Searching...

Peramah Vs Persendirian

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Menurut ujian personaliti MBTI yang dibangunkan oleh Myer Briggs, manusia mempunyai kod asas dalam personaliti dirinya. Salah satunya adalah kod yang membicarakan perihal cara seseorang itu berinteraksi dengan keadaan sekeliling. Kod itu adalah kod ekstrovert dan introvert. Personaliti ekstrovert adalah personaliti yang suka berinteraksi dengan orang luar. Personaliti introvert pula berbeza dengan kod ekstrovert. Mereka lebih suka bertindak secara bersendirian. Perkara ini menyebabkan sumber mereka agak terhad. Mereka ini diibaratkan seperti, 'katak di bawah tempurung kelapa'. Apabila datang perkara yang ingin dilakukan, personaliti ini sukar mendapatkan sumber yang dapat membantu. Maka dengan itu, wujudnya jurang antara peramah vs persendirian.

Peramah Vs Persendirian Yang Perlu Kita Tahu


Apa kaitan kod ini dengan status biasa atau luar biasa? Sudah semestinya ada kaitan dengan personaliti peramah vs persendirian yang perlu kita tahu. Jawapannya adalah orang eksrovert mempunyai kelebihan yang lebih banyak kerana mereka mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk berjumpa dengan pelbagai peluang. Pernah ke tidak anda mengalami sikap sebegini? Ia sungguh luar biasa bagi sesetengah orang yang alami perkara tersebut. Interaksi dengan perkara luar menyebabkan mereka sering berjumpa dengan pelbagai ragam manusia dengan erti kata mereka adalah seorang yang peramah. Seterusnya, mereka membina dan mempunyai rangkaian dengan pelbagai kenalan. Mereka juga mempunyai rangkaian yang lebih baik berbanding personaliti yang berkod 'introvert'.

Apabila menghadapi keadaan yang memerlukan penyelesaian masalah, mereka lebih mudah mendapatkan bantuan yang diperlukan. Sebagai contoh, apabila mereka ingin membeli rumah mereka terus sahaja menghubungi orang yang diketahui iaitu rakan-rakan dan kenalan. Mungkin kenalan mereka adalah broker hartanah yang seterusnya mencadangkan hartanah yang bernilai tetapi tidak diketahui orang ramai.

Sekiranya mereka mengalami masalah dalam perniagaan bagi mendapatkan bahan mentah, kenalan mereka mungkin dapat mencadangkan tempat ataupun individu yang dapat dirujuk. Kesan daripada perjumpaan dengan orang ramai ini menyebabkan mereka mempunyai lebih banyak peluang. Seterusnya meningkatkan peluang menjadi lebih berjaya. Kalau sekiranya anda hendak tahu kategori personaliti diri anda cenderung ke arah mana? Boleh pergi ke artikel pengiraan kecenderungan personaliti. Diharap sangat membantu untuk diri anda. Wallahua'lam.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger