Searching...

Insaf Selepas Kena Halau Dari Desa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kisah yang saya nak ketengahkan ini adalah kisah dari bangsa Israel dengan harapan dapat memberi pengajaran dan manfaat buat kita semua. Sebagaimana yang telah kita ketahui, sejahat mana perangai orang itu jika Allah menghendakinya untuk dia bertaubat kepada-Nya, nescaya orang itu sekaligus akan berubah menjadi orang yang soleh dan bertakwa kepada Allah. Maka, sama-samalah kita hayati kisah tersebut. 


Pada suatu ketika dahulu, ada seorang pemuda yang kerap melakukan kejahatan. Perangainya terlalu teruk iaitu boleh dikategorikan sebagai melanggar hak asasi manusia sehingga menimbulkan kemarahan pada penduduk desanya.

Seluruh penduduk desa itu sudah tidak tahan dengan perangai pemuda itu. Akhirnya pemuda itu diusir ke sebuah kota yang sudah lama ditinggalkan. Bangunan-bangunan besar kota usang itu musnah dan kota ini terletak terlalu jauh daripada kota-kota lain. Di kota itulah, pemuda itu tinggal sehingga akhirnya dia meninggal dunia di sana.

Tidak berapa lama selepas pemuda itu meninggal dunia, Allah memberitahu Nabi Musa berkenaan kematiannya; "Ketahuilah oleh kamu seorang daripada kekasih-Ku sudah meninggal dunia. Pergi engkau mencarinya, mandikan jenazahnya dan sembahyangkannya. Beritakan juga kepada umatmu yang banyak melakukan dosa supaya pergi bersama menziarahi jenazahnya dan Aku ampunkan dosa mereka yang pergi bersamamu."

Tanpa berlengah lagi, Nabi Musa memaklumkan perkara itu kepada seluruh umatnya daripada bangsa Israel. Maka ramai yang pergi bersama Nabi Musa ke kota itu. Ada antara mereka yang mengenali jenazah pemuda yang meninggal dunia itu.

"Wahai Nabi Musa, ini dia orang yang kami halau dahulu kerana perangainya yang teruk itu!" Ujar salah seorang penduduk desa itu.

Lalu Allah memberitahu Nabi Musa; "Memang benar kata umatmu itu. Cuma pada ketika pemuda ini ditinggalkan di kota usang ini, dia melihat di sekelilingnya tiada siapapun di sisinya dan ketika itu barulah dia sedar dan insaf akan setiap perbuatannya dahulu. Di situ dia bergantung harap hanya kepada-Ku. Kerana itu Aku memaafkan segala dosanya lantaran ketaatannya yang terlalu teguh."

Kesimpulannya, kita tidak perlulah bimbang sekiranya kita dipulaukan, dihalau atau ditinggalkan keseorangan kerana kita masih ada Allah untuk kita memperoleh naungan daripada-Nya dalam apa jua keadaan walau ketika kita berada dalam kesunyian atau dalam keadaan terdesak sekalipun asalkan kita bertakwa kepada-Nya dengan menanamkan rasa cinta terhadap-Nya yakni takut akan perbuatan dosa-dosa silam yang lepas dan bersedia memperbaharui niat kita ke arah mencari keredhaan Allah dengan melakukan yang ma'aruf dan menghindari kemungkaran dan bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat tanpa memikirkan untuk kembali kepada kelakuan asal (kelakuan jahat berupa maksiat dan sebagainya), barulah Allah akan mengasihani diri kita.


Taubat Seorang Pemuda

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger