Searching...

Pengalaman Baru (Refresh)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kaitan antara pengalaman baru dengan keadaan [luar biasa] dapat dianalogikan sebagai menziarahi sebuah ladang rambutan yang besar. Setiap hari, menjadi kewajipan kepada kita bagi memetik dan mengutip rambutan. Namun, setiap kali kita datang, kita memetik dan mengutip di tempat yang sama. Kesannya hasil dapatan rambutan semakin berkurangan. 


Oleh itu, kita perlu memetik dan mengutip rambutan di tempat lain sementara menunggu rambutan di tempat sama yang sedia ada berbuah dan masak ranum. Perkara yang sama juga berlaku dalam [kehidupan kita]. Melalui lorong yang sama, membuat jadual yang sama, membuat aktiviti yang hampir sama pada setiap hari menyebabkan kita berkeadaan seperti di atas. Kita memetik dan mengutip pengalaman yang sama pada tiap-tiap kalinya.

Tetapi berlainan pula apabila kita sering mengubah lokasi petikan dan kutipan buah rambutan. Laluan yang dilalui kini berubah, begitu juga dengan keadaannya. Kemungkinan untuk memetik dan mengutip buah rambutan  dengan lebih banyak akan wujud kerana tempat yang berbeza. Seperkara ini berbeza dengan keadaan sebelum ini yang mana hasil petikan dan kutipan semakin berkurangan kerana sering dipetik dan dikutip pada tempat yang sama.

Kehidupan adalah ibarat ladang rambutan yang besar itu. Petikan dan kutipan buah yang berlainan pokok dan tempat boleh menyebabkan kita berjumpa sesuatu peluang yang turut berbeza. Kesannya, kita berkemungkinan akan lebih berkeadaan [luar biasa] berbanding yang lain sebagaimana yang berlaku pada wanita yang hendak diceritakan di bawah ini.


Wanita ini bernama Siti. Siti adalah orang yang suka menghadiri jamuan ataupun majlis keramaian. Beliau sering-kali bercakap dengan orang yang sama sebelum ini. Lalu beliau mengambil keputusan dengan membuat sesuatu yang baru. Sebelum sampai ke suatu majlis, beliau akan memikirkan mengenai satu warna sahaja (contoh: hijau). Hasilnya, beliau bercakap dengan hadirin yang memakai warna pakaian yang difikirkannya itu (hijau sahaja). Perkara ini membolehkan beliau memperolehi pengalaman yang baru dan mencipta [rangkaian sosial] yang besar.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger