Searching...

Penggunaan Masa Produktif

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dalam artikel yang lepas, saya ada menyatakan berkenaan dengan perihal masa walaupun sedikit dalam beberapa minit sahaja mahupun berjam-jam dalam masa sehari itu, tapi amat berharga apabila ia dihitungkan hari demi hari, maka jumlahnya menjadi semakin banyak. Jadi, saya nak ceritakan sebuah kisah perihal penggunaan masa yang menarik untuk menceritakan betapa pentingnya penggunaan masa produktif walaupun sedikit nisbahnya dalam sehari yang mungkin boleh dikongsikan bersama di bawah.

Penggunaan Masa Produktif

George Severance pada asalnya sering menghadapi masalah kewangan yang teruk. Beliau dikelilingi hutang yang banyak. Namun ada satu perkara yang dapat mengubahnya, dan beliau mula memahami perihal penggunaan masa produktif harinya bagi menjadikan ianya luar biasa bagi diri beliau. George Severance mendapati beliau sudah menghabiskan sebanyak 32 jam dalam sebulan dengan minum kopi bersama kawannya.

Pentingnya Masa

Pentingnya masa apabila dikira, jumlah jam (32 jam) yang beliau habiskan bersamaan dengan empat hari bekerja (1 hari = 8 jam bekerja). Beliau juga menyedari sesuatu perihal masa makan tengah harinya. Kebanyakan masa tengah hari adalah satu jam lebih daripada yang sepatutnya. Beliau mula mengenal pasti waktu produktif dan tidak produktifnya. Sedikit demi sedikit kehidupannya mula berubah dan menjadikannya ia kelihatan lebih luar biasa. 

Kebanyakan perkara yang menyebabkan kita gagal menjadi orang yang luar biasa adalah disebabkan kita banyak menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak produktif. Oleh sebab itu, kita hendaklah memulakan langkah untuk ke mana masa itu digunakan. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger