Searching...

Sikap Yang Lebih Tenang (Bersantai) Boleh Berjaya Dalam Kehidupan?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Orang yang berstatus luar biasa adalah lebih fleksibel (bersantai) dalam menghadapi kehidupannya. Mereka lebih tenang dalam menghadapi sesuatu keadaan. Berlainan pula dengan orang yang berstatus biasa, mereka terlalu fokus dan lebih serius. Kesannya, mereka mungkin terlepas peluang yang mungkin mengubah hidup mereka kerana terlalu memikirkan keadaan itu.

Didapati orang yang luar biasa mempunyai neuroticism yang rendah berbanding orang biasa. Neuroticism yang rendah menyebabkan mereka lebih tenang dan seterusnya dapat mengesan peluang yang hadir. Ahli psikologi sudah mengadakan ujian berkenaan tentang perkara ini. Ujian kesan kebimbangan kepada kebolehan kita dalam mengenal pasti perkara yang tidak diberi perhatian.
Sebilangan individu diminta untuk melihat titik kecil yang terletak di tengah skrin komputer. Tanpa amaran dan diberitahu, beberapa titik besar dirancang muncul di atas skrin itu. Hampir kesemua peserta menyedari kehadiran titik besar itu. Seterusnya, eksperimen diulang dengan kumpulan yang baru. Pada kali ini, mereka ditawarkan habuan yang besar bagi melihat secara serius pada titik kecil tengah itu. Kesan daripada pengaruh hadiah itu, menjadikan mereka lebih fokus tetapi sedikit kurang tenang apabila melihat titik tengah dengan teliti. Hasilnya, 1/3 daripada kumpulan peserta tidak dapat melihat titik yang besar apabila ia muncul. Mereka menyangka titik besar yang mereka lihat itu adalah titik kecil. Keadaan ini berlaku kerana mereka begitu fokus. Kesan fokus itu menyebabkan mereka terlepas melihat peluang lain.

Begitu juga yang berlaku dalam kehidupan. Kadangkala, kita terlalu fokus dan meletakkan beban yang berat pada diri. Contohnya, kita terlalu risau kepada tahap kesihatan diri. Kita risau sekiranya perkara yang dilakukan secara berlebihan, maka kesihatan mungkin akan terjejas ataupun menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk sehingga kita tidak perasan akan peluang untuk pulih itu hadir.


Mungkin juga kita terlalu risau perihal masa hadapan sehingga mengabaikan keadaan sekarang. Mungkin juga kita terlalu memikirkan masalah yang sedang kita hadapi dan tanpa kita sedari, sebenarnya masalah itu mungkin adalah peluang baik bagi kita. Kemungkinan kehadiran 'titik hitam' itu sebenarnya adalah peluang yang mampu mengubah seluruh kehidupan kita. 

Perkara ini seperti yang berlaku kepada Richard Bradson, iaitu pengasas Virgin Airlines apabila penerbangannya ditangguhkan. Ramai yang merungut. Kapal terbang yang sepatutnya berlepas ditangguhkan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Dalam waktu itu, beliau mendapat idea. Bradson mengambil keputusan dengan menyewa sebuah kapal terbang. Kemudian, beliau menulis di atas papan tanda perihal tiket yang dijual dengan harga murah.

Tiketnya laku disambar pelanggan yang terkandas. Beliau bukan sahaja berjaya menyelesaikan masalahnya, tetapi berjaya menyelesaikan masalah penumpang lain yang terkandas. Sekiranya masalah dapat dilihat dan dihadapi dengan tenang, ia membolehkan kita melihat peluang yang hadir. Masalah itu membolehkan Richard memperolehi idea bagi menubuhkan syarikat kapal terbang Virgin. Pada hari tersebut, syarikat itu adalah salah satu syarikat kapal terbang yang terkenal di Britain.

Status Biasa Atau Luar Biasa

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger