Searching...

Satu Peringatan Sekiranya Agama Tidak Diterapkan Dalam Kehidupan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Kes Amalina adalah satu peringatan buat kita semua...

Semoga apa yang berlaku menjadi pelajaran berguna untuk menempuh masa depan yang lebih mencabar. Lupakanlah kepahitan yang terpaksa ditelan dan ingatlah bahawa yang pahit itu biasanya menjadi ubat yang mujarab. Nur Amalina Che Bakri mencatat sejarah apabila pada 26 Mac 2005 diisytiharkan sebagai pelajar terbaik SPM 2004.

Mengalami kontroversi kehidupan sebagai pelajar luar negara. Bolehlah dikatakan dia telah mendapat pulisiti yang cukup meluas sejak beberapa hari lalu. Orang Melayu amat tersinggung. Itulah kata-kata yang paling sesuai disebutkan.

Ramai yang melahirkan rasa kecewa. Genius Melayu dengan mudah menjadi ratahan kehidupan sosial barat. Semoga anak-anak Melayu dapat mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku kepada Nur amalina. Selamatkan diri dari tsunami New World Order yang semakin rakus. NWO akan menghancurkan tatasusila manusia dan membawa ke satu destinasi sosial gila bebas dari campur tangan agama.

Program penghantaran pelajar cemerlang ke luar negara harus dipertimbangkan semula terutama bagi anak-anak belasan tahun yang biasanya akan mengalami kejutan budaya. Kerajaan harus mengubah halacara berkaitan jika masih mahu melanjutkan dasar tersebut. Biarlah mereka meneruskan pelajaran permulaan di dalam negara sekurang-kurangnya peringkat diploma sebelum membenarkan mereka melanjutkan pelajaran di luar negara. Kematangan dan kekuatan minda harus dipupuk bagi membentuk jati diri terlebih dahulu.

Sebaiknya mereka diberi pendedahan keagamaan secukupnya. Pihak berwajib perlu menjadikan kes Amalina, Aarif dan Sufiah sebagai bahan kajian untuk memperbaiki dasar penghantaran genius kita ke luar negara.


Apa guna bijak tetapi terpinggir dalam keimanan dan tentunya senang dimangsakan. Kita harus sedar pihak barat juga mengidamkan manusia genius seperti mereka ini berkhidmat di negara mereka. Kemungkinan besar mereka tidak akan kembali ke Malaysia walaupun berjaya. Jika tidak, akan ada usaha merosakkan pemikiran mereka.

Sufiah genius Mathematik yang dahulunya seorang pelacur, tetapi sekarang sudah bertaubat dan melakukan kerja-kerja amal manakala Aarif pula adalah seorang genius yang mendapat tajaan biasiswa dari Universiti Petronas dan kini berkahwin GAY.

Konspirasi Pada Minda

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger