Searching...

Penjajahan Menerusi Kaedah Imperialisme Tidak Menerapkan Agama!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Jika dahulu imperialisme, yakni si penjajah menggunakan Kuasa Tenteranya, namun pada hari ini imperialisme masuk melalui caranya yang lain yakni siasah politik. Strategi pertama pada masa dahulu selepas imperialisme melalui Kuasa Tentera iaitu cuba menempatkan seberapa banyak boneka yang mampu meneruskan idea politik "The Hidden Hand".


Sebab itu selepas imperialisme, hukum Allah yang terang-terang termaktub di dalam Al-Quran tidak popular di dalam kalangan nasionalisme untuk digubal sebagai undang-undang negara. Jangan cakap negara-negara Arab, di negara kita di sini, Hukum Allah umpama aktiviti jual beli... Nak jual, kena tengok atas pembeli dulu sama ada pembeli berkenan ke atau tak. Maka si pembeli akan memilih barang yang betul-betul berkenan bagi dia, kalau si pembeli tak berkenan, maka jualan pada ketika itu agak tak laku sebab tak ada orang nak beli...

Amat beratlah tanggungjawab seorang pemimpin sesebuah negara itu di akhirat kelak, nanti dia akan ditanya satu-persatu, sehelai demi sehelai, apakah yang menghalang dia dari berusaha menegakkan Hukum Allah di dalam AlQuran?

Bukan sahaja pemimpin, malah rakyat juga, apakah ada usaha walaupun sedikit, untuk memastikan hukum Allah berdaulat di atas muka bumi.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

1 comments:

  1. Sejak sekian lamanya golongan orientalis bertapak di bumi umat Islam, kesannya terlalu hebat sehinggakan, Islam dianggap ketinggalan zaman oleh umat Islam sendiri, malahan sumber perundangan tertinggi juga berdasarkan kepada barat.AL Quran dan Hadis berada di bawah perundangan ciptaan dari barat

    ReplyDelete

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger