Searching...

Penjara Minda Bagi Orang Islam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Perang minda sudah lama bermula yakni sejak zaman penghabisan perang salib lagi malahan mungkin lebih awal dari itu. Kita mungkin tidak menyedarinya, apatah lagi apabila kita lahir, kita sudah dijinakkan dengan perang minda yang sangat licik permainannya hingga membuat manusia terus lupa dan alpa.


Apakah perang minda ini? Perang minda adalah salah satu propaganda musuh islam untuk menjajah minda orang islam, tapi adakah kini kita sudah dijajah?

Jawapannya ada pada diri anda sendiri. Cubalah kita melihat situasi di bawah yang berlaku di seluruh dunia:
  • Cuti hari Jumaat ditukarkan kepada hari Ahad.
  • Di negara Turki, laungan azan wajib dalam bahasa Turki.
  • Gladstone, “Selagi Al-Quran dihayati oleh orang Islam, maka Eropah tidak akan berjaya selama-lamanya.” 
  • Pemerintah Perancis di Algeria berkata, “Kita mesti hapuskan al-Quran baru kita berjaya.” 
  • Zeumer (bapa segala paderi sedunia tahun 1935), “Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan mereka dari Tuhan mereka.” 
  • Lowrence Brown (paderi), “Kita mesti pastikan umat Islam berpecah-belah supaya mereka sentiasa lemah.” 
  • Menyuburkan slogan hak kebebasan wanita, persamaan taraf lelaki dan wanita dan menentang pemakaian menutup aurat.
  • Mendidik anak-anak perempuan dengan budaya Barat.
  • Menanamkan keyakinan bahawa bahasa Arab itu susah dan sukar, akhirnya umat Islam benci dan tidak faham akan al-Quran.
  • Menyebarkan propaganda bahawa Islam itu penceroboh dan pengganas.
  • Menonjolkan wanita Barat moden dan memundurkan wanita Islam.
  • Menonjolkan kebaikan Kristian melalui bantuan kemanusiaan di Negara-negara Islam.
  • Dr. Abdul Wadud esy-Syalabi (Universiti al-Azhar) berkata, “Pendakwah Kristian di seluruh dunia Islam seramai hampir 500 ribu orang.”

Berikut merupakan antara peranan yang wajib dimainkan oleh remaja Islam pada masa kini dalam menempuhi cabaran mega yang melanda di gelanggang dunia keislaman masa kini:
  • Penguasaan ilmu (fardhu 'ain dan fardhu kifayah). 
  • Bina kekuatan berfikir dengan membaca. 
  • Kuasai bahasa Al-Quran dan mentadabburnya (meneliti dan menghayatinya). 
  • Bina keharmonian dan kemurnian akhlak (tuturkata, adab pergaulan, pemakanan, pemakaian dan sebagainya). 
  • Sibukkan diri dengan gerakan, persatuan, dan jemaah yang membangunkan syiar Islam. 
  • Kembali cintakan amal ibadah. 
  • Dampingi golongan alim ulama'. 
  • Sentiasa mendirikan solat jama'ah tidak kira di masjid mahupun dirumah dalam sebuah keluarga. 
  • Jernihkan aqidah daripada perkara-perkara yang khurafat.

P/S: Sekecil mana pun amalan yang kita mampu lakukan dan sekiranya kita berniat untuk berjihad fisabilillah, insya-Allah... Allah sentiasa bersama kita. Amin...

Pepatah Arab ada mengatakan, 'Al-ilmu bila 'amalin kashsyajari bila samar... Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tidak berbuah... Renung-renungkanlah...

Boleh dijadikan rujukan untuk entri di [sini] jika anda berminat untuk membaca. Ingat! Bina kekuatan berfikir dengan membaca...

Konspirasi Pada Minda

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger