Searching...

Cara Nak Tahu Masa Hilang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sekiranya kita mahu menjadi orang yang luar biasa, kita perlu mengetahui ke manakah masa kita digunakan. Masa adalah komoditi yang sangat berharga kepada orang yang mempunyai impian luar biasa. Setiap masa yang berlalu pasti memberi makna kepada mereka, tidak kira kebahagiaan dari segi kasih sayang, kekayaan dalam bentuk wang, kegembiraan melakukan perkara yang disukai dan pelbagai lagi. Cara nak tahu masa hilang macam mana? Sebagaimana kita tahu, masa adalah aset yang penting. 

Cara Nak Tahu Masa Hilang Dengan Mudah

Orang bijak pandai memberi pendapat yang menarik berkenaan dengan bagaimana cara nak tahu masa hilang dengan mudah. Menurut mereka, putaran bumi semakin cepat dan ini menyebabkan masa kita semakin singkat. Pejam celik kita telah melepasi seminggu, malah sebulan mahupun setahun tanpa kita sedari. Kesannya, kita seringkali ketinggalan masa disebabkan sikap diri kita yang semakin hari semakin pudar dan tidak diperbaharui dengan pengalaman baru (refresh). Demikianlah kita ada mendengar ungkapan yang berbunyi; "Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara". Maka salah satu daripada lima perkara tersebut ialah masa lapang sebelum datangnya masa sempit (last minute). Oleh itu, masa lapang perlulah kita hargai dan diisi dengan sesuatu pekerjaan yang berfaedah dan bermanfaat agar kita tidak menyesal dan rugi pada kemudian hari.

Orang yang menghargai masa lapang (orang yang berstatus luar biasa), mereka akan mengeluh berkenaan dengan masa. Mereka tidak pernah merasakan peruntukan masa itu mencukupi bagi kehidupan mereka yang diperuntukan 24 jam dalam sehari. Mereka berasa sedemikian kerana bagi mereka banyak kerja-kerja berasaskan pengkajian memerlukan peruntukan masa yang lebih banyak. Kalau boleh, mereka mahukan peruntukan masa yang lebih daripada 24 jam dalam sehari. Mungkin 25 jam, 26 jam atau seterusnya.


Masa Lebih Dari 24 Jam Sehari

Berbalik pada diri kita pula, kita sebagai manusia berstatus biasa akan mendapat masalah sekiranya kita menginginkan masa dalam kehidupan kita lebih daripada 24 jam iaitu sekiranya sebanyak 25 jam sehari. Persoalannya, mampukah kita menghadapi masa lebih dari 24 jam sehari yang begitu panjang jika ditakdirkan Tuhan untuk jadi? Kunfayakun. Sanggupkah kita menempuhi hari-hari yang akan datang untuk menunggu saat-saat yang dinantikan secara final countdown bagi sesuatu event atau peristiwa yang terpenting buat diri kita apabila masa yang kita tunggu memakan masa yang agak lama jika kita menghitung semula mengikut pertambahan sejam dalam setiap hari? 

Apa yang pasti, kita tidak sabar untuk menunggu keesokan harinya. Oleh itu, bagi diri kita yang merancang sesuatu pada keesokan harinya akan berpendapat; "Biarlah masa berlalu dengan begitu cepat untuk hari ini, esok saya ada rancangan tertentu". Masa yang sedia ada pada hari ini tidak diisi dengan perancangan yang sepatut dihabiskan pada hari ini, malah sebaliknya dibuang begitu sahaja.

Oleh yang demikian, bagaimana kita dapat menggunakan saat dan masa dengan lebih? Adakah kita menggunakan masa 23 jam, 59 minit 60 saat yang ada dengan penuh bermakna? Justeru itu, ikuti perkembangan tersebut pada artikel akan datang yang berjudul; "Pentingnya Masa Walaupun Sedikit". Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger