Searching...

Pengkajian Dalam Latihan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Gary adalah salah satu ahli golf yang hebat. Beliau bertubuh kecil sekiranya dibandingkan dengan pemain-pemain golf yang lain. Namun begitu, kelebihannya bukan terletak di situ. Beliau mempunyai kelebihan daripada segi latihan yang kerap-kali dibuatnya. Latihan yang kerap-kali dibuat bukan bermaksud perbuatan yang sering berulang-kali dilakukan yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa bosan untuk melakukannya. Tetapi latihan yang mempunyai kajian yang terperinci iaitu haluan teknik dalam latihan yang sering diubah-ubahnya. Latihan tersebut boleh didapati dari segi pembaikan mutu pukulan bola yang dilakukan oleh Gary ketika orang lain sedang berehat dan bersantai. Beliau memperbaiki apa yang tidak kena padanya dan memperbaiki kekurangannya.


Disebabkan itu, beliau kelihatan [luar biasa] dalam permainannya. Latihannya itu membantunya memenangi pertandingan Masters sebanyak tiga kali termasuk pertandingan lain. Ketika Pertandingan Terbuka Amerika Syarikat, seorang pengulas bertanya berkenaan kemenangannya, "Bagaimanakah saudara dapat menempa kejayaan saudara dalam sukan permainan golf?" Beliau hanya menjawab, "Semakin banyak saya terlibat dalam latihan, semakin berkeyakinanlah saya untuk menang pada masa akan datang."


Jawapan yang diberikan Gary adalah cukup mudah, tetapi mempunyai maksud yang sangat mendalam. Pernyataan itu benar. Semakin kuat kita berusaha mencari jalan dalam mengembangkan kepelbagaian [teknik] dalam sesuatu latihan, semakin tinggi kebarangkalian potensi untuk kemenangan. Jikalau latihan yang sama tapi tiada teknik haluan yang [berkepelbagaian] maka sia-sialah latihan yang dibuat disebabkan peratusan pengalaman yang sama dan tidak diperbaharui akan menyebabkan seseorang itu kelihatan malas dan bosan. Bila ada sikap tersebut maka seseorang itu akan melakukan latihan secara cuai dan tidak bermaya.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger