Searching...

Aku Jauh Engkau Jauh, Aku Dekat Engkau Dekat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ya Allah, adakah aku semakin jauh dari Mu?

Adakah aku terlalu leka dengan nikmat dunia yang Engkau berikan?
Ya Allah, Jika itu yang sedang berlaku ke atas ku.
Sedarkanlah aku..
Keluarkanlah aku dari kegelapan ini..
Aku takut ya Allah..
Aku takut aku menjadi orang-orang yang rugi.


Dunia ini hanya sementara, yang kekal cuma akhirat sana.
Jangan Engkau biarkan aku di campakkan ke dalam api nerakaMu bersama orang-orang yang kufur..
Kerana aku tidak mampu menahan panasnya dan azabnya seksa di nerakaMu.
Aku pernah membaca akan cerita-cerita bahawa dahsyatnya azabMu.
Sedangkan kesakitan sedikit sahaja di dunia ini, aku tidak mampu hendak tanggung.
Apatah lagi kesakitan azabMu yang berkali-kali ganda pedihnya.


Ya Allah, aku tidak mampu.. Aku tidak mampu ya Allah..
Ampunkan aku yang Allah.. Ampunkan aku..
Aku takut Ya Allah, di saat aku bertemu Mu, tidak ada satu pun amalan ku yang akan diterima.
Kerana sifat ujub, takabur, lalai dan leka ini.
Aku takut ya Allah. 
Aku takut padaMu.
Namun, kekadang aku terleka, terlupa dan teralpa kepada Mu.
Kepada balasan Mu terhadap apa yang aku lakukan..
Bimbinglah hatiku ini Ya Allah.
Jangan biarkan aku terus jauh dari Mu.
Jangan biarkan aku sendirian.
Kasihanilah diriku ini ya Allah..
Kasihanilah aku.
Aku tidak ingin jauh dari Mu.
Kerana Engkau Tuhanku.
Kerana Engkaulah tempat aku kembali.



Jangan biarkan aku sebegini ya Allah..
Jangan biarkan aku leka dengan keindahan dunia..
Jangan biarkan aku bermewahan di dunia, sedangkan aku lupa siapa pemberinya.
Jangan biarkan aku gembira dan ketawa tanpa aku ingat kepada Mu yang mengurniakan setiap nikmat itu.
Jangan biarkan aku bersedih tanpa aku berfikir akan Engkau yang selalu bersamaku.
Jangan biarkan aku tinggal segala perintahMu sedangkan kepada Mu jua akan aku kembali.



Sajak di atas boleh di muatkan (compress) dalam bentuk lirik lagu di bawah. Hayati maksud yang tersirat dalam lirik lagu dan klip video di bawah, semoga sama-sama kita ambil iktibar dan menginsafi terhadap diri kita dan tingkah laku kita selama ini untuk kita sama-sama menjadi semakin dekat kepada Sang Pencipta Allah S.W.T yang Maha Esa:

Tuhan 
Tempat aku berteduh 
Di mana aku mengeluh 
Dengan segala peluh 

Tuhan 
Tuhan yang Maha Esa 
Tempat aku memuja 
Dengan segala do'a 

Chorus: 
Aku jauh, engkau jauh 
Aku dekat, engkau dekat 
Hati adalah cermin 
Tempat pahala dosa bertarung


Klip Video Di bawah berasal daripada lirik lagu di atas adalah lagu yang bertajuk 'Tuhan' yang dinyanyikan oleh kumpulan band Indonesia yang bernama 'Gigi'. Sama-sama kita saksikan:


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca bahan-bahan ilmiah terbitan saya. Harap anda mendapat ilmu yang bermanfaat dan maklumat penting sedikit sebanyak ianya berguna dalam kehidupan anda.
Kalau anda rasa pandangan di dalam artikel ini ada percanggahan, kepincangan dan perlu diperbetulkan maka dipersilakan untuk berbincang dalam kotak komen di bawah.
Anda ingin mengetahui isu-isu semasa mengenai perjuangan Islam dan mendapatkan tips-tips terbaru? Cuma klik di sini atau masukkan email anda di bawah untuk mendapatkan artikel terbaru dari blog ini terus ke email anda:

0 comments:

Post a Comment

loading...
 

Total Pageviews

Jumlah Pelawat

Ping

Personal Blogs
Copyright © 2016. Nukeufo89's Blog - Cara Islam - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger