakan. Saya sedih jugak bila melihat manusia-manusia yang tak sedar akan kepentingan mereka diwujudkan di atas muka bumi ni sampai ada yang tak mahu bagi sumbangan langsung kepada masyarakat dan dunia sejagat.

Bintang: Betul tu. Ramai juga manusia yang buat benda untuk diri mereka sendiri (pentingkan diri sendiri) padahal mereka semua ni dicipta untuk berbakti pada Allah yang mencipta seluruh alam ni. Mereka akan jadi khalifah kepada kita di atas muka bumi ini. Akibat tak berlaku adil sesama mereka, makhluk di muka bumi, dan juga agama yang mereka anuti itu, bumi pun dah mula protes dengan mengikut arahan daripada Allah. Kejap-kejap nak bergegar jer.

Bulan: Kasihan bumi, dialah yang paling teruk dianiayai oleh mereka (manusia) akibat perbuatan pentingkan diri sendiri manusia-manusia ni dengan melakukan pencemaran alam sekitar dan pertumpahan darah sesama mereka (manusia).

Awan: Bukan semua manusia macam tu. Diharap, suatu hari nanti akan ramailah manusia yang sedar akan tanggungjawab mereka memakmurkan alam ini, Insya-Allah.

Bulan: Nampak macam dah nak Subuh ni, Encik Awan. Kami kena beredar dululah.

Awan: Oh, ya tak ya juga. Oklah, kalau macam tu. Tapi sebelum tu, Saya ada teka-teki buat anda berdua.

Bintang: Hah, apakah teka-tekinya itu?

Awan: Bulan dan Bintang, mana satu ayah, mana satu anak?

Bulan: Ehh... Bila masa pulak kita ada hubungan ayah sama anak ni, Bintang?

Bintang: Aku pun tak tahulah, Bulan. Apakah jawapannya Encik Awan?

Awan: Bulan adalah anak dan Bintang adalah ayah.

Bulan dan Bintang jawab: Mengapa?

Awan: Bulan bin Tang. Hehehe... (gurau jer)

Bulan dan Bintang: ............???

Penghayatan Berfikir

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

  1. bestnye perbualan diorang ni... buat sy terfikir.. byk btolnye

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger